Sunday, May 15, 2011

tarikh luput kita bila???


persekitaran kita d penuhi gajet2 yg pada dasarnya cuba memudahkan hidup
baru dua hari lepas
450 pelajar sekolah menerima netbook 1malaysia
adakah makin tergugat kedudukan seorang guru?
adakah seorang guru yang berdiri d hadapan murid
masih lagi relevan?




atau
seperti mana2 produk
guru juga mempunyai tarikh luputnya
dan semakin hampir tarikh luput
semakin rendah harga dan nilai seorang guru

kita harus sedar
guru merupakan satu agen yg cuba membawa satu set budaya dan nilai
yang telah d sahkan oleh masyarakat dan d terima pakai
datanglah badai atau tsunami teknologi
guru tetap relevan
cuba pendekatan perlu d ubah



menjadi guru yg baik
perlu cukup ramuan nya
tenaga kena banyak...bukan seorang dua pelajar kita
kadang hampir 80 - 90 org dalam satu2 masa
zat besi perlu ada kerana tulang empat kerat akan
mengajar tulis baca , bersukan dan berbudaya dengan pelajar
mengajar 25 waktu seminggu tidak lengkap
kalau tidak d sertakan kelas tambahan


seeloknya
cikgu x boleh banyak "lemak"
x boleh terlalu manja dan suka meminta2
setiap guru perlu sedar d hari pertama mendapat tawaran penempatan
menjadi guru tidak akan menjadikan diri anda kaya
walau kadang serabut dengan buku latihan, rumah sukan, mesyuarat dan kursus
d hadapan pelajar
imej guru yg sentiasa bersedia perlu d jaga



bila d scan hati seorang guru yang tulen
hampir semua nya sama
mahu melihat anak murid berjaya
hati tetap luhur dan ikhlas
x pernah meminta penghargaan dan balasan
sekadar teguran sekali sekala berlaga bahu d jalanan
kerana seorang cikgu sedar
yang d didik.....bukan hak milik nya
bersama hanya 7 hari seminggu
cukup masa
lepaskan pulang pada penjaga

tapi jadi cikgu x boleh berkira
kalau asyik nak berkira........gila jadinya......



ucapan selamat hari guru untuk guru2 yang pernah bersama ;

@ SEKOLAH RENDAH HASHIM AWANG
@ SEKOLAH MENENGAH DATO HJ AHMAD BADAWI
@ SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL - IRSHAD
@ MAKTAB RENDAH SAINS MARA, BESERI
@ MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS
@ ST'S MARY UNIVERSITY COLLLEGE
@ UNIVERSITY SAINS MALAYSIA




1 comment:

  1. guru memang xda tarikh luput..

    selagi wujudnya sekolah atau murid selagi itu wujudnya guru..

    kami pelajar memang menagih ilmu dari guru...

    ReplyDelete