Sunday, January 30, 2011

reformasi...

mereka org lama d sekolah...
mereka org yg banyak pengalaman..
dan pengalaman mengajar mereka lebih berani bersuara..
menentang apa yg d rasa tidak kena, apa yg d rasa membuang masa...

suara2 lantang mereka sewaktu mesyuarat selalu d pandang sinis oleh semua.
"arghhh...mula dah diorang nie...jadi lambat la abis meeting"..
tapi kadang kala kata mereka ada benar..
cuma kerana kerap berjenaka, kata mereka d anggap mengacau...
selama 10 tahun d sekolah...
x pernah terlintas d akal aku..mereka akan menjadi pemimpin kami..
mereka akan kami angkat untuk membawa suara kami..
mereka kami wakilkan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati...

selama ini semua hanya diam..malas nak melawan dan membantah...
apa saja arahan dan keputusan, d anggukkan kepala tanpa protes..
walau dalam hati terasa beban nak menanggung semua....
tapi kerana x mau d hitamkan nama...
demi menjaga nama baik dan reputasi..
kerana nak nampak cantik d mata....diamkan saja lah....

2011, bahang terasa...
setelah d pendam, d peram dan d pekasam kan....
letusan kecil mula keluar....
arahan pembelian yg amat membebankan memercikan api kemarahan....
org yg selama ini diam, sudah mula bersuara...
x tertahan dengan pembaziran yg x berkaitan dengan kerjaya....

mungkin aura2 tunisia dan mesir dah sampai ke bumi kodiang....
kerana seorang pemuda yg membakar diri kerana protes...
hanya meninggalkan wasiat dan pesan d facebook..die mengorbankan diri...
menumbangkan satu kerajaan.....

pagi ini..sesuatu yg luar biasa berlaku....
bila terbubarnya AJK staff yg lama....kebangkitan mereka bermula...
satu..satu tangga jawatan...d isi nama mereka....
yg dulu sinis..kini mengharapkan mereka untuk bawa perubahan....
suara mereka yg lantang d harap dapat melegakan perasaan.....


"jupa, kitaorang nak lantik hang jadi ketua wanita"....menyakat aku yg kuat menentang...
"hang pandai bercakap...hang pilih ja..nak jadi wanita umeno ka, pkr ka or pas?"...
cakap2 usik sejak aku menentang kuat pembelian tersebut....

"hahahah nie org penang....x main la semua tu".....lawak aku.....
"nie ketua wanita parti roket, mau tau la"....
hahahahahhaha.........

harapan AJK baru kelab staff dapat perjuang nasib ahli..
kitaorang dah penat derma duit sepanjang tahun..
untuk jamuan2 yg kitaorang x pernah hadir.....




pelancaran NILAM 2011 SMK Tunku Bendahara

aktiviti pertama tahun 2011 bagi PSS Pendeta Za'ba..
pelancaran program NILAM 2011...
NILAM; Nadi Ilmu Amalan Membaca...
program peningkatan tabiat membaca d kalangan pelajar....
even sudah bergelar juara kebangsaan...
kepimpinan PSS tidak mahu bergoyang kaki...
untuk sentiasa kekal terbaik...aktiviti juga perlu sentiasa tip top....

lega semua bekerjasama dan bekerja keras...
baik AJK guru dan pengawas pss...
ada yg sudah bergerak awal..
pn asmarani merekabentuk buku program...
latihan persembahan oleh pn sharina, latihan kawad formasi oleh PKBM..
supaya acara tampak sempurna...

mendapat Guru Media Cemerlang...
hari sabtu semua berkumpul melaksanakan latihan dan raptai...
entri ini adalah dedikasi untuk kerja keras semua...


sabtu ; raptai
farhana najmudin sebagai juruacara..
sudah d latih dari tingkatan satu lagi..
ana sangat professional..x perlu d tunggu...



latihan pelajar PKBM
zakuwan sebagai pengerusi...
sudah berminggu mereka berlatih...



