Saturday, July 31, 2010

mistik

aku nie penakut, kalau tgk cite hantu sensorang, aku x akan buka volume..
bantal wajib tutup 3/4 muka....takut
tapi benda nie ade banyak sekeliling aku..
sama ada yg aku alami sendiri atau menurut cakap2 org

1. jalan masuk ke taman perumahan aku
ade rimbunan buluh d jalan masuk taman perumahan aku..org keliling kata "keras" rimbunan tu
setiap tahun mencari mangsa...bila kemalangan, sama ada berlaku kematian atau menjadi gila..
last week hujan lebat, rimbunan buluh runduk sedikit ke arah jalan..
so majlis daerah pun datang membersihkan rimbuna buluh tu..
ramai d tama dah mula rasa x sedap hati..
2 hari selepas itu, berlaku kemalangan, anak murid aku. sekarang sedang koma

2. sekolah aku sendiri
lagi la macam2 jadi...sekolah aku nie, selepas jam 6 petang ramai x berani nak dekat.
bilik guru lagi la, x berani nak masuk...sebab ade golongan mistik nie...
dekat koperasi selalu ada...even d pusat sumber.
pernah satu tahun tu, "die" suka menghias pusat sumber sekolah aku..
bila datang pagi, tgk abis "die" susun bunga hiasan..
ade yg d letakkan atas bilah kipas, d susun d tempat lain..
di susun berderet d lantai..ikut kretiviti "die" la
tambah asrama...adoi....
dulu asrama desa je, ade pokok asam d sebelah.
tahun 70an, ade cikgu bunuh diri menggantung diri d pokok asam tu...
bila kontraktor tebang pokok tu untuk buat asrama baru...
"die" mengamuk..sampa 3 kali kitaorng baca yassin..
yelah, jentera berat "dialihkan" ke tempat lain...."die" ganggu pekerje..
bila dan buat bacaan yassin baru la aman
sampai sekarang pun banyak lagi d asrama tu...sekali sekala akan ade pelajar kena rasuk..

3. selekoh tajam berhampiran Batu 8 jalan changlun
selekoh nie memang terkenal d kodiang dan changlun...
apa yg berlaku ialah, waktu malam 2 perkara akan berlaku...
samaada kenderaan anda akan mati secara tiba2......atau
anda nampak jalan lurus terbentang d hadapan...
sedangkan ada selekoh tajam....d hadapan....
aku banayk tau sebab aku nie doktor sekolah...
kadang bila student accident, kena la amik tahu...
hari tu accident..student aku ok..tapi pakcik yg d langgar meninggal dunia...

4. jalan napoh ke changlun; tepi kilang zuza..
ini aku sendiri alami....gerun dan menakutkan...
jam 11.11..aku ingat lagi sebab aku teruja tgk jam kete ...
gelak2 aku dengan kawan 2 org...tiba2 kete mati ....
radio terdiam, enjin dia, kerete makin perlahan..cuma lampu je x padam..
aku d belakang...diam..kawan aku d depan lagi diam...
aku hairan, kenapa yg 2 tu diam.....
perlahan2 kereta hidup semula..sebaik hidup, kawan aku memecut dgn laju....
diam ketiga2 kami...
bila sampai ke jalan besar baru la kawan aku bagitau...
ade lembaga putih berdiri bebetul d hadapan kereta semasa kereta mati..
kemudian selepas lembaga itu melepasi kereta kitaorang baru lah enjin hidup semula..
sejak itu, selepas jam 6 petang, aku x akan guna jalan tu dah...


hati-hati...kadang hantu nie lagi baik dari org...die x kacau org kalau org x kacau die...

Saturday, July 24, 2010

chin hin

aku nak cerita tentang org cina..
bagi aku org cina sangat rajin dan tahu apa yg patut djadikan sebagai prioriti..
contohnya..bagi yg mempunyai anak, prioriti mereka adalah pendidikan yg trbaik untuk anak mereka.
mereka sanggup bersusah payah kerana ingin berjimat cermat untuk menampung kos pendidikan anak mereka. selalu nya mereka akan cuba memenuhi keinginan anak mereka, walau pun itu bermakna mereka perlu menghantar anak mereka ke ipts dan luar negara.

