Friday, January 27, 2012

bila debab ke laut


sebelum chinese new year
debab and abg die, mizi
ke laut memancing

sangat mudah mereka ke laut
kerana ayah Mizi mempunyai bot
selalu juga bot d sewa oleh kaki2 pancing

bila 3 kaki pancing nie bertemu
apalagi.....ke laut la selama 3 hari


 cantik kan pemandangan?
air laut nampak biru cantik je


 antara sotong yang ditangkap


 ayah mizi
tokey bot


 suka tgk awan dan kaki langit


 mizi 


 d jeti
ikan besar di bawa terus ke pasar untuk dijual
hasil mencecah ke rm200+


yg d bawa balik
banyak sangat


 ikan senangin


proses ikan pari
isi perut terutama air kencingnya x boleh kena pada isi
nanti isi akan berbau hancing walau telah d masak


seronok bila tgk hasil yg banyak dan besar
ada org senyum satu hari
puas la tu dapat memancing 




thank you




Priorities

Thank you...
for thinking of me
and then wondering
how you could help.
Thank you...
for doing what you did,
instead of being too busy,
or just forgetting about it.
Thank you...
For inking me
on your priority to-do list,
when you have
so many other things to do;
I am honored;
It meant a lot to me.
Thank you.

By Joanna Fuchs






p/s this poem is dedicated to all kind wishes that decorated my FB wall on 26th January 2012









bila Popular kena serbu





plan raya cine ritu
nak rehat pepuas...lepak rumah je
bila dah x de sapa... lepak dengan mak je
layan movie 'ip man2'..

bila amirah balik
die tunjuk baucer buku yg dia dapat
apa lagi terus laju cik city pegi popular
memula ke bandar perda...
popular die x banyak barang
terus ke sunway carnival...

buat pertama kali
popular penuh mcm pasar malam
bahu berlaga bahu, bontot berlaga bontot
"popular je kedai yg benarkan beli alat tulis guna baucer"
reason yg amirah bagi bila tgk aku terkejut tgk org ramai

pusing2...dapat la kecek rm10 dari amirah
aku beli 'the last emperor: my husband pu yi"
aku pun x tahu
sejak baca john man's the great wall  dan terracota warriors
and anche min's empress orchid dan the last empress
ketagih plak nak baca pasal chinese royalty...

hari nie..
singgah ke popular alor star...
ya allah...... penuh, ketat dan sendat
selalu lapang je.... 
2-3 yg beli buku rujukan, 2-3 yg beli novel cinta melayu....itu je
hari nie.....mcm2 jenis org ada......
dek nak mengabiskan baucer yg tamat tempoh 31/03/2012

bagus juga....bagi baucer...
nampak la juga rak buku motivasi penuh, rak dictionary dan rak novel
maybe diorang nie dah lama teringin nak beli buku2 nie
tapi.... buku bacaan d malaysia sangat mahal....
reading is such an expensive hobby...

so..
aku x paham la...geng2 yg cuba jual baucer dekat online...
tak kan la x de langsung keinginan nak beli buku??
dah x larat nak beli buku akademik...beli la novel ke,
general knowledge ke, special interest ke....language ke......
itu baru di popular....
kalau ke MPH dan Borders...... ya Allah.... heaven beb
aku boleh bayang... all the novels, full set edition beberapa buah buku....
all the hardcovers....all the colourful comics 

kenapa la masa zaman aku masuk university dulu tak ada???
opsss lupa.... 
aku terpaksa buat 2 kerje part time untuk sambung hidup...
maklum lah....scholarship sebulan 300pound....
hostel sebulan 280pound......
berapa je tinggal nak makan????
itu pun tabah....x pernah la nak tunjuk perasaan..baring2 atas jalan.....




 


Saturday, January 21, 2012

Tuesday, January 17, 2012

doa petang



petang tadi
selepas bersiap2...keluar menghantar Debab ke rumah kakaknya
esok die akan join abg ipar, ayah abg iparnye ke laut...fishing
senyum dari semalam lagi..
excited nak ke laut
selalu pergi dalam satu hari je..tapi kali nie lama
4 hari..itu yg excited sangat bila drive tepi kuala perlis
melihat air pasang....

kami selalu ke rumah kakaknya
melepak, makan2 dan tgk tv...
seronok juga sebab rumah kampung d tepi jalan kecil
riuh rendah dengan budak2 berbaik dan jiran yg bertandang
hidup d kampung...semua dah mcm family

ptg tadi meja batu depan rumah penuh dengan makanan
jambu air dan garam belacan, laksa dari makcik rumah sebelah
bihun dari rumah hujung, tauke katering yg selalu terlibat dengan
majlis2 besar d perlis, dan kuih muih
makcik yg menghantar laksa singgah berborak sama..
gelak ketawa ramai2

tiba2 nampak seorang makcik tua mengayuh basikal
terkejut bila dapat tahu..dia baru saja pulang dari Jawi
berbasikal dari Abi ke Jawi....
jaraknya..kalau berkereta mengambil masa 20minit
bayangkan makcik tua tu mengayuh basikal