GPM cikgu halim..d bantu abg din..
pengarah dan pen pengarah pss
memberi pendapat pada 3 pelajar 5 sains
mereka menyampaikan gurindam dan sajak....



ahad; hari pelancaran..
wani dan aishah
pagi sudah berkumpul d makmal sains..
segak dan cantik dengan baju koporat baru PSS..
bertemakan batik
suka dengan kesepakatan dan akrab antara pengawas..
tanpa mengira umur..rapat seperti adik beradik
itu yg kami terapkan supaya mereka selesa bekerjasama



geng lelaki..
aku panggil YB..
segak dengan baju batik dan seluar hitam...
nampak matang dan mereka lebih berkeyakinan...



guru2 dan tetamu jemputan



resensi buku oleh sharipah marshitah
calon tokoh NILAM sekolah...
pelajar 8A PMR dan sekarang d 5 sains..



tengah tunggu giliran untuk koir...
cikgu dan pelajar..
sempat la posing....
x heran la even majlis masih berlangsung



barisan pengawas sekolah yg segak bergaya..
menjaga disiplin semasa majlis..



syahmi; 4 sains
8A PMR..pengemar rubix cube
pengarah IT, pakar komputer, photographer..
berehat d tepi aku kejap, masih demam dan terasa pening..



en rozi, PKG Kodiang
sentiasa beri sokongan pada PSS



penyerahan buku catatan NILAM oleh PKBM
segak dalam unifrom..






penutup
nyanyian lagu "mari membaca"


fuhhhhh........
semua berjalan lancar...
cuma x sempat nak snap gambar perarakan masuk bunga manggar
dan sireh junjung.....
terima kasih semua




Saturday, January 29, 2011

am i not happy???



Are we so unfortunate for not being married like you????????

by Shazaida Abdul on Thursday, January 27, 2011 at 12:53pm


Feel bad for those women who sees unmarried ladies as very unfortunate....very rugi for never had the experience in marriage....that is so sad...for a women to say such a thing towards other women!

Patutla ramai sangat yang ala2 desperate nak kawin sampai sanggup jadi 2nd gf, date laki orang, tak "memilih" (dlm ertikata lain asalkan lelaki je depa kawin)..lepas kawin kejap, beranak sorang or berorang2, pastu kena tinggal (gantung tak bertali), kena cerai (up to talak 3 pun ada) pastu ex-laki lepas tangan, ko jadi ibu tunggal tanggung sara anak sorang diri.


If that marriage is all about (pengalaman berkahwin yg di maksudkan), I'll pass...lebih rela tak kawin dari kawin sebab takut di panggil anak dara tua.. But how does MJM1, MJM2 or MJM sounds to you??? (i heard this term MJM:Mak Janda Muda with no kids, 1 kid MJM1 and so on from a guy). I believe most of us are aware that sentiments towards JANDA are somehow stronger compared to so called ANDARTU/ANDALUSIA or whatever society want to label us single women above the age of say 30 (last time after 25 are already considered as ANDARTU). But to all single mothers and single ladies (who have experienced marriage before) out there and reading this I apologize if you're offended by this statement. I am making my point only.


I dont want a fairy tale marriage, I prefer a realistic ones (yang bukan ala2 fairy tale, orang tak kata romantic couple pun tak per..tapi rukun damai, berkekalan, kasih berpanjangan, anak bersusunan.... hehehehhe). But hey, thats just my 2 cents.


This doesn't mean am against marriage (because most male think I am, too bad for them for being to shallow, I'm looking forward to embark on the journey with a compatible partner (not Mr Perfect, Not Mr Right Now or whatever). I want to grow old with him, start a family and have 1,2,3,4 or more kids (if my age and body can still take it), for better or for worse till death do us part. Yes true marriage life is no fairy tales, there will be ups and downs. Look forward to experience on putting aside my so called ego, admit to my mistakes, tolerate and communicate to the partner in making my marriage works.


To my future husband (wherever you are), I look forward to that journey. If I haven't met you, please find me ASAP, if I've met you but it was not the right time do make time work faster....hahahhhahaha somehow I diverted from the original topic already.

