Monday, April 11, 2011

datang tidak d duga

hari sabtu..
seperti biasa..mengajar kelas Gemilang
d smk sanglang....
ini tahun kedua mengajar d situ...
segan nak menolak permintaan cikgu nasir...
bekas pengetua lama yg baik hati
berperwatakan lembut......

jam 11.30..
turun ke kereta...aiman sedang menunggu untuk pulang..
adik debab yg akan menduduki spm...
aku bawa sama menyertai kelas tambahan..
dari duduk saja d rumah....

"teacher, jah meninggal...accident!"

terdiam aku.....
jah, sepupu debab...
anak perempuan tunggal pak long debab...
merupakan PK sekolah aku...
lantas mencari handphone...
ada 5 miss call dan pelbagai sms....
semua dari guru smktb....
lantaran keakraban aku dan debab...
semua mencari maklumat dari aku.......

terus menghantar aiman pulang ke rumah tok ...
aku melangkah masuk....
rumah penuh perabot..sudah kosong...
katil bujang terletak d ruang tamu......
aku paham apa yg akan berlaku d rumah besar itu

perlahan2 aktiviti rumah bertukar...
persediaan untuk menyambut kepulangan..
seorang anak gadis muda yg baik pekerti..
yg di takdir mendahului yg lebih tua..
berjumpa dengan Pencipta....

lapik katil d letak...
sarung batik panjang d keluarkan....
perlahan tangan2 sepupu arwah...
memasukkan wang sedekah ke dalam sampul..
sekali sekala kepala menggeleng2 tanda x percaya.....

diam terhenti..
melihat kepulangan abang sulung arwah..
seorang doktor dalam latihan...
aku x sanggup nak angkat mata melihat die...
entah apa la d pikir oleh si abang..
yg baru saja beberapa bulan pulang dari ireland...

rumah semakin ramai pengunjung..
lewat jam 3....
keranda sampai d hadapan rumah...
khabar dari kl...van jenazah belum bergerak.......
yg tua..mula berkumpul berbincang...
bagi melancarkan pengkebumian yg akan berlaku
mungkin lewat malam....

aku demam, selsema dan batuk...
kerana kepenatan..aku minta diri...
seperti yg aku pernah katakan dulu...
aku x kuat and sanggup nak melihat...
kesedihan yg tertinggal.......








No comments:

Post a Comment