Tuesday, May 10, 2011

rezeki yg sudah termaktub

gelak ketawa kitaorang masih mcm biasa d kantin..
biarlah, ada mata yg menjeling, ada telinga yg berdesing..
letih, bermandi peluh d sekolah..
waktu rehat kami guna sepenuhnya...
biasalah kitaorang, dalam melawak...kadang
kami amik peluang membidas si mulut longkang..

tapi hari nie..ketawa kami mendengar cerita dari penglipulara
siapa lagi, kalau bukan pk koko ting6...
mengimbau kembali saat "bersamamu" beliau..
dalam usaha menuntut ilmu, mendaftar d university

--------------..---------------

1991, changlun kedah
rupanya Kak Na antara yg cemerlang gemilang d kampung
mendapat tawaran ke UKM mendalami bidang kemasyarakatan..
namun, bersandar gaji rm200 yg d terima
bekerje sebagai pembantu kedai photocopy..mengelapkan matanya
tambah persekitaran yg tidak membantu, tiada contoh untuk d jadikan rujukan
tawaran ke UKM , dengan mudah d tolak, tiada bantahan pula dari keluarga

namun, telah tertulis d catatan rezekinya
seorang tua yg geram dengan sikap Kak Na menolak tawaran..
datang lewat petang menasihat...cuba memberi pendapat dan keyakinan
bahawa, masa depan Kak Na bukan d kedai photocopy,
Kak Na layak untuk mendapat lebih dari itu
tersedar dari kegelapan rm200
terkejar Kak Na mencari ayahnya, tergamam si ayah mendengar permintaan..
untuk pendaftaran, seekor kerbau perlu d urusniagakan
tapi lewat petang nie, mcm mana nak d usahakan??
macam mana dengan pakaian? macam mana dengan pengangkutan?

rupanya semangat org tua itu tidak hanya sekadar menasihat
beliau menawarkan kereta usangnya sebagai pengangkutan
bermula la berjalan berliku pra-lebuhraya
kereta usang yg tidak ada lampu,

"bila x dak lampu, kami ikut belakang lori ja"
"bila kat traffic light, setiap kali berhenti, kereta mati enjin"
"kena la Kak Na, mak dan ayah turun tolak"

berdepa ke kanan dan kiri, seperti biasa Kak Na semangat bercerita
10 jam perjalanan dengan kereta buruk itu..
akhirnya, sampai la ke UKM untuk pendaftaran....

aku diam je..ada yg sekadar ketawa x percaya...
di mana aku ketika itu????

----------------------..----------------------

1991, kepala batas, penang
aku d tingkatan 3 alfarabi, calon SRP..
hajah norriah baru saja melahirkan Cuyah, adik bongsu ku...
d lahirkan d hospital swasta, kerana pakya mampu mengeluarkan belanja..
kakak sulong d UM, abgChak d UKM dan abgChik d USA
aku pulang sentiasa bergedik dengan lagu NKOTB..
mewah mendapatkan segala hajat hati....

xsangka...
sedang aku leka dan gedik mendengar lagu NKOTB..
ada org sedang menolak kereta buruk d jalan raya....
keringat sekeluarga, si anak, si ibu dan si ayah...pecah keringat demi segulung ijazah

andai tiada kereta buruk itu,
nama sharina shafie mungkin x wujud dalam hidup ini......




2 comments:

  1. Kalau kreta ni la ke UKM masa tu,prasan x dan smpai, kena tahan basa tgh jalan

    ReplyDelete
  2. hahaha

    saja saya cari gambaq yg paling buruk sekali

    ReplyDelete