Till then.....just to let you all know...we're lucky whether we are married or single...do not feel pity for us unmarried ladies above 30 because if you do...I feel pity for you who have such a shallow mind..we should support each other, not the other way round.



ayat di atas bagi sesetengah kaum adam dan hawa...

nampak kasar...

tapi

kadang kala ada org x sedar...

golongan singleton sentiasa d pandang serong...

kitaorang kadang d layan mcm tiada perasaan......

ikut suka hati je nak perli n sindir...

sadly, mulut perempuan lebih bisa dari lelaki.....



tq

my friend, shazaida...

keep nodding in agreement bila baca ur article.....



Friday, January 28, 2011

my journey through tickets....




rummaging my bookshelves...
i found my old collection of tickets and postcards..
most of my postcards from my trips..
were framed...

i wish one day..
i could revisit the places again...

twickenham..
home of rugby...20minutes to london by train..
london is divided to 6 zone..
and this one day travelcard allowed me to use
buses and underground trains (tube) and trains...
for 24 hours


greenwich....
meridian greenwich...


edinbrugh, scotland...
land of braveheart ...



amsterdam..
land of tulips...



vincent van gough..
enjoyed a visit to his museum..


innsbruck, austria..




waking up at 5am..
caught a train to the top of europe...
jungfraujoch, switzerland..



germany or Deutschland...
neuschwanstein castle....
disney copied this castle for his disneyland



paris, france..


ferry ticket to venice....
or venezia in italy


leaning tower of pisa..


firenze or florence


ponte or bridge of rialto...
because of shakespeare's merchant of venice...
we tried our best to go there....

mickey

dah seminggu bermickey mouse...
it was an early birthday present...
though it seems childish...
but it is special.....

he noticed that i always enjoy dan brown...
he also learnt that i utterly enjoy prof langdon's characteristics...
and how i found it funny that prof langdon wears a mickey mouse watch..

he also shares the same passion with me...
watches!!!!
both of us like watches...
i have a lot.....
sometimes i tend to loose control...
spending a large amount of money...
and
he believes this will be an appropriate
birthday present....

so this entry...
is dedicated to him.....
tq debab.

Thursday, January 27, 2011

special

mereka sentiasa bersama..
d kelas, perhimpunan dan juga d kantin...
mereka d layan seperti putera dan puteri raja..
setiap pergerakan mereka
sentiasa ada pembantu pelajar mengiringi mereka...

teringat kejadian lepas..
sebelum kedatangan mereka....
persiapan begitu besar-besaran....
2 kelas d blok D..
diperbaiki dan d tambah dengan macam benda...
mereka ada dapur sendiri...
mereka ada bilik air dan tempat mandi sendiri...
mereka ada ruang rehat sendiri....

terintai2 pelajar lain...
ketika melihat kehebatan bilik mereka...
bilik yg menjadi kelas mereka.....

kerana mereka sangat istimewa...
jadual pembelajaran mereka juga sangat berbeza.....
mereka rehat lebih awal dari pelajar lain...
mereka pulang juga lebih awal dari pelajar lain....

namun,
walau mereka istimewa...
di jaga dengan penuh kasih sayang...
di beri segala perhatian...
namun warga sekolah sentiasa menerima mereka...
x de siapa pernah mengata yg buruk tentang mereka...
mereka adalah warga sekolah.....

berbeza kerana mereka istimewa........

pak tam kantin..
"jupa, jgn bubuh dalam facebook"
warning pak tam.....
"ok..tapi saya buh dalam blog"


waktu rehat mereka..
makan bersama...


yg nie sangat suka menari dan menyanyi..


"atik la ambar aye"
(cantik la gambar saya)
dalam pelat, senyum die bila d tunjukkan gambar die...



pendemokrasian pendidikan (cewaaah..teringat zaman master)
menjamin keperluan setiap kanak2..
menjamin hak setiap individu untuk mendapatkan pendidikan...