"u tau, langsir d rumah i tu...dah sama umur anak sulung i. i tak pernah tukar. now anak sulung i dah umur 22, ada d india buat medic"
"now, i dgn hubby kena kerje lagi kuat la, sebab anak kedua x dapat tawaran medic under kerajaan. so i antar die ke ipts la"
"so, mana la nak boleh enjoy2...duit kena bujet bebetul"

kalau d penang, nama boon siew memang famous...
dgr kata separuh pulau pinang nie , die punya...
tambah la rumah2 tepi batu feringgi tu...tak tahu lah betul ke x....
so, bila aku ke kedah..aku jumpa lagi satu group yg hebat...
mereka menguasai pemasaran motor d utara....
chin hin.

kalau d kubang pasu nie..nak beli moto semua org akan ke chin hin..
dan aku tgk ade juga beberapa cawangan d gurun dan sungai petani...
sekarang, chin hin dah makin berkembang..ke bidang hartanah..
taman gemilang, perumahan mewah d jitra adalah dari chin hin....
dan kalau pasaraya C-mart, itu juga kepunyaan chin hin....

chin hin nie sangat hebat sebab die mampu membina pekan kecil...
bayangkan changlun yg x ade apa2 tu..dibangunkan bila chin hin bina c-mart d sana...
d tengah pekan jitra juga ada c-mart...
dan terbaru...
chin hin dah berkembang ke arau, perlis....

bayangla.....
istana kaca d arau telah d beli dan sekarang menjadi pusat jualan motor mereka..
kemudian mereka membina deretan rumah kedai...
dan d tengah nya ada c-mart.
org kodiang kata, chin hin nie punya hebat sampai boleh arah jkr buat traffic light untuk memudahkan org ke c-mart..hehehe entah la...

yg penting di sini...
org cina kuat kerje dan pandai cari peluang...
mereka usaha bersungguh2 dan sanggup tanggung risiko......
yg penting juga...
mereka jelas dengan apa yg mereka nak...
tetap kan prioriti dan usaha untuk mendapatkan...



kat jitra nie..kalau idola org melayu...keh keh keh keh..aku nak cakap pun malu...tapi aku bagitau juga la... ala sorang tu...gambar die pakai bow sebesar bangunan.....cuba teka.......ok clue lagi...rambut tirai d hadapan dan warna temanya merah......siapa???...siapa???..
siapa lagi kalau buka dr rozmey..ahakssssss

tukar angin

layout baru..
saja bosan...walaupun bertimbun kerje dan baju untuk d basuh...
xpe, malam nie boleh cover semua...
esok pun x perlu ke sekolah...

esok last day ujian lisan untuk calon persendirian...
esok juga ade lagi lawatan ke pss smktb..dari pkg hutan melintang, kampung mother
next week penuh dengan lawatan...
dari smk batu 5, jeniang, pkg bahau, n9 dan btpn selangor...

letih juga terima lawatan....
sekali datang kadang sampai 2 buah bas...
tapi x pe la, bertukar ilmu dan pendapat...susah juga bila dah menang....

nanti bila dah lapang....
aku post gambar pss smktb..
dan kenapa boleh menang kebangsaan....

enjoy new layout..hope korang x pening

after 10 years

julai 2010
it marks my 10th year in kodiang...kejap je..
i was so busy all this while sampai x sedar...
after ten years here..banyak benda yg aku observe, belajar and dapat.....

1. aku boleh hafal semua pasar malam d area kubang pasu, alor star dan kangar..
sebab x pernah masak, so aku wajib pegi pasar malam untuk makan malam kalau tidak ke kedai...
aku tau ahad pasar malam d padang sera, isnin d guar sanji, selasa d kodiang, kuala perlis and depan pasific, rabu d changlun, kangar dan depan pasific, khamis d pauh, jumaat d arau, sabtu d jitra area taman sayang. hehehehh..itu belum lagi nat, atau pasar pagi..

2. banyak vocabulary baru yg memula buat aku terpingga2...sekarang aku dah at ease..
i. kelih - nampak....."amboi, teacher kelmarin laju sampai x kelih kami"
ii. penggunaan perkataan kelmarin dan semalam...kelmarin merujuk pada waktu siang dan semalam merujuk pada waktu malam
iii. padang - bendang atau sawah padi
iv. plau - pengaruh english..datang dari perkataan "plough", membajak
v. mengunjung - menziarah kematian....." kami nak p mengunjung satgi"
vi. nat - pasar pagi
vii. spera - kuih berbentuk karipap..tapi berintikan kelapa
viii. ciwi - sifat suka menunjuk..." amboi ciwi hampa nie..dok tayang kasut baru"

3. makan heavy breakfast
dulu dari kecik sampai la abis degree. aku x reti breakfast. tapi bila sepuluh tahun d kodiang, lepas pukul 9 atau 10, kalau aku x makan, jadi x tahan. kerana sini mostly mengerjakan bendang, breakfast mereka sangat berat. Menu utama adalah nasi atau pulut. d sini juga aku baru belajar makan pulut dengan kelapa parut dan ikan tamban masin...
mana kala d perlis plak, aku belajar makan pulut dengan mempelam..hehehhe lain rasa nye




ini je aku dapat reflect hari nie...nanti aku tambah lagi...