"keluaq pagi tadi, saja nak p melawat org sakit"
perlahan die duduk, peluh penuh d dahi...
tangan die kering tanpa isi, berkedut2 d mamah usia
kesian melihat die...
"nak p tu tak pa, balik sesat plak. tersilap masuk kampung"
sambil ketawa kecil die bercerita sambil menyudu bihun
terdiam melihat die...
kesian membayangkan die mengayuh dari pagi hingga lewat petang

kadang ada masa kita mengeluh bila panas dan letih
sedih bila x boleh nak beli benda mahal yg d ingini
mengimpikan barangan mewah setiap masa
tapi
ada org masih hidup bahagia serba serdahana dan kekurangan
hanya mementingkan tali silaturahim,
doa sangat , tak mahu jadi seperti sesetengah org
gaji besar, pakaian mewah, berkawan dengan org bernama
tapi sengkek tak berduit


mintak simpang..........




Wednesday, January 11, 2012

hujan

dah lama x hujan
dua tiga hari nie mula mendung
dah hujan sudah bermula

musim berubah
manusia berubah- rubah

bila bercakap benar itu janggal, menjalankan amanah itu salah




sebelum ini
aku seorang yg malas nak berdebat dan melawan
aku ikut flow je..
org kata kanan, kanan la aku pergi
org kata kiri, kiri la aku pegi
walau kadang rasa mcm rimas and tertekan, mulut d kunci
sebab malas nak berkonfrantasi...

tapi Debab banyak ubah aku
dia ajar aku supaya lebih yakin dengan kemampuan diri
lebih berani menghadapi apa yang datang
bercakap benar...walau ramai yang akan marah
kerana...jangan kita susah d kemudian hari
kerana kita merelakan apa yg diperlakukan terhadap kita

namun,
benar lah ....bercakap benar, berterus terang menghasilkan kejanggalan
kita berniat positif...tapi orang yang menerima belum tentu
memang la, adat org melayu
meminta maaf selepas berterus terang, takut terentak hati
tapi hati org...kita x boleh jangka
di mulut menerima, gembira kita berterus terang
tapi hati...sekali dah terusik...susah nak balik ke asal
semua di zahirkan dengan ayat perli dan sindiran
sedih bila dengar....
tak sangka, susah rupanya bila kita bercakap benar dan berterus terang

amanah
aritu dalam rancangan alkuliah, ustaz ada menyebut
"menjalankan amanah dengan ihklas ada pintu rezeki"
tapi, bila kita melaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh
selalu ada yg x puas hati
seperti kita melakukan satu kesalahan.......kenapa ye??
kenapa org yg berkerja bersungguh2 selalu d pinggirkan?
kenapa yg mengelat, membodek, hipokrit sentiasa d utamakan?

berurusan dengan manusia memang banyak dugaan
bila semua ini di ajukan pada Debab....mudah saja jawapan dia
"jangan pikir semua tu, kerja dengan ikhlas..berkata benar jika perlu"
"jangan bila sudah dipijak dan diperguna, baru nak menangis"
"hanya diri kita yg mampu mempertahankan kita sendiri"


Saturday, January 7, 2012

panjang tangan





dah lama nak cite
tapi x sempat

di penghujung december
aku sedang sibuk menanda kertas peperiksaan
jadi aku jarang keluar rumah

teet
sms dari Ida...
ida nie student aku, tinggal satu taman dengan aku
aku memang kamcing dengan die sedari tingkatan 4
geng gossip, geng keluar alor star
mak ida menjual kuih waktu pagi d simpang masuk taman aku
selalunya kalau ada berita d taman...ida tempat rujukan

"teacher, ada kes."
teeet
sms dari kak ani plak
"pa, die buat hal lagi.... kena tangkap mencuri!"
aku kenal "die" tu sapa
"die curi udang dan ikan dekat gerai taman"
"die bungkus bubuh dalam raga moto, kemudian die amik sayur dan bayar sayur saja"
"tokey perasan..terus tangkap. tokey bagi amaran...x benarkan die membeli lagi"

sampai sanggup mencuri
dah kering sungguh ke duit?
suami isteri makan gaji dengan gomen...
sanggup die nak bagi anak2 die makan benda curi

teeet
sms kak ani datang lagi
sms masuk sedang aku sibuk menyediakan homework untuk kelas baru
"pa. bila bercerita..baru tahu... die mencuri juga d sebuah kedai kain d jitra"
"die suruh budak potong kain, dan die minta nak bawa sendiri ke kaunter"
"rupanya die keluar terus x bayar"
geleng kepala aku

aku teringat debab
die hidup lagi susah... dari tingkatan 3 sampai habis Uni
seringgit pun die x pernah dapat dari parents die
tapi x pernah die nak tipu dan mencuri
die kerje part time, cari duit untuk study dan makan
kadang keje dari kul 7 malam sampai 7 pagi
jam 10 ke kelas plak....