Wednesday, January 26, 2011

surat khabar lama...old newspaper...

tercungap2 die memanjat tangga ke pss...
peluh membasahi t-shirt putih
yg sedikit kotor...
berehat die sebentar d hujung tangga...
menarik nafas...

umur die agak tua...
kedut2 dan kendur d merata...
tapi cina tua ni sangat kuat..
mungkin keterbiasaan bekerje keras....

perlahan2 dan berhati2..
die mengangkat kotak besar yg sudah
terkemas d ikat oleh aku dan cikgu halim...
koleksi akhbar perdana dan picisan pelbagai tajuk..
dari tahun lepas d kumpul sekali...

aku masuk semula ke pss,
dengan asyraf, membawa keluar buku rujukan lama...
yg sudah lapuk silibus
menunggu masa untuk d hapus kira....

buku2 semua kami letak d atas penimbang...
asyraf mencatat bacaan...
sambil menunggu keputusan spm d umum...
asyraf; anak didik NILAM aku sentiasa ada d pss
membantu aku mendidik calon NILAM tahun nie.....

"berapa asyraf, catit dah?" tanya aku sambil bersedia menurunkan buku2..
"dah, tapi teacher jgn bawa turun dari penimbang lagi"..pesan asyraf...
"kenape? boleh kita timbang yg lain..banyak lagi nie."....hairan aku
"uncle x bagi. die nak tgk dulu. takut kita tipu"...terang asyraf..

aku diam..
rational yg asyraf bagi memang masuk akal...
tanpa buang masa, aku terus mengangkat buku lain..
asyraf menung d depan penimbang..
menanti uncle memanjat tangga...

"uncle, mau saya tolong x?".....tanya cikgu halim..
tangan beliau pantas memegang timbunan buku yg sudah d timbang..
kasihan agaknya, melihat uncle cina yg sudah tua..
mengejar nafas...
mengangkat dan membawa turun ke lori...
timbunan surat khabar lama dan buku....
untuk kitar semula..

"jangan!"....tegas uncle...
"x pa, saya angkat sendiri"....
"saya x percaya...aritu saya sudah pernah kena tipu!".......

terus die bercerita sambil berehat d tangga...
d sebuah sekolah sekitar..
die d tipu oleh guru...
setelah bahan yg mahu d tolak d timbang....
uncle membenarkan mereka membantu mengangkat ke lori..
malangnya, mereka tidak menghantar semuanya....
rugi uncle...

"memang saya tua, tapi saya hanya percaya diri saya sendiri"......
"ada ramai penipu sekarang!"




today

bersemangat hari nie...
hari special..

pagi ke kantin..
breakfast sebelum memulakan kelas..

sambil makan...
pikir....

"sudah terlalu matang dan paham"..
"selok belok kehidupan dan putar belit alam"

"jangan takut dengan apa yg datang"
"walau hanya tinggal kita seorang"

"berbuat baik..kerje dengan ikhlas"
"tanpa harap balasan dan penghargaan"


bila balik...
on Facebook.....
terdetik, tersentuh bila membaca....



Pa, patotla bln ni aku byk melepak kat wall ko nih rupe2nye nak make sure thn nih aku tak miss wish eppi besday. So here it goes, I hope in this year of 2011, u'll have the best, happiest and most memorable birthday ever. From what I can see, u've survived all kinds of weather and in front of u now is just endless and limitless possibilities waiting for u and I believe that u deserve all the happiness for the sacrifices that u've made. U surely have grown wiser with all the experience. I'm proud of u and grateful for our friendship. Lucky to have met the 'zulfa' at some point of my life ;-)
6 hours ago · · · See Friendship


of all the wishes...
this summed up everything.....





Tuesday, January 25, 2011

26th January 2011


thank you; hj zakaria mat amin aka pakya....
thank you; hjh norriah mat rasit aka hajah
thank you; noriza zakaria aka maklang
thank you; zainur rijal aka bang chak
thank you; zaimi zakaria aka bang chik
thank you; hanizan zakaria aka bulat
thank you; mohd nurzaid zakaria aka yet
thank you; muhammad aimaduddin zakaria aka gumuk
thank you; amirah zakaria aka cuyah

thank you for being the most outstanding family..
all of you allow me to explore and find myself
you put me firm on the ground
to stand tall and proud
to be
just me.....

