Sunday, June 27, 2010

2 realiti, 1 malaysia

realiti 1
"cikgu2, kita akan adakan kutipan derma untuk bantu pelajar kita, Kiah yang akan ke UITM next week"
"em, kenape cikgu? die bermasalah?"
"dengar kata, die hanya de duit untuk pendaftaran dan untuk pengangkutan ke Shah Alam je. Maklum la, mak die ibu tunggal, tapi Kiah nie pelajar ke3 terbaik kita..kita kena bantu"
ramai cikgu bersedekah untuk Kiah. ade yang memberi dengan niat zakat. ade yang jumpa dan bawa die membeli belah barangan keperluan...
macam tu la kehidupan cikgu secara x langsung...dengan duit ringgit x boleh berkira...tenaga dan masa...telah lah...ape je sumber yang ade..yang rasa mampu bantu pelajar....di beri tanpa rasa lokek...
sedih juga kalau dengar ade pelajar yang menolak tawaran melanjutkan pelajaran kerana kewangan. akan di bantu dengan apa cara jua...

realiti 2
newspapers hari ni melaporkan..dato khalid berjaya dalam bidaan untuk mendapatkan no plet KCT 1...dengan harga bidaan RM66,500.00..
selain itu, di laporkan dato k mempunyai deretan kereta mewah d rumah nya....

reality bites...
termenung aku baca laporan dato k...termenung bukan sebab terkasima dengan kekayaan die...
tapi lebih kepada ke"poyo"an dan ke"juah"an beliau...
kaya sangat ke sampai x tau nak belanjakan duit tu kemana???
memang dah x nampak jalan ke nak abiskan duit tu ke mana???

ya allah......
itu belum tersenarai antara individu terkaya d malaysia....bayangkan la kalau dato k masuk senarai individu terkaya...ke"poyo"an apa lagi yg akan dibuat...ramai akan secara sinis berkata...
"biarla...die dah penat cari duit...biarla die nak merasa duit die".....
tah la....rasa apa pakai plet kete RM66500.00? manis? payau? kelat?

cuba la rujuk pada orang kaya yang berhemah...contoh syed al bukhari...
naik perdana je...dengan kekayaan beliau..beliau salurkan dan laburkan ke arah pendidikan generasi yg memerlukan....
Yayasan Bukhari..dah dekat 6 tahun memberi bantuan kepada sekolah aku...
bukan setakat duit bayaran kelas tambahan..buku rujukan dan latihan percuma juga d beri pada pelajar...setiap tahun pelajar kelas Bukhari di bawa ke field trip untuk membuka minda....
Yayasan ini juga sangat terancang....setiap prestasi pelajar dipantau...

beliau juga membina kompleks al bukhari yang lengkap untuk semua...
rumah anak yatim, masjid, klinik dan yang terbaru sedang membina universiti.....
aku pernah baca...die kata die sentiasa ingat pesan mak die....sentiasa memberi zakat..
pendapatan yang die dapat...bukan 100% milik die....die perlu sedekahkan yg selebih nya.....

dengan harga no plet kete dato k, sekurang2 nye 3 orang pelajar mampu menghabiskan pengajian tahap master d ipta....
dengan harga no plet kete dato k, sekurang2 nye 3 orang pelajar mampu menghabiskan pengajian tahap degree....
dengan harga no plet kete dato k, beberapa buah sekolah usang boleh d perbaiki...
dengan harga no plet kete dato k, beberapa kemudahan asas penting untuk sekolah boleh d beri....

aku yakin...ramai pelajar susah dan memerlukan d sg petani, tempat asal dato k...
aku yakin...ramai pelajar susah dan memerlukan d kuala lipis, tempat asal ct....
tapi mcm org kata........
"duit die, harta die....lantak la......sapa soh hang p jadi cikgu cabuk!!!"



berdoa dan berharap...kiah akan berjaya d kemudian hari....boleh membantu org lain, seperti mana org lain telah membantu die.
berdoa dan berharap...akan ade ramai cikgu cabuk yg sentiasa membimbit buku latihan dan pen marker ke kelas....kering tekak mengajar walau kadang mcm x setimpal......
kerana masih ramai "kiah" d luar sana yang perlukan pendidikan untuk ubah kehidupan

No comments:

Post a Comment