perbuatan mencuri, kalau di amalkan akan menjadi kebiasaan
ketika itu, akal pertimbangan dah hilang, dah x de rasa takut,
sebab tu boleh bersahaja je sambil mencuri
entah bila la die nie nak sedar..
kesian memikir anak-anak yg innocent




3 hari di sekolah

wokey!!!
minggu pertama persekolahan dah selesai
walaupun hanya 3 hari
tapi letih yg teramat

hari pertama
sebagai guru kelas Prau2a
kena la uruskan kedatangan, urus kelas
walaupun semua pelajar besar, tapi biasalah...cikgu kena gerak mula
kemudian mcm biasa, nasihat berjela untuk hari pertama
"dah ada jawatan jgn sibuk sangat. jgn asyik meeting mengalahkan cikgu"
"dah datang sekolah jgn ponteng"
"walau sudah sampai usia yg dibenarkan merokok...jgn merokok d sekolah"
"agak2 datang tu nak susahkan cikgu dengan ponteng kelas..baik jgn datang terus"
"jgn susahkan cikgu kelas..."
aku direct je...x reti cakap sopan2...berlapik...

so far
kelas aku memang happening la...
biasalah kena dengan jiwa aku....
riuh dengan gelak ketawa dan lawak jenaka
aku suka kelas mcm nie....kalau skema sangat..aku x reti
diorang nie riuh, tapi bila part buat keje...buat...
ok la tu

hari akhir
masuk ke 4K5...kelas terakhir dalam tingkatan 4
mereka hanya mengambil dalam 6 subjek saja untuk spm...ikut kemampuan
jadi jadual mereka banyak kosong..kekosongan di isi oleh subjek BI dan BM
adoi..
dah lama x mengajar kelas selain tingkatan 6
ada 30 org, masa aku masuk dah tinggal 16...bila dah mengajar 30 min
baru cukup semua
yg masuk..ada bau rokok, beg x de buku dan pen
aku agak dah
jadi aku hanya buat game saja.....language game
suka la....bila hanya buat benda yg mudah dan game
lagi 15 minit nak abis masa...aku bagi rehat...wahhhhh senyum diorang

so
tahun 2012 nie...nampak permulaan yg agak tenang dan ok
aku malas dah nak pening kepala
apa org bagi...aku buat je..even aku tau ada yg x kena dan menyakit hati




Monday, January 2, 2012

esok sekolah!!




akhirnya
setelah cuti yg x seberapa cuti
sekolah buka semula untuk sesi 2012

looking back
apa yg aku buat masa cuti??
yes...mudah saja jawapanya..terlalu banyak
and 3/4 adalah berkaitan dengan kerja
memeriksa kertas, mesyuarat penyelarasan, mesyuarat grade review
oleh itu, tolong lah paham
bila sekolah cuti, sebenarnya cikgu sekolah x cuti pun

beberapa hari nie
negara riuh rendah dengan kes tunjuk perasaan oleh bebudak upsi
yes, upsi, universiti yang melahirkan bakal cikgu
aku x minat politik...aku x support mana2
tapi aku meluat tgk perangai bebudak universiti yg sanggup
tinggalkan kelas atas nama perjuangan

bodoh, bangang, bebal...
ini ke yg kenkonon dewasa esok nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab??
tanggung jawab sebagai pelajar pun x mampu nak buat...
politik lah bila dah cukup ilmu d dada
dah ada ijazah dan ada pengalaman yang membuatkan kita mampu
berdebat dengan hujah padat ilmu...jangan berdebat bercakap ting tong tin kosong

si adam adli tu...org kampung aku tu
"ala budak penaga"....pendek je hajah norriah mencuih mulut bagitahu
yang bodoh sangat p turunkan bendera muka najib tu buat apa??
logik la dik oi....
bendera tu d pwtc...rumahtangga umeno...biorlah die nak pasang benderea
najib ke, rosmah ke.....dah rumah die
cuba mak ko sidai kain..tetiba hajah norriah p buang...marah x mak ko??
aku x paham la....nak membangkang...tapi x pandai
cuba buat research..cari kepincangan, buat dokumentasi...
and persembahkan dengan berhemah.....
baru la org respek...baru la org nampak ketrampilan kita sebagai pemimpin