Friday, July 23, 2010

writing composition

10 years teaching in rural area... banyak funny incidents yang u akan jumpa dalam kelas..
english nie di anggap killer subject..
ramai yg tarik muka bila nampak teacher datang...takut dengan subjet tu..
yg paling depa takut ialah bila teacher suruh buat esei...

comprehension mudah...jawapan ada dalam passage..
literature mudah..just refer pada nota..
tapi esei...lemah lutut..ramai tarik muka...

bagi menghasilkan esei...banyak cara yg bebudak nie buat..
pelbagai approaches yg diorang guna..janji esei siap...

1. tulis esei dalam bm dulu..kemudian baru translate dalam bi..
adoi...banyak la..nak buat esei bm dah amik masa. pastu nak translate plak. lepas tu, sentiasa ingat apa yg ade dalam bm..sentiasa a equivalent dalam bi...

"teacher, pada suatu subuh yg hening...nak kata mcm mana dalam bi?"

jadi teacher nie, kena jadi walking dictionary...jenuh nak melayan...

2. tulis esei sambil refer dictionary
dictionary memang bagus untuk build up vocabulary, even for master pun aku buat dissertation on importance of dictionary in building vocabulary. tapi guna dictionary for writing x seswai...
kerana meaning sesuatu words itu kadang x seswai dengan maksud ayat nak kita sampaikan......kadang esei tu jadi esei yg mengarut...

arini aku jumpa ayat "this year i will inhabit spm"...
"oi!!! nape guna perkataan inhabit nie?"
"ish teacher nie, x kan teacher x tau maksud die?"
"dictionary kata, inhabit tu maksudnya menduduki. jadi saya guna la nak kata saya akan menduduki spm!"


3. buat ayat mcm mana gaya die bercakap....
ini yg selalu buat my blood go upstair.....


"hari ini saya ingin menceritakan..."
ayat nye akan berbunyi....."today, i want to story".........


hehehehehehe..
apa apa pun kena la layan dan perbetulkan setiap kesalahan.
ini kerana, kalau kesalahan tidak dperbetulkan..akan berlaku apa yg dpanggil "fossilization"
sebab tu kadang susah nak betulkan kesilapan pelajar kalau kesalahan tu dah sebati dalam pemikiran mereka...

sebab tu..
sangat meletihkan kalau ajar buat composition..
kena jalan satu kelas ...menjawab semua soalan..
and tolong pick words yg seswai for their sentences....
tapi worth it...
bila after 2-3 months...kesalahan mereka dalam penulisan berkurangan




teacher pun learn a lot from students

Wednesday, July 21, 2010

rela

baca the star hari nie...aku tertarik dengan satu article..

seorang lelaki sanggup menjadikan seorang wanita yg hamil sebagai isteri nya...
wanita ini hamil hasil perhubungan dgn teman lelaki nya..
tapi d tinggal kan...
die masih muda...

lelaki ahli perniagaan ini, sanggup mengambil wanita itu sebagai isteri..
tidak mengira kisah silam nya...kerana atas dasar memahami...
die juga pernah d tinggalkan oleh seorang wanita
die akan menerima wanita dan anak yg bakal lahir itu sepenuh hati...
cuma die tua sedikit....


masih ade org baik d malaysia nie......

Thursday, July 15, 2010

bila semua nak diartiskan..

with all due respect...entri ini bukan nak mengata dan memperlekehkan Faizal tahir...

semua orang sedar dengan pergolakan dan penderitaan d bumi Palestin..
berita-berita di media massa banyak menyedarkan kita betapa perit nya menjadi warga Gaza...
bagi meringankan beban ini, misi kemanusiaan banyak djalankan..
di antaranya adalah Flotilla Perdamaian Gaza....
terdiri dari 600 aktivis Pro Palestin....
dan antara konvoi kemanusiaan ini adalah konvoi Mavi Marmara....


