Friday, May 20, 2011

shopping yg berbeza



beberapa helai kemeja d bawa untuk d cuba
fe'el die mudah, jangan tinggal die sensorang semasa mencuba
selepas beberapa helai kemeja
bergerak pula mencari seluar
3 helai pelbagai warna d cuba
sesekali ketawa besar d depan cermin fitting room
pelbagai aksi untuk menguji keselesaan
shopping kali ini berbeza..
shopping kali ini adalah untuk praktikal selama 3 bulan
bagi menghabiskan pengajian ijazah pendidikan
mungkin perkara biasa bagi beberapa org seperti die
tapi hanya tuhan yang tahu apa yang terpaksa die tempuhi
untuk sampai ke tahap ini

----------;-----------------------

die datang dari keluarga yang berpecah
ibu membawa diri ke kuala lumpur meninggal mereka 5 bersaudara
dari kecil bersama bapa yang sudah beristeri baru
tiada keserasian dalam keluarga baru
itu yang die rasa seawal d tahun 6 sekolah rendah

die hidup berdikari seawal dari tingkatan 1
mula menjadi ketua keluarga, penjaga untuk adik2nya seawal d tingkatan 4
tingkatan 4, remaja lain sibuk menghabiskan masa muda
tapi die, perlu memikirkan keperluan adik2, persekolahan mereka

istilah rumah bagi die
adalah satu konsep yang berlainan dari kita
sedari tingkatan 5, die x pernah mempunyai rumah yang tetap
pergeseran dengan bapa dan ibu tiri
membuatkan die menyewa rumah semasa tingkatan 6
pengalaman hidup mematangkan die
umur saja muda tapi pandangan nya pada persekitaran
x ubah seperti org yang sudah lama mengenali sepak terajang dunia

tapi die tetap mencuba menghabiskan pelajaran
seorang pelajar yang pintar, cuma sayang x banyak pendedahan dan sokongan
PMR dengan 5A dan juga agak baik dalam SPM dan STPM
akhirnya, tanpa bantuan dari keluarga
dari segi kewangan dan bantuan
die sudah semakin hampir menghabiskan pengajian d UNITAR

sentiasa sibuk..
kerja part time, sesekali balik menjenguk adik2 d kampung
bila pulang, keperluan rumah sentiasa d pastikan ada
nenek juga perlu d bawa mengambil ubat sekali sekala
bersusah sedikit, ringankan tulang
x mahu adik2 dianggap menumpang walaupun d rumah nenek sendiri
die juga menjadi penjaga dan penasihat ibunya
kerap telefon x diam, panggilan meminta bantuan
seolah2 die sudah bebas bekerja
kalau pulang menjenguk ibunya
semua barangan dapur ibu d periksa, apa yang kurang d tambah

semua org perlu d jaga
namun, x pernah sesiapa pun antara yang d jaga mengambil berat tentang die
x pernah sesiapa ambil peduli sakit pening die
x pernah antara mereka pernah bertanya tentang pelajarannya
x pernah antara mereka yang die sibuk menjaga, bertanya wang belanjanya
sedihnya, hingga hari ini
kedua2 org tua nya pun x sedar
die sudah hampir ke penghujung pengajian
kerana yang pasti
tidak seperti org lain yang d tatang seperti minyak penuh
die sentiasa sendiri

---------------------;-----------------------

"jgn lupa potong rambut...panjang dah tu"
"nametag dah tempah?"
"ingat, praktikal, kalau marah budak jgn sentuh tau...kes nanti"
"set alarm, jgn lewat bangun"
"jgn sombong, tegur semua cikgu, biar tunjuk rasa rendah diri"
"ingat, datang sekolah lesson plan kena siap...jgn d sekolah baru nak tulis"
"pokpekpokpekpokpekpokpekpokpekpokpekpokpek"




good luck debab




6 comments:

  1. gud luck debab....u can do it...hehe...

    cer....pesanan "jgn sombong......." tu dah kena kat sekolah...grrrrr....how dare the teachers there claimed dat org ni pendiam?.....
    huh!!...mencacatkan result praktikum jer...

    anyway, gud luck for prctical debabb...hehe...jgn mnggeletar udah lerr....lama2, mmg gian nk masuk kelas..hahaha..(experienced)...hohoho..!!...

    ReplyDelete
  2. see..nasihat yang berguna

    pendiam?? hahahaha
    kalau la depa tau yang sebenarnya....hahahahha
    bahawa mulut anda itu umpama 7/11 hahahaha

    aritu tanya die, ready x nak praktical nie...
    tau die jawab apa??
    hantam je la....hahahahhah

    ReplyDelete
  3. pa, melihat dia bangun-rebah dn berlari dh cukup menggembirakan.. and special thanks for both of you who accepting me back to our 'family'

    ReplyDelete
  4. hahahaha.....
    cikgu laki skolah tu kerek ckit...
    xpernah nk sembang pown...kureng sungguh...
    cgu pompuan bajet anggun....ya Allah....teruk betul...hahaha...padahal sekolah agama tu...huh..

    cakap kat debab, sama jer..haha...
    ketaq lutut gak nk masuk kelas..tp lama2, ok ar..
    hari last kat dlm kelas, budak2 hepi sbb x masuk klas dorg...hahaha...hampeh pnya budak2...

    ReplyDelete
  5. syidi kena smk ke atau sk?
    die kena ROS sk...tapi practical smk...

    bajet anggun??? busan nye geng mcm tu....

    hehehehhe..

    ReplyDelete
  6. kena sk....
    xmau la amik smk....haha..byk kerenah..
    oic..ok la tu..haha...dapat lak kelas yg last-last..habis la nnti..hua3..

    xper..jom sesama prktical...
    bln 7 ni lak..haishh...2 bulan...
    terus tukar sekolah... :-))

    ReplyDelete