Friday, December 30, 2011

2011

30. 12. 2011
esok mesyuarat guru pertama akan dijalankan
menandakan tahun baru persekolahan akan bermula
sekejap saja 2011 dah berlalu
sibuk kesana ke sini
terkejar kesana kesini....masa berlalu cepat sangat
blog nie pun lama x ditulis


2011
tahun yang penuh warna warni yang happening
dari segi kerjaya
tahun ini  waktu bekerje aku hampir 24 jam
kelas tambahan yang sangat penuh
siang malam dan hujung minggu
taubat!!
tahun depan aku x mau dah..letih sangat
namun letih2 pun seronok bila pelajar dapat result yang terbaik
di sekolah, 3 orang dapat band 3 muet
anak kak sharina, dapat A untuk BI dalam UPSR
anak cikgu razak, kak zuraini pun dapat A BI dalam PMR
cuma Alip saja x mampu, hanya B
dan Shatir... anak timbalan JPN masih aku x tahu dapat apa
now
hanya menanti keputusan SPM..harap geng Cikyah mampu dapat yg terbaik
mereka sudah terlalu berusaha..



2011
banyak cerita sakit hati aku kena tahan d sekolah
biasalah.. org fitnah macam2...
buat hal masa jadi pemeriksa muet lah.. macam2 lah..
tapi alhamdullilah...
aku diamkan and terus buat kerje aku
tugas sebagai examiner Muet selesai aku buat....menutup fitnah yg kata aku sudah x dilantik
tugas pemeriksa PMR pun selesai.. dan SPM juga selesai
aku suka tugas2 luar nie
when u meet ur friends from other schools once a year
all dedicated and hardworking teachers..
yg penting.. very knowledgeable... respect sangat tahap ilmu diorang
jgn buat main la.....



2011


kitaorang dapat ahli family baru..
seronok sangat konvoi beramai2 ke seremban
first time tau..our big family konvoi dan memenuhkan hotel
riuh rendah..tambah dengan geng juniors kecik2 nie
kenduri kedua2 belah meriah dan makanan superb!!!
di rembau dengan daging salai..and first time makan pulut dengan sambal petai
di kepala batas.... nasi saja dah 3 jenis, air 3 jenis belum masuk teh tarik lagi..
dah mcm open house Pak Lah ... tiap kali raya
dan


25. 12. 2011



dalam sibuk2 marking paper di kangar
dan involved dengan review d smk model khas bukit jenun
alhamdulilah
sempat juga bertunang dengan debab..
simple, pertemuan dan perbincangan antara famili
mesra


2011
tahun penuh makna..penuh cabaran.. penuh kemeriahan
hidup mampu diteruskan dengan doa keluarga, rakan dan yg tersayang










Friday, November 18, 2011

kompeni 1494







JENERAL
Tuan Haji Zakaria bin Mat Amin

B. JEN
Puan Hajjah Norriah binti Mat Rasit

MEJARsss
Noriza binti Zakaria
Zainur Rijal bin Zakaria
Zaimi bin Zakaria

MEJARss (IMPORTED)
Abdul Rahim bin Ishak
Fuziati binti Omar
Mazlini binti Othman

KAPTENss
Zulfa binti Zakaria
Hanizan binti Zakaria
Mohd Nurzaid bin Zakaria

PEGAWAI WARANss
Muhamad Aimaduddin bin Zakaria
Nur Amirah binti Zakaria

SARJAN
Rabia'tul Adawiyah binti Zainur Rijal

KOPERALss
Muhammad Haziq Amsyar bin Zaimi
Muhammad Harris Afham bin Zaimi
Muhammad Faris Daniel bin Zainur Rijal

PREBETss
Nur Ainaa Damia binti Zainur Rijal
Nur Aliyaa Najwa binti Abdul Rahim
Ainul Mardhiah binti Zainur Rijal





prebet terbaru : Ainul Mardiah or Ciknun



KAPTEN DALAM LATIHAN
Nuraini Hussin




*senarai ini di copy paste dari blog Cik Nizan)
*update terbaru ada yang dinaik pangkat, ada baru masuk dan ada dalam latihan









rezeki, jodoh dan ajal


semalam
pulang dari sekolah terus buka FB

innalillah..
suami kepada rakan TESL telah meninggal dunia akibat kemalangan
terus ke FB beliau..
wall FBnya dipenuhi dengan ucapan takziah
lebih sedih bila terselit ucapan tahniah atas kejayaan anak beliau dalam UPSR
bagaimana agaknya die menanggung semua ini?
membesarkan anak seorang diri
menjadi kuat untuk diri sendiri dan anak-anak