asyik berdemo je time study..
bila jadi cikgu..mula la pe'el memacam...sesilap ilmu pun x kuat nak
mengajar anak2 yg sekarang makin hebat
"geram la akak...mcm mana jadi cikgu BI kalau subject-verb agreement pun x tahu"
luahan hati kenkawan semasa meeting grade review
bila tgk dalam bilik..mostly cikgu2 yg veteran..lagi beberapa tahun nak pencen
"cikgu muda2 nie, dah x tahu, malas nak bertanya...apa la yg d belajar masa d universiti"
aku diamkan bila kak yus and kak rozi membebel....
satu lagi..bila bagi kerje mudah je diorang jawab..
"ala kak, saya x tahu buat la....ala kak, x mau la pegi.....ala kak, saya x reti"
rimas aku....
last2..geng senior, yg tua2 nie lah yang membuat

x semua cikgu2 muda mcm tu
tapi ramai...yg rasa jadi cikgu adalah kerje yang mudah dan cuti banyak
die x nampak kerje cikgu nie..kalau x reti nak handle
mau 24/7 x abis


*aku naik pitam tgk senarai tugas guru 2012.......banyaknya jawatan aku*





Sunday, January 1, 2012

welcome Budak Nie




memperkenalkan blog Budak Nie
latest edition dalam senarai blog2 yg aku selalu baca
now
permanently di Blurism

siapa Budak Nie??

Budak Nie adalah bekas pelajar aku
seorang yang banyak mulut
secara peribadi die sangat different semasa di sekolah
dan apabila d ipt

mulut yang sangat becok 
macam 7eleven....24 hour non stop...
cikgu rosli pk koko panggil die ceplos
sentiasa mengeluarkan komen sinis dan tajam
tajam sebab die mengeluarkan kebenaran yang kita malas nak dengar
SEBAB IA BETUL!!

ingat lagi masa die mula2 ada blog
kami mula berblog agak serentak
so, Blurism dan Budak Nie selalu bertukar-tukar pendapat
now after almost 2 years...
Budak Nie sudah semakin hebat...

die seorang yang suka membaca
sangat menyukai karya Amir Muhammad dan pantas
memberi review pada novel2 PIXI 
die bagus menulis review
maklumlah bekas pelajar Kesusasteraan Melayu ditambah dengan akal 
pemerhatian dan penelitian yang tajam..
aku suka berlawan cakap dengan die
pandangan die pada sesuatu isu sangat mantap dan tajam
berbeza dengan rakan seusia yang lain
lebih seronok bermain2 youtube melayan lagu jiwa, dan bermain cinta

ada remaja seusia dia...
cukup lantang cakap ala2 kedai kopi...die yang betul, die tahu semua
tapi Budak Nie lebih kritis... die tahu dan paham apa yang dia cakap
itu yang membezakan Budak Nie dan ting kosong cap ayam

to Budak Nie
am proud to say that i was once your teacher
and now bit by bit i am becoming your student
good luck dengan tawaran untuk menulis review novel
hope
one day... i will review YOUR BOOK...





2012






selamat datang 2012
sambutan tahun baru bersama debab dan famili kakaknya
makan, santai dan sembang
sambil ambil kesempatan berehat dan bermalas-malas
tenang
bertambah tenang kerana aku sudah pandai mengawal diri
menerima apa yg datang dengan hati tenang dan minda terbuka
cuba berpikiran positif terhadap yg mendatang

betul kata debab
jangan terlalu cerewet dan dan kuat komplen
itu hanya membuka peluang orang mencari kelemahan dan kesilapan
walau kita sedar ada hasad dengki dan kerja kotor
biarkan  lah manusia dengan permainan hidup mereka
biarlah mereka gembira dengan permainan ciptaan mereka
biarlah mereka terhibur dengan rentak lagu mereka
jangan kita pulak membuka langkah menari rentak mereka
jangan kita pula bermain bersama

tahun baru datang lagi
kali ini fasa hidup aku dah berubah
melihat cincin di jari
melihat surat janji bertandatangan 2 saksi
memberi kekuatan yang sangat lain
pertalian yg sudah menjadi rasmi


2011 sudah sejam berlalu
tak tahu lah..apa yg akan ditemui 12 bulan akan datang
azam tahun baru??
dah lama tak ber"azam" nie...
sebab ada banyak azam...x tahu yang mana yang penting
tapi........rasanya...


azam tahun 2012 saya ialah;

~ lebih mendekatkan diri pada Allah ~