thank you; fakhrulrazie khalid
thank you; sharina shafie
thank you; rozanita ahmad
thank you; ismayusnita ishak
thank you; fadzillah awang
thank you; abd halim murad
thank you; najmudin daim


thank you for being the most understanding person and friend
never tardy to give me support and encouragement
to hold my hand along the way
to offer a shoulder
to cry


LET NO ONE STEAL YOUR DREAM

let no one steal your dreams
let no one tear apart
the burning of ambition
that fires which drive inside your heart

let no one steal your dreams
let no one tell you that you can't
let no one hold you back
let no one tell you that you won't

set your sights and keep them fixed
set your sights on high
let no one steal your dreams
your only limit is the sky

let no one steal your dreams
follow your heart
follow your soul
for only when you follow them
will you feel truly whole

set your sights and keep them fixed
set your sights on high
let no one steal your dreams
your only limit is the sky

paul cookson







blessed and humbled to be alive yet again on

26 January 2011

Sunday, January 23, 2011

mp160

"eeeeeeekkkkkk"
"eeeeeeekkkkkk"
"eeeeeeekkkkkk"

sedari jam 8, si printer bekerje...
malam nie die bekerje keras....
scheme of work untuk 2011, bahan untuk fail R&D dan kolokium....
bukan setakat mencetak untuk tuannya...
die turut mencetak untuk rakan2 tuannya...
ada bahan yg perlu d kongsi,
tuannya tidak lupakan rakan yg lain.....
bekerjesama...
untuk pelajar juga..

tiba2..
printer terdiam.....
tidak berbunyi dan merengek...
nasib tuannya faham pe'el die.......
penutup di angkat....
"klik'...
cartridge dakwat hitam sudah miskin dakwat....
dengan berhati2 tuannya menyuntik ...
"alhamdullilah"
dengan riang dan enegetik, terus die bekerje....

sekali sekala
tuannya menambah kertas..
kertas mencetak sudah semakin sedikit....
tuannya berkira2...sepanjang tahun hampir beratus pokok d korban
maaf pokok, rela kan la...untuk pendidikan ....

selepas bahan untuk fail..
tuannya memilih bahan untuk mengajar..
inilah rutin tuan printer setiap malam...
menyedia bahan mengajar...setiap kelas berbeza...
nasib malam nie, bahan dah ada....

printer yg baik bertukar kerjaya plak...
d letak bahan di atas..
tuannya menukar fungsi..
dari pencetak kepada photocopy...
18 salinan; soalan esei untuk prau2b
18 salinan; contoh sequence connectors untuk prau2b
20 salinan; soalan graf untuk prau2a...

menung kejap tuan printer..
memikir dua tiga pelajar yg malas...
yg akan memandang enteng pada kerje keras printer..
yg tidak akan menghargai perkhidmatan percuma si printer...
ikut hati dan amarah, nak je tuan printer
mengarah printer hanya mencetak untuk yg rajin....
abaikan yg malas...

tapi,
kalau printer tidak ikhlas dalam bekerje..
kalau printer asyik berkira dalam menyampaikan ilmu...
x de ganjaran dari yg Esa...
x berkat duit gaji d hujung bulan

"jangan berkira ye,"....bisik tuan pada printernye...
"kita jgn putus asa...kita doa mereka nampak keikhlasan kita"...pujuk tuannya lagi..

mp 160
thank you!!!



sepandai tupai mencuri

akhir perhimpunan aku terus ke kantin...
kumpul tenaga sebelum berjuang menentang
pembelian batik rm200 yg melangkau batas akal....

"huh...baju raya aku pun rm56 ringgit, x kan la
aku nak datang sekolah pakai baju rm200?"
detik dalam hati sambil mengisi nasi dalam pinggan....

tiba2,
aku terpandang seorang pelajar lelaki...
duduk d kantin, lengkap dengan beg sekolah..
d tepinya, ayahnya sedang berdiri...

"o, pelajar baru agaknya"..sambil aku mengintai2..
sudah lazim, d awal tahun, pertukaran pelajar akan berlaku....