Mavi Marmara..
seluruh dunia jelas dengan tragedi yg menimpa mereka....
di serang oleh regim israel d perairan antarbangsa..
rakyat Malaysia seramai 12 org turut terlibat....


antara mereka adalah Noorazman Mohd Samsudin ...
dan juga Dr Syed Muhammad Haleem..pegawai perubatan Mavi Marmara....
diserang dan diseksa....
kisah dan pengalaman mereka perlu d angkat untuk membina kesedaran kepada semua...


tapi....kenapa tiba-tiba TV3 mengangkat dan menjadikan Faizal Tahir
sebagai "Duta Bebaskan Palestin"...
mcm aku kata tadi...aku bukan perkecil faizal tahir...
tapi kenapa artis je sentiasa diangkat untuk menjadi duta...
kalau duta produk, jenama...xpe lah...untuk promosi..

tapi bagi aku....
lebih baik kalangan 12 org ahli Mavi Marmara..... di angkat menjadi duta...
dengan keberaniaan mereka, dengan pengalaman mereka...
dengan kesanggupan mereka meninggalkan kesenangan d samping keluarga...
all these yg perlu diketengahkan kepada masyarakat ...terutama kepada golongan muda....
especially remaja lelaki....

kenapa aku memfokuskan kepada remaja lelaki???
isu guru perempuan lebih ramai dari guru lelaki diungkit kembali...
dikatakan masalah disiplin yg berleluasa sekarang adalah kerana terlalu ramai guru wanita tidak mampu menanggani masalah disiplin yg sering dikaitkan dengan pelajar lelaki....
sebab itu lah, remaja perempuan semakin ramai berjaya dalam pelajaran serta memenuhi IPT dan IPTS.....

personally, ramai pelajar perempuan berjaya dalam akademik kerana mereka dikelilingi oleh guru wanita yg boleh dijadikan sebagai role model dalam hidup mereka....
yelah, bila tgk cikgu wanita masuk kelas....
dengan kasut tumit tinggi, kebaya berkerawang dan bermanik...
handbag berjenama, tulisan tangan yg kemas dan cantik....
penampilan dan gaya bawa diri yg berkeyakinan......
mesti la terdorong diri mereka untuk menjadi sebegitu atau jadi lebih baik dari itu....

tapi pelajar lelaki???
terlalu limited pilihan mereka untuk dijadikan role model....

berbalik pada faizal tahir dan palestin...
semalam aku menonton iklan faizal ; memperkatakan tentang palestin...
dengan rambut panjang mengurai...
entah la..tak ade feel pun...
x de rasa urgency untuk kita bertindak....
x de rasa ingin tahu pun untuk lebih mendalami isu palestien...
bagi aku x de impak pun.....
faizal tahir cakap pasai palestin...so what????

aku ingat lagi bila aku tonton siaran langsung kepulangan warga Mavi Marama...
kuar jugak airmata bila dengan Noorazman berkata.....(lebih kurang)

" kami cukup terseksa dengan apa yg regim israel lakukan pada kami"..
"memperlekehkan kami seperti haiwan yg tiada harga diri"
"tapi apa yang kami rasa hanya untuk beberapa hari"...
"hanya secubit...berbanding dengan apa yg warga Palestin terpaksa harungi selama bertahun-tahun"
"pengalaman ini membuatkan kami rasa kerdil dan kecil berbanding keberanian warga palestin"....

inilah role model dan idola yg lebih layak dan sesuai memperkatakan tentang palestin..
tanpa props dan make up tebal....
tanpa pencahayaan dan angle kamera yg mampu membuatkan Noorazman seperti selebriti...
kata-kata beliau begitu mengesankan....
ini yg perlu kita ketengahkan kepada remaja lelaki malaysia....
jgn hanya sibuk nak jadi superman.....



tah la....malaysia nie hanya ada artis dan ahli politik je....yg lain tu mcm xde makna je....
so jgn bising la kalau banyak gejala sosial berlaku d kalangan remaja...

