Sunday, May 15, 2011

sepasang cotton

"Is, kalau tanya, jgn marah na" persoalan dari mulut aziah
"mak is dah bercerai ye?"....lancar betul ayat aziah

aku diam je, aku cukup x selesa dan x berani nak tanya kisah peribadi pelajar
itu je kelemahan aku sejak 11 tahun menjadi guru
tapi skill ini sangat penting dalam menghadapi pelajar remaja
inilah golongan yg rebellious...sentiasa merasakan
dunia sekeliling x pernah paham mereka
merasakan semua org cuba menyekat mereka

lawatan pengawas pss merapat kami semua
Is baru ting2, tapi aku, dan 2 pelajar prau; aziah dan ana
menarik die untuk join bersama, bila melihat "kelurusan bendulnya"
sering d perguna oleh rakan die
ole itu, sepanjang trip die sering kami panggil dgn panggilan manja
"anak tiri" atau "adik tiri"

sambil duduk d atas katil, muka aziah d tenungnya
jelas, die sangat2 menghargai perhatian dari kakak2 ting 6 ini
lantas mempercayai mereka untuk bercerita

"ye, mak Is dah bercerai. sekarang mak jaga kami adik beradik je"
"mak Is keje apa"....sampuk ana, sambil mengemas beg Is, memanjakan adik tiri
"mak x keje, tokwan je yg keje sara kami"
aku diam je, x sanggup nak mendengar dan komen

"ayah Is, bila dah bercerai buat apa?"...makin mendalam soal aziah
"tah la kak, Is pun x tau. tapi aritu ayah tipu mak and amik adik bongsu Is"
selambe je budak kecil nie bercerita...yg bertiga tergamam, ternganga
"ayah kata nak bawa adik kuar makan. mak suh Is ikut sama, jaga adik"
"bila balik, ayah antar Is...kemudian terus ja tanpa turunkan adik"
"sekarang mak nak lawan ayah, nak amik balik adik"

yelah, Is adalah anak sulung dari 3 beradik
yang bongsu adalah anak tunggal lelaki; penyambung keturunan
semestinya menjadi rebutan

sejak tu, Is sentiasa bersama kami..
banyak benda kami ajar die, bergaya, bersosial dan shopping

"Is, ingat tau, kalau dating nanti jgn order bihun tomyam tau. amik nasi goreng je"
"nanti boyfriend lari tgk Is makan belemuih"
nasihat aku bila melihat "kepayahan" die menghabiskan bihun tomyam

"Is, memberi salam memang baik, tapi jangan semua kedai Is bagi salam"
nasihat aziah sambil menahan perut ketawa..
yelah, dengan selamba dan kuatnya die memasuki sebuah kedai d rantau panjang
yg belum tentu milik melayu atau cina
dan memberi salam...tercengang semua org dalam kedai...
aku, asrap, aziah dan ana?
lari lintang pukang keluar kedai.....xmengaku datang sekali

tapi kemana die pergi, solat dan ibunya x pernah die lupa
bila ke pasar payang, aku paksa die membeli kain untuk si ibu
diam die, aku tau die kekurangan wang
aku yakinkan die berhutang dulu dengan aku
senyum die memilih sepasang kain cotton comel



ihsan google

sepanjang perjalanan 4 hari 3 malam itu
banyak membuka mata aku sebagai cikgu...
bila kita berilmu, bergaji tinggi....jgn sesekali bongkak diri
kerana 35 insan yg duduk d dalam kelas berhadapan dengan kita
mempunyai 35 masalah tersendiri, 35 kerisauan sendiri
dan 35 kepayahan dan kesulitan hidup sendiri

macam aku sering katakan dalam entri terdahulu
hormat seorang pelajar sangat susah untuk d capai
dengan paksaan, hilang hormat datang dengki dan benci
dengan lembut, sanggup memberi masa memahami mereka
seorang guru bukan hanya mendapat hormat, tapi mengecapi persahabatan


hari guru makin hampir....
guru manakah yg telah membentuk kita?
masih ingatkah anda, siapa yang berpeluh d tepi padang menunggu kita bermain?
masih ingatkah anda, kereta cikgu mana yg kita duduk bersempit untuk ke pertandingan?
masih ingatkah anda, cikgu mana yg melontar pemadam whiteboard ke arah buku sejarah sebab kita sedang nyenyak tidur d sebaliknya?
masih ingatkan anda ustaz yg garang, sentiasa menghukum berdiri d atas kerusi?
masih ingatkan anda pada pengetua garang yg pernah merotan tapak tangan kerana gagal bahasa arab?




percayakah cikgu2 itu jika d khabarkan....
anak murid yg nakal itu sudah bergelar cikgu selama 11 tahun?







2 comments:

  1. guru yang baik dan dihormati pelajar adalah guru yng menjadi pengajar dan dalam masa yng sama sanggup menjadi teman kepada pelajar itu....

    ReplyDelete
  2. yesss.....

    tapi cabaran mengajar remaja....adalah mendapatkan kepercayaan mereka.....

    ReplyDelete