"eh, tu cik D"..
aku kenal cik D, satu kodiang kenal cik D...
kedai nasi campur d kodiang...die la tokey..
cik D x lokek dengan senyum, gerai pun ramai pelanggan....
bila aku intai ayah pelajar tadi...
(aku x mau dedah nama sebenar, kesian)

"oh, anak die nak sambung belajar lagi"..
kesian aku tgk cik D...
anak nya tunduk je kepala...
cik D diam je...menanti guru dan pengetua habis perhimpunan...
anak cik D sepatut sekarang beratur bersama rakan tingkatan 5
di perhimpunan...
apa daya, anak cik D tersasar...

aku x jelas,
adakah anaknya di dapati bersalah atau tidak
tapi, aku tau anak die d tahan d lokap
kejadian bulan december lalu...
menyebabkan hari nie..
cik D ke sekolah bersama anak lelakinya...




december 2010
aku d sms tunku syed putra, marking spm..

"treeet"
"teacher, x p sungai sentap ka??"
"polis dok selam bawa naik moto"
ringkas ja sms dari student aku..diorang cukup baik..
x pernah lupa cikgu bila ada sensasi d koding..

kesibukan menanda kertas,
aku hanya dengar khabar ja..
beberapa pelajar sekolah aku d tahan,
di syaki pakar mencuri motor sekitar arau, jitra...
nak lebih lanjut............................klik je sini

"ida"
"sapa yg kena tahan?"
sms aku pada ida, antara student yg rapat dgn aku...
aku nie seimbang...
berkawan dengan students yg pelbagai...
pelajar terbaik sekolah, dan yg ganas pun aku baik..
tah la, diorang baik dgn aku...
kalau aku nak tau apa2, mudah je aku cari berita

ida pun menyenaraikan nama...
anak cik D antaranya.....



polis menyelam ke sungai sentap..
gambar nie aku amik dari blog student aku...


kesian tgk si ayah...
aku boleh bayang...
rasa malu yg d tanggung oleh si ayah...

'ni cakap2 kedai kopi"...cerita kak ani, bila aku sampaikan berita nie
"diorang nie tengah buat operasi d c-mart arau"
"org nampak, tu yg kantoi"..
lebar kak ani bercerita..

"jupa tau sapa ketua depa, yg umur 21 tahun tu?"...tanya kak ani
"siapa?"
"ala, anak mat kera!!"....

"kenal sangat la kak ani....saya ajar die form 4 and form 5"

yg aku hairan..
anak cik D nie...sentiasa mewah..
yelah, ayahnya antara org berada d kodiang..
kedai makan sentiasa penuh....
apa yg x cukup lagi??????

banyak sungguh cabaran menjadi parents sekarang...
x kan nak kurung anak, x bagi berkawan dengan budak lain???
bila berkawan, takut anak silap pilih....

sekolah pun kena bertanggungjawab...
tapi, kadang budak2 nie bukan nak dengar sangat cakap cikgu...
aku nie, kalau marah...diorang bleh gelak..
why??
sebab diorang tau aku jenis ceria..
"x rock la teacher, marah2"..
"teacher, jgn berleter sangat, cepat tua".......

bila dah jadi mcm nie...
siapa susah dan salah siapa??

Friday, January 21, 2011

like phoenix rises from ashes

phoenix rises from ashes

It means picking yourself up, dusting yourself down, and rebuilding yourself bigger and better.
(found this interesting interpretation in google)


dua kipas berpusing laju..
die tunduk menulis..menghabiskan esei yg aku beri....
jam menunjukkan jam 5 ptg...
ada sejam lagi sebelum kelas tambahan bersurai jam 6..

d kiri kanan aku..
suara bertubi2 menanyakan soalan...
semangat bertanya vocabulary, grammar, semangat menghabiskan esei
fuuuhhhh...nasib aku dan kak sharina sepakat...
kalau ramai..jenuh aku melayan..