Tuesday, July 13, 2010

bila cikgu tak masuk kelas.....

guru didefinisikan sebagai seorang pendidik yg menjadi agen untuk memberi ilmu baru untuk membuat perubahan dari segi tingkah laku, ilmu dan perlakuan seseorang pelajar..
proses pembelajaran dan pengajaran atau P&P selalunya berlaku d dalam bilik darjah....
namun...
dalam setahun ade satu waktu d mana cikgu2 sesebuah sekolah itu akan meninggalkan bilik darjah...dan bertukar menjadi tukang kebun, tukang cat, pereka hiasan lanskap, jurulatih tari, guru vokal, pengurus acara dan caterer......
ini semua tiada dalam latihan perguruan....tiada dalam silibus pendidikan perguruan....
tapi realitinya..untuk menjadi seorang guru..
anda perlu mampu menjadi "superman"..
bertukar personaliti dan watak dalam sekelip mata.....
adaptasi diri kepada situasi dan bertindak dengan pantas...pada masa yg sama, ekor mata garang perlu tidal lekang dari geng pelajar taiko yg nak amik peluang.....
yesss....
HARI ANUGERAH CEMERLANG.........
hari di mana cikgu tidak masuk kelas...................


suasana pagi ketika HAC SMKTB...
setiap tahun YM Raja Muda Kedah akan mencemar duli ke sekolah...
walau nama sekolah SMK TUNKU BENDAHARA..namun Tuanku Raja Muda yg akan datang...entah la kenapa...ada kata sebab Kodiang terletak d jajahan dan tanah baginda....
persiapan pagi yg sibuk...
cikgu dan pelajar sibuk amik tempat masing2....tukang kompang, bunga manggar..kadet polis...
semua tahu tugas masing2..x perlu tunggu arahan..


di satu sudut, penerima anugerah sudah bersedia d bilik kuarantin....
kedatangan d ambil, mudah kalau tak ade, nama akan d potong...
d sini juga, cikgu AJK hadiah akan memeriksa penampilan pelajar....dalam beg tersiap kelip kuku dan gunting untuk trim rambut....
ke tandas pun hanya untuk 3 minit....
dan tugas nie dari sejak dulu adalah d bawah cikgu sofiah.....
tahun nie cikgu sofiah dapat pelapis..cikgu salmah....
cikgu sofiah dan cikgu salmah
senior dan junior

cikgu azuani aka jurugambar sekolah

pn pengetua
berbincang sambil menunggu ketibaan tetamu diraja



kumpulan pramusaji dan mentor
ini pengawas PSS SMKTB..
mereka bertugas sebagai pramusaji untuk VIP


pentas utama
idea AJK pentas dan back drop
bayangkan...berapa berat persediaan yg perlu dilakukan oleh cikgu2 nie....
pagi, petang hingga la ke malam...
selagi x sempurna..selagi itu lah kena dipersiapkan

Tunku Bendahara Kedah Darul Aman
Toh Puan Bendahara Kedah Darul Aman

bacaan doa memulakan majlis


cikgu dan pelajar
tugas yang sama...jurugambar dan juruvideo
ini lah masa melatih pelajar berani ke hadapan..
untuk kegunaan Diraja



buku tandatangan


majlis dimulakan dengan ucapan pengetua
laporan sekolah untuk para waris dan tetamu

ADC Diraja
setiap aturcara majlis, susun letak pentas dan penggunaa warna perlu
di tunjukkan kepada mereka. supaya tidak melanggar protokol

diikuti titah ucapan tunku bendahara


cikgu asmarani dan cikgu zambri sebagai juruacara
cikgu BM dan cikgu Add Math bergabung


salah seorang penerima anugerah
Asyraf Khalib, 5 ten
tokoh nilam negeri kedah (anak didik aku nie)


kamarul dan solehah, 4sains
kejutan tahun nie, penglibatan pelajar 4 sains dalam persembahan


cikgu Tengku izham dan pelajar 5K1
guru muzik, guru vokal bergandingan dengan pelajar..
potensi pelajar perlu d gilap d sekolah
pamusaji dari kalangan pengawas PSS
dibah dan syikin..
siapa sangka mereka sangat professional dan tertib..
bangga dengan pujian org ramai


keberangkatan pulang
selesai majlis..hujan gerimis pun turun
tapi semua puas hati..penat lelah tak terasa bila dapat pujian dari org ramai..
walau ada cacat cela....tapi tidak terlalu menonjol......
maklum la..semua professional...
itu la bidang tugas cikgu yg tidak tertulis dalam work description...
sebab tu, kalau nak jadi cikgu kena bersedia dengan benda2 yg tidak dijangka..
perlu sentiasa alert, kreatif dan pantas..
sebab setiap keputusan kita mempengaruhi banyak perkara dan ramai org...
mcm aku tulis dalam entri terdahulu...
kerje cikgu bukan berurusan dgn fail2, angka dan produk yg kaku..
kerje cikgu nie mcm superman....
mcm sesumpah....
so, kalau ade satu hari cikgu tidak masuk kelas...
ingat la...cikgu tu mungkin bertukar mcm superman...menjadi watak lain......
tukang kebun, tukang cat, doktor, kaunselor, referee, tukang buat line d padang...
and the list go on...and on....and on...and on.....
bila kita buat sesuatu yg kita minat....kerje jadi lebih mudah....kalau kerana terpaksa...kerje itu jadi bebanan.......

