Friday, February 11, 2011

menulis

bila mempunyai blog sendiri...
minat menulis datang kembali....

dulu hanya menulis d diary..
merakam setiap perjalanan hidup...
menyimpan semua bentuk kenangan dan tanda ingatan...
selak kembali diary2 lama..seawal d tingkatan 3....
masih ada dalam simpanan sekarang...

diary tingkatan 3; 1991
mengingatkan kembali zaman berhadapan dengan peperiksaan SRP..
kegilaan kepada kumpulan New Kids On The Block (NKOTB)..
terserlah d setiap helaian mukasurat diary....
lirik2 lagu serta sticker2 kecil anggota kumpulan..
semakin kuning d setiap helaian....
teringat zaman remaja....
menghafal lirik lagu dan mengumpul duit untuk membeli kaset terbaru...

diary tingkatan 5; 1993
banyak merakam aksi hidup bebas jauh dari keluarga...
selepas keputusan SRP..aku terus ke MRSM Beseri...
ketawa melihat komen2 geram kerana sebagai Ketua Blok Ekhwani..
aku kena menjaga ahli blok dan menjaga kebersihan...
susahnya menjadi pemimpin...

diary matrikulasi dan B.Ed tahun 1; 1994-1997
diary nie sangat padat..
maklumlah dah berhijrah ke Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras...
penuh dengan tiket2 wayang..aktiviti yg kerap bersama ilya..
tiket2 konsert artis luar juga banyak..aktif sungguh aku ketika itu...
tulisan juga sudah semakin matang..mula memikir soal kerjaya dan masa depan


diary B.Ed tahun 2; 1998



menukar angin menggunakan desk diary Friends yg d beli d kedai Hallmark
kedai yg terletak d hadapan hostel
sukakan isinya, penuh dengan gambar dan petikan lucu dari siri ini...
diary yg asal nipis menjadi kembung dek banyak sangat bahan sampingan yg d selit


pin bunga poppy ini masih elok terlekat...
pin bunga poppy d pakai pada bulan november..sempena Remembrance Sunday
atau juga d panggil d poppy day
sempena mengingati gugurnya tentera d medan perang dunia pertama


diary B.Ed tahun 3; 1999

masih setia pada Friends..
entah la, mungkin kerana jenaka nye yg lain dari yg lain...


seperti tahun sebelumnya, diary ini kembung dengan tanda ingatan..
keterujaan untuk bertemu Dr Rod Ellis..membuatkan aku menyimpan invitation ini
maklumlah, buku beliau kerap d guna sebagai rujukan assignment ...
kolokium yg sangat berfaedah dan sangat simple dan humble....
tidak seperti malaysia yg gemarkan majlis yg grand and elaborate....


hari2 terakhir sebagai warga sementara UK d rekod sebaiknya....
june 1999, persiapan sebelum pulang...
menguruskan pemberhentian kerje..
x sangka, masih elok lagi slip gaji sebagai seorang cleaner.....hehehe


diary B.Ed Final; 2000


sangat meminati Roald dahl...
sudah terpasang niat hati, ingin membeli diary 2000 untuk d bawa pulang ke malaysia
kerana amat susah mendapat benda yg menarik dan comel ini d malaysia..
pantas tangan bila ternampak diary ini...


now,
penulisan sudah bertukar menjadi menaip d blog ini...
tersentuh bila ada yg sudi memberi komen pada entri....
komen menandakan ada org yg sudi membaca dan memahami apa yg kita tulis...
tersentuh juga bila rakan memberi semangat...
mungkin aku x mampu jadi sehebat rakan satu maktab perguruan ;
sri rahayu mohd yusop, penulis novel hebat yg bukunya kini mengisi rak2
d pusat sumber sekolah aku..
tapi teringin nak memperbaiki penulisan untuk jadi sebaik mungkin



4 comments:

  1. wah....hebat la Jupa...you masih simpan sume2 tu....ala..rasa rugi pula I x simpan...dulu x ada alamri kat rumah...miskin sungguh...so bnyk diary dah dibakar..huh..huh....

    Jupa,frankly speaking...I suggest ,you must write a book.....You have enough ideas and experience in writing......,I'll be your regular reader....

    ReplyDelete
  2. pa, u can follow sri thru her blog, http://srirahayumohdyusop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. yes..i know...
    teringat zaman metrik...berjiran d sri mas condo...sri budak B.ed new zealand...always with her black t-shirt kumpulan rock...dan suka tgk lukisan die cantik..tiap kali melepak d rumah sewa die.....

    siapa sangka kan, budak tesl mampu jadi penulis berbahasa melayu terbaik...

    ReplyDelete
  4. kak fad,
    saya simpan sume nie..even diary f3 sampai f5 ada, tapi malu nak bubuh dalam nie..dah buruk skit....
    tah la, once in a blue moon, tgk balik semua memory nie...rasa hapi teringat apa yg kita dah pernah lalui...

    kak fad tau x, sharina, marwiza and isma menangis baca blog saya?? part cite cikyah....
    kak fad nie, orang ke berapa tah suruh saya menulis dengan serious.....heheheh
    even my old schoomates pun suruh...
    x pe la....blog nie pun dah ada

    ReplyDelete