"kita ambil 16 org je untuk satu kelas, supaya kita mampu fokus pada
setiap pelajar dalam tempoh 2 jam"
itu cakap2 kosong kitaorang sebelum idea menubuhkan pusat tuisyen bermula..
perlahan2 kitaorang memulakan projek nie...
tahun nie, semakin ramai waris mula yakin pada kemampuan kitaorang...

die masih menulis..
sekali sekala memanggil aku bertanya soalan..
sekali sekala membuka dictionary electronic...
die begitu bersemangat dan bersungguh...
sekali sekala die mencelah..berlawak dan mengusik rakan sekelas...
dari keceriaan die....
mungkin die telah melupakan episod hitam semasa d awal tingkatan 3

die seorang pelajar yg comel..
ramai guru sayang die..
die juga seorang pelajar pintar...
atas dasar itu, die menjadi pengawas pss..
itu menyebabkan aku rapat dengan die.....

tapi, seperti remaja lain...
ada arang hitam terpalit pada diri die...
gempar satu sekolah bila handphone nya d rampas...
d dalam ada beberapa bahan lucah....
die d panggil berjumpa pengetua....

berat hati cikgu halim menggugurkan namanya dari senarai pengawas..
walau samar siapa pesalah sebenar...tapi cikgu halim terpaksa...
sebaik vest dan lencana pengawas pss d tarik balik...
die seperti d sentap segalanya...
die terus hilang dalam kerumunan 1000 lebih pelajar...tenggelam.
aku pun semakin jarang berjumpanya...

pmr 2008
die tersenarai antara yg terbaik...
namanya kembali ke mulut warga sekolah..
ramai tidak menyangka..die mampu berbuat demikian...
die juga seperti tidak menoleh lagi...
semakin tekun dan positif d kelas...
guru2 mula menerima dia semula....

"teacher, saya nak duduk d kedah je..."
"saya nak masuk matrik kedah, saya nak masuk uum. boleh teman ayah"...
senyum je die bercerita; seorang anak yatim yg kematian ibu sewaktu masih bayi lagi
senyum sebelum menaiki motor ayahnya tahun lepas, pulang dari rumah kak piah..
menumpang kelas tambahan yg aku buat untuk anak kak piah dan rakannya..
die x malu mencari ilmu...

die seorang yg cekal...
yg penting, die dah buktikan kemampuan diri dan berjaya menutup mulut org lain
melihat die tekun menghabiskan esei...
aku yakin aku pun boleh menjadi seperti die...
matang menghadapi cabaran hidup....
kuatkan semangat..bangkit semula.....



like phoenix rises from ashes



a teacher's prayer

hari nie bermula la kelas tambahan..
dengan geng spm hari nie..
tgk cari bahan, jumpa satu poem..
simple je..

d beri oleh seorang lecturer..
when i was in matriculation in mpik
as a token sebelum die resign....




a teacher's prayer




i want to teach
my students more
than lessons in book

i want to teach them
deeper things
that people overlook-

the value of
a rose in bloom
its use and beauty, too.

a sense of curiosity
to discover
what is true

how to think
and how to choose
the right above the wrong

how to live
and learn each day
and grow up to be strong

to teach them always
how to gain
in wisdom and in grace

so they will someday
make the world
a brighter, better place

let me be
a friend and a guide
to give these minds a start

upon their way
down life's long road,
then i'll have done
my part




tetiba teringin la nak jadi cikgu macam onizuka and yankumi..
watak dalam drama jepun GTO dan GOKUSEN...
sure semua homework beresss....
bagi esei..confirm siap hari tu....
awas!!! prau2a..

Thursday, January 20, 2011

PSS Pendeta Za'ba 2010

Januari dah hampir ke penghujung..
sepanjang 2010,
banyak perkara berlaku d pusat sumber pendeta za'ba...

semuanya,
atas usaha semua,
pentadbiran, guru dan pengawas..
harap 2011 nie akan lebih maju dan aktif....

penghujung 2009
semuanya bermula d sini...
setelah mencuba buat kali ke dua...
PSS Pendeta Za'ba berjaya menjadi johan kebangsaan..
masih teringat...
penat, letih
menyiapkan laporan hingga jam 7 d sekolah..
bersedia untuk presentation d hadapan juri,
d temani fail program galakan membaca..
menjawab semua pertanyaan juri..