Monday, July 12, 2010

peterpan and the lost boys

peterpan of neverland

peterpan atau kadang d kenali sebagai "the boy who wouldn't grow up" adalah karya J M Barrie yg mengisahkan bagaimana budak2 lelaki yg terjatuh dari pram mereka akan d bawa ke Neverland jika tidak d tuntut dalam masa 7 hari.
bebudak nie dkenali sebagai the "lost boys" dan d Neverland, mereka d ketuai oleh peterpan....
d neverland, tidak akan ada the "lost girls" sebab Peterpan tahu..budak perempuan sume cerdik2...xkan jatuh dari pram mereka mcm budak lelaki....
aku suka peterpan..kelakar..tambah bila tgk die cuba tangkap bayang die sendiri....
d disneyworld paris ade ride peterpan...bila naik rasa mcm tgh terbang, mcm wendy dan adik2 d atas langit london..melentasi big ben ke neverland....
itu d paris........lain cite d indon....
peterpan d indon nie..memang ade ciri2 peterpan....
perangai mcm budak2 ... dan definitely x reti nak matang...
tiap2 hari keluar nama2 pompuan yg dkaitkan dengan die...satu persatu keluar...
dengar kata lebih kurang 35 orang dkaitkan dengan video die...
fuuhhhhhh
edison chen pun hanya 6 orang..tiger wood hanya dalam 20 org...
tapi peterpan yang x matang nie....35!!!!!!!
aku kata x matang kerana aku hairan..kenapa perlu rakam???
adakah untuk future references???? ade sessi ulangkaji bila ada masa lapang????
atau video tu untuk confidence booster??? bila tgk terasa diri hebat and very ..very manly??
adakah video tu melambangkan kelakian peterpan yg wouldn't grow up???
aku still x paham kegilaan lelaki dan video seks...ibarat irama dan lagu
hari nie ade lagi 2-3 nama besar d kaitkan dengan video peterpan nie....
cut tari juga d laporkan telah memilih untuk bertudung....
aku salute suami cut tari..tetap terima isteri nya...dgn tegas "die masih tetap isteri saya"...
ini lah lelaki sebenar...
memberi kasih sayang unconditionally....
menerima pasangan nya dengan seadanya..dan ada kekuatan untuk memaafkan kesilapan..
mungkin ada melabelkan suami cut tari dayus....tapi bagi aku..die sememangnya insan yg baik..
bukan calang2 lelaki mampu buat apa yg suami cut tari buat...
perlakuan ini la yg memisahkan antara lelaki sebenar (real man) dengan pengecut keanak-anakkan mcm peterpan....
peterpan....budak lelaki yg tidak akan membesar...
yg tidak matang ...
menyusahkan org je..


yg aku geram.. insiden nie tarnish image "peterpan" d minda kanak2. sepatutnya...peterpan indon tu tukar nama je jadi "beauty and the beast"...ok x?..

dalam kecerdikan ada kebodohan.....

yeeepiiiiii.............
akhir nya south africa mula mengemas stadium2 mereka selepas hampir sebulan beroperasi..
cikgu lelaki d sekolah aku kembali ceria...dan timbunan buku2 latihan yg belum d tanda akan berakhir....
geng cikgu perempuan tersenyum girang....
boleh kembali ke drama2 melayu, korea, cina, tamil dan hindi....
yg penting, x perlu mengemas rumah yg djadikan "port" untuk kenkawan suami tgk bola.....

tapi aku x mau cakap pasai bola..aku x mahir...
aku nak cakap pasai haiwan...seekor sotong bernama paul dan seekor burung......
kenape???
sebab...betapa hebatnya dunia ICT sekarang nie....
kebijaksanaan golongan pemikir yg dlahirkan ..yg d harap menjadi idola untuk pelajar...
tapi smua itu musnah....
kerana..akhir nya manusia ttap tgk dengan pemikiran kuno dan jahiliah..
percaya pada benda karut...
paul the squid..
patut lepas nie jadi maskot or national emblem for spain...heheh
aku rasa ramai kaki2 judi dan bookie akan berpuasa dari makan sotong....
atau membayar nazar dengan buat kenduri berlauk kan sotong....
yelah...
dengan "kehebatan" pemikiran paul..membantu ramai kaki judi kaya raya....

