Monday, April 26, 2010

kelas 3A3



hari khamis minggu lepas, sampai la gerombolan pengawas PSS SMKTB ke parlimen malaysia
sebelum masuk ke dewan rakyat, kami breakfast dulu d kantin, tajaan Dato Nazri Aziz..
sebelum masuk..pelbagai kawalan keselamatan kami perlu lalui..
handphone dan kamera tidak d benarkan sama sekali...
aku rasa sejak kes datuk Linggam..ini la jadinye..



tugasan d berikan kepada pelajar..
pelajar form 6 perlu buat laporan tentang parlimen...yelah mereka study Pengajian AM....
bila sampai taklimat d berikan...

duduk diam..
sentiasa tunduk hormat bila nak bangun keluar dan masuk ke dalam dewan..
hari itu, En Rashid, pengawai parlimen beritahu...
kami berpeluang melihat ahli dewan berbahas isu panas....
membawa Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa kerana mengaitkan kerajaan dan konsep 1Malaysia dengan Israel..melalui syarikat APCO....

"anak- anak......"
"dewan rakyat nie..macam sekolah atau kelas kamu juga"
"sidang bermula jam 10, tepat jam 10, loceng akan berbunyi"
"kemudian Yg Dipertua Dewan masuk bersama cokmar"
"semua kena bangun tunduk hormat tau"....

bila masuk...begitu teruja...
terutama aku la...aku memang gila dgn politik and sentiasa baca blog2 politik...
jadi kerje aku bila masuk je dewan rakyat tu....jadi tukang perkenal orang dekat abg din, pembantu PSS kitaorang...yelah x bawa cermin mata...

"bang din, tu anwar ibrahim, dekat hujung"
"tu sivarasa dah masuk....eh, lim kit siang baru sampai....."

ramai hari tu...puas hati sangat....
ramai yg hadir...dari kerajaan and pembangkang....
tapi yg lawak students aku teruja bila nampak Bung Mokhtar masuk...hahahahahahah
bebudak nie...kena kait dengan artis baru depa peka.....

"kringggggggggg".....jam 10
"doa!"
"setiausaha satu membaca kan perkara yg akan d bahaskan"

kemudian adegan ini pun berlaku..

jerit-pekik-laung-ketuk meja-menyampuk-

"puchong!...saya kata duduk, kalau tidak saya rehatkan anda"
"balik pulau, saya x perly bantuan anda...saya speaker!"
"shah alam! jgn la ganggu!"
"jangan guna point of order sewenang-wenang"


bila kuar je dari dewan rakyat....tergelak aku bila students aku buat statement nie....

"teacher, depa dalam dewan tu, dah macam kelas 3A3!"
"dok jerit-jerit. speaker tu suruh duduk x mau dengar!"
"kalau dapat dekat pengetua, kena rotan dah depa tu"....

hahahahahahahahahhaah



my students in dewan negara...
they were soo excited...



with Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun, kawasan kitaorang


untuk lawatan nie, banyak yg cikgu PSS telah usahakan untuk dapat sponsor..
ahli parlimen kitaorang, Dato Mukhriz sangat mudah bagi sokongan untuk program sekolah..
ke KL nie, setiap pelajar dapat tajaan duit makan..die juga minta nak jumpa kitaorang
so, d tengah2 persidangan tersebut, beliau curi masa keluar dari dewan dan berjumpa dgn students...a very nice person...soft spoken and friendly...
die jumpa and salam with everyone ....
yg best, tanpa d minta, die terus beri taklimat ringkas tentang parlimen kepada students.....
pricelesss......
"saya minta maaf la, kamu terlihat kelakuan yg x sesuai tadi d dewan rakyat"
"tapi jgn buat penilaian menyeluruh ye, x semua ahli parlimen berkelakuan macam tu"

mukhriz and students...




hope students aku dapat inspiration dari lawatan ke parlimen nie...mana tau ade yg jadi YB nanti





No comments:

Post a Comment