perjumpaan timbalan menteri pelajaran 2010..
diadakan d smktb..
beliau d bawa ke melawat PSS...
peluang terbaik untuk guru dan pelajar......
pengalaman yg baik untuk pengawas pss


lawatan dato asiah ke PSS..
die sangat mengambil berat pada peranan guru..
berpeluh juga menjawab semua pertanyaan....
sekali lagi, pengawas pss kami ketengahkan..
biar mereka berinteraksi dengan org yg hebat..
supaya mereka dapat melihat org2 yg dah berjaya....
supaya dapat d jadikan teladan..


kerja keras mereka..x pernah kami lupa..
lawatan ke parlimen, putrajaya dan melaka..
guru GPM bertungkus lumus mencari dana..
maklumlah, x semua mampu mengadakan sejumlah wang yg banyak..



2011,
bermula dengan jemputan untuk pelancaran NILAM SM sains kubang pasu..
hadir bukan sebagai penonton ..tapi terlibat dalam pelancaran...
bangga melihat pengawas dari sekolah kampung..
dapat menjadi contoh untuk pelajar d sekolah yg hebat...

semoga..
putera puteri (gelaran mereka d sekolah) PSS..
lebih berkeyakinan dan bersemangat...
jaga tingkah laku dan akademik...
yg penting...
kita kekalkan perhubungan rapat antara kita.....

Wednesday, January 19, 2011

selamat bersara

hari nie smktb meraikan persaraan..
tuan pegawai pelajaran daerah kubang pasu..
mantan pengetua smktb..
tn hj abu yazit bin zain...

acara yg sangat ringkas..
tapi dekat dengan semua orang....



pn asmarani husien..
kak as nie pakar buat skrip dan juruacara..
pandai bermain kata dan bermain nada suara...


nie la geng artis..
kalau ada majlis..geng nie la yg selalu kena menyanyi
even ada yg suami tok guru mengaji...
isteri tetap sporting..

gurindam jiwa..
lagu baru pilih jam 5.45 ptg semalam..
berlatih sampai jam 6 lebih...
so, lirik pun x hafal lagi hahahahha


the loudest...the cutest
kak fadzillah awang...suara paling mendayu...tokey koir
kak hafiza..suara lantang..tetap yakin suara die sedap


nie la geng aku...
pengawas pss merangkap assistant AJK PA sistem
shafizal, syahmi dan thaqif
pengawas pss nie kitaorang dah train..
sangat cekap menjaga wayar


kak isma..
menyediakan laptop untuk koir karaoke..

kecoh x??
berbaris sebelum naik pentas...
lirik masih dok x sure lagi

kak shofiah hashim...isterinya bang leh..
kitaorang panggil sesejuk air mata ibu...
sebab lemah lembut dan baik hati...
tapi nyanyi tetap, even x datang latihan....
tetap sporting!!


ketua vokal..
kak fadzillah dan kak ita...


persembahan...



kak pah, guru kanan teknik vokasional dan PPD..
hadiah kak pah paling istimewa..
seekor ayam serama / katik..
katik tapi mahal oiii...rm200 lebih



comei??



geng persembahan pelajar dan pelajar yg bertugas


zakuan, ketua PKBM
kamarul, kadet polis...
zakuan tu dok kumpul bahan la nak gelakkan kitaorang..
die pelajar prau2


geng pengawas pss tingkatan 5


geng prau dan tingkatan 5


koir lagi


ustazah harison..tokey correlle
cikgu suhada..guru pendidikan khas


sekawan nie memang kaki gelak..
cikgu aziz, guru kanan sains..dulu merupakan guru kimia diorang nie..
farhana, rohana dan aziah..
sekarang dah d tingkatan 6,tapi masih berhubung baik dgn guru lama





lambaian terakhir


tn hj abu yazit bin zain...
seorang pengetua yg tegas, bersemangat dan baik...
tegas, setiap perlakuan beliau berlandaskan pekeliling...
bersemangat, untuk sesuatu yg terbaik bagi pelajar...
baik, masih bertimbangrasa pada setiap masalah guru......

terima kasih cikgu...