teman sejawatan paul...
the singaporean bird
aku takut and kesian dekat pakcik nie....
takut ramai kaki judi yg frust akan bunuh burung nie....
itu la...kerana mulut badan binasa....
kerana paruh...ramai merana...hahahahhahaha
dunia nie penuh dengan ironi...
kehebatan ICT ... pendidikan kelas dunia...
akhirnya....ini je taraf pemikiran manusia.......
ade org tgk final world cup semata2 nak tgk prediction sapa yg betul.....
nak google tentang squid....nak tau juga tahap kecerdikan squid.....

Friday, July 9, 2010

blog dan aku

julai 2010..
x sangka dah 5 bulan aku ade blog..
aku juga x sangka banyak entri yg telah aku post kan ke blog aku nie..

tujuan asal buat blog nie..sebab teringin nak meluahkan apa yg aku rasa.
tapi aku tetap menjaga hemah dan budi bahasa..nak ikutkan nak je aku hentam mcm2

x sangka now dah ade 5 follower..
pendapatan iklan aku pun dan jadi rm1.50..hehehehe

tapi satu aku perasan..
sejak ade blog nie..aku lebih kritikal dan memikir..
ape je yg aku nampak...satu soalan akan bermain2..
"bleh x aku bagi respon tentang benda nie d blog"

atau bila aku baca news, aku rasa jengkel x puas hati...akan terdetik..
"aku tulis dalam blog...bagi my side of story"..

hehehehe...hope panjng umur blog ni

kasut

kenape perempuan suka kasut???

heheheheheehhe
dulu aku cukup x paham bila tgk kakak sulung aku suka beli kasut..
pelbagai jenis jenama dan style....
kasut kakak aku cukup banyak..memenuhi rak kasut d rumah..
masa tu aku cukup x paham dgn kakak aku...dan berbangga aku x de passion tu...

hehehehehehheh
bila aku bekerje..jeng..jeng..jeng..
aku dijangkiti sindrom kasut juga..
bila ke shopping complex..tempat utama d tuju adalah bahgian kasut
seronok tgk kasut tersusun, berkilat, menunggu untuk dicuba...
pelbagai style dan rekabentuk serta warna...
bila tgk kasut..automatik terbayangkan baju2 d rumah..memikir baju apa yg boleh dpadankan dengan kasut2 tu....
hehehehe....teruja je....

ade org especially lelaki x pahami passion dan obsession wanita dan kasut..
kasut bagi aku melambangkan wanita itu sendiri..seperti mana baju dan pakaian nya..
kasut memberikan first impression..mewakili sikap wanita tu...
kadang kita boleh bayang peribadi wanita itu melalui kasut die....
sebab itu isu kasut adalah sensitif bagi wanita..
sebab kasut yg sempurna melengkapkan penampilan..
penampilan yg sempurna memberikan keyakinan diri...membuatkan wanita lebih yakin dgn kehebatan diri nya...

kasut koyak dan berlubang...
kasut yg kotor dan bercalar...
kasut yg x padan dengan baju dari segi warna..
kasut yg x padan dengan pemakai nya..

semua tu perlu d pikir kan...
so lepas nie jgn pikir enteng bila wanita merenggek nak beli kasut baru......


hehehe...entri ini adalah untuk menjustifikasikan proses pembelian kasut baru....untuk hari raya. walaupun kasut dah banyak hahahahahha.......

Thursday, July 8, 2010

bile cuti...

hari ini cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah semalam..
majlis berjalan lancar, d mana semua AJK menjalankan tugas dengan cekap dan tertib.
aku sebagai ahli AJK Hadiah...seperti biasa d atas pentas..
tapi lega tahun nie..
ade org baru yang boleh d tolak untuk berada d hadapan....
mereka perlu didedahkan..sebab geng senior mcm aku nie..
mungkin tidak kekal d bahagian itu selamanya...

tapi sepanjang perjalanan majlis..
x dapat dinafikan...
pengalaman golongan senior ini amat penting..
bayangkan, 54 hadiah akan d anugerahkan kepada pelajar dan waris..
susun atur hadiah penting...x lupa hadiah untuk Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara..
namun, Kak Ani tetap tenang and cool je mengatur semuanya....

kak Fazilah dan Kak Sofiah, bijak mengatur dan mengawal pergerakan pelajar penerima hadiah..
semua lancar....bila semua AJK bersatu..semua lancar..
AJK Hadiah perlu berkoordinasi dengan Juruacara...
semua puas hati ...
alhamdullillah..

yang menarik..penampilan Pengawas PSS...
sebagai peramusaji untuk tetamu VIP ...
segak dan lawa dengan unifrom dan bow....
bangga sebab mereka pandai dan bijak membawa diri dan cermat dan teratur dalam menjalankan tugas...aku juga nampak cikgu halim senyum puas melihat anak2 die sentiasa d puji ..malah org istana, ADC juga memuji....

walau ade episod kurang elok pagi itu...tapi kami buang jauh2
bak kata cikgu isma..setiap AJK kena kerjasama dan tolong menolong..
ini majlis rasmi sekolah..bukan pertandingan nak menonjolkan diri....


laporan bergambar akan menyusul kemudian. si hati busuk tetap menjeling sepanjang majlis..menjeling melihat kegirangan aku dan rakan2...menjeling melihat keakraban pelajar dengan aku dan rakan2....biarkan lah die...die dgn dunia die...sentiasa mencipta peluang untuk menonjol diri...

Sunday, July 4, 2010

once i was a student..

the blue : smka al irshad
the purple : mrsm beseri
the red : jemaah disiplin pelajar, mrsm beseri

of all my siblings, my schooling years were the most colourful...
after standard 6, i was in smk dato hj ahmad badawi..the school just opposite of my house..
i was there for 3 months...as my Penilaian result was delayed...
it seemed that my index number had created a problem...
after the result was out, my dad sent me to Irshad...
it was some kind of tradition that all my siblings went to agama school...except both my elder brothers...they were in SDAR and MRSM balik pulau respectively...
i was in Irshad for 3 years...
i was feeling kind of miserable and down....it was all because of 1 subject...Arabic...
as i registered late..i believed i was kind of left behind...
and no matter how hard i tried...i failed to catch up....
and the ustaz was soo garang...
especially my dear ustaz suid...my dad's best friend....
he would enter the class..and his first instruction was for us to stand on our chair..
he would throw various questions..the one who was able to answer, was allowed to get down and stand..so, u had to answer at least 2 questions to be able to sit...
yet, i managed to get good result and it motivated me to strive harder...
because i knew..good result in SRP would be a golden ticket out....
after SRP..i was in mrsm beseri
i was quite active...and definitely quite mischevious..
though i enjoyed my time in beseri...i didn't perform quite well in SPM....
as my fellow friends were doing more glamourous courses...i was destined to do education..
over the years.....i kept looking back my mistake in beseri...
i've learnt well...
that u need to focus in study....
i realized the pressure of being a science stream students....
and as a teacher now, i tend to remind my students constantly ..
hoping that they will not experience the regret of not trying harder ...
that in future..i hope they will not stuck with the question.."what if..?"
trying hard to imagine various possibilities..only if they had tried to study hard..
all in all...
as i started my career as a teacher...
i also stopped regretting the past....
every cloud has a silver lining....
and i will make the best of it...putting all my efforts and whole-heartedly to my career..
a bliss
the word "regret" is from an old French word "regreter" which means bewail of the dead.....hehehe no wonder "regret" always evokes the feeling of deep sadness to me...

when 7 men cries...


today,
i was able to watch the last appearance for KIM C in "2 days 1 night"..
i always love this show.....
the beautiful korea...the 7 crazy guys....the laugh...

for me the show is very sincere...
though 7 of the men are well known celebrities....
yet, they are very much true to their characters ....no hypocracy...
but...what i like the most..is the bond and friendship that they share....
really helping each other, taking care the youngest members.....

and today..
the "mother" of the show left the show because he wanted to pursue his career in music...
and the rest cried their heart out.....
you could feel and see the sincere friendship.....

KIM C is one of my favourite....
he is cool...able and willing to eat anything....very humble..
he was an athlete..then a singer..

2 days 1 night will go on with Jongmin...
i hope the show will go on; as long as Jiwon's contract; a lifetime contract..heheheh
why?
this is the only show that makes me laugh out loud every week.....
which i desperately need to rilex..


hehehehe...my laptop is the official laptop for "2days1night"....i have dozens of videos..