rezeki, jodoh dan ajal di tangan tuhan

bila berlaku perkara sedih ini
fikiran melayang memikir
ada org sedang diuji dengan ujian yang hebat di sekeliling kita
kadang kita nampak org sekeliling kita senyum saja, gelak ketawa
tapi kita x mampu membaca pemikiran die
kadang ada org mudah menghukum kita, x pikir sebab dan musabab
kadang ada org mudah mengarah dan meminta mcm2 dari kita
x sedar mungkin kita juga kekurangan dan ada kekangan
hidup semakin demanding sekarang
yang kuat saja mampu bertahan

pagi nie
amirah upload gambar hajah norriah dengan pakya
berdiri d hadapan rumah tempat kami membesar
yang mengumpulkan keluarga pakya dari seawal 1980


rumah nie dah melihat semua
kelahiran anak-anak bongsu pakya bermula dari Bulat
3 majlis perkahwinan dan kelahiran cucu-cucu yang semakin nakal
rumah ini juga sudah melihat kematian..apabila opah meninggal pada ramadan 2008
jenazah opah dimandi dan dikapankan d rumah ini

next week
sekali lagi rumah ini akan mengadakan majlis perkahwinan
dan alhamdulillah pakya dan hajah norriah masih sihat dan cergas
rezeki diorang..mungkin diberkati kerana sifat mereka



buat sahabat Haslinda Zaki
salam takziah..memang x mampu nak bayang apa yang anda tanggung sekarang
insyaallah semua akan baik-baik saja.



rm100


hari terakhir persekolahan 2011
tepat jam 10 pagi, sibuk2 aku dgn kak Na ke bilik guru
selepas tandatangan, kira semula dengan teliti
bergerak ke kelas 1A3
kelas terakhir dalam tingkatan 1
depan kitaorang , beberapa cikgu lain juga sudah mula bergerak ke kelas
bersama buku rekod kehadiran dan sampul putih tebal berisi duit
wang bantuan awal persekolahan
rm100

perlahan-perlahan waris mula datang
sekolah semakin penuh dan sesak
waris datang berpusu-pusu
ada datang menuntut wang untuk 3 orang, 2 orang anak mereka
ada yang datang bergaya, ada yang datang dengan baju kerje
mengelek anak kecil dan bayi

sambil mengisi maklumat
mulut kitaorang ramah berbual dengan waris
seronok melihat mereka ceria
bagi sesetengah org, rm100 boleh di habiskan dalam masa sejam
tapi bagi waris-waris ini; rm100 adalah bantuan yang sangat diperlukan
baju sekolah, alatan sekolah, dan mungkin juga bekalan makanan untuk bulan ini
kepayahan hidup mereka terzahir dari pakaian mereka, urat-urat keras yang timbul,
tangan-tangan yang kasar menghulur salam, bau keringat tanpa minyak wangi berjenama,
tersentuh hati

bekerje di kawasan kampung jauh dari pekan
beginilah latar sosio ekonomi waris-waris di sekolah ini
cikgu pula kadang rasa serba salah bila nak meminta wang untuk sesuatu aktiviti
yang mewah memang ada, tapi yang susah lebih ramai

pertemuan di hari terakhir persekolahan
membuatkan aku dan kak Na lebih rendah diri dan humble
lebih sedar tugas berat menyampai ilmu pada anak-anak waris ini
mana tahu; dengan rm100 ini lebih ramai mampu belajar di tahun depan
dan mampu berjaya dan mengubah kehidupan keluarga

"jupa!! anak kak Na dapat 4A 1B...alhamdulillah"
"A bahasa Inggeris....B sains"

the best news ever
kerana aku adalah guru tuisyen anak kak Na...
walau dibayar setiap bulan
tapi kejayaan anak Kak Na sangat-sangat bermakna bagi aku
at least aku tahu aku dah berjaya membantu seorang pelajar










Friday, November 11, 2011

man of honour / glory jane



setelah lama operasi mendownload terhenti
sekarang bersambung kembali dengan drama ini
currently episode 6 di KBS World
di korea sudah episode 12



berpusat pada sifat tamak seorang lelaki yg ingin menguasai
perniagaan kawan baik, lantas anak perempuan tunggal kawan baiknya
di sorok jauh selepas hilang ingatan akibat kemalangan

hanya bekas pemandu bapanya saja yg tahu kisah sebenar




suka kerana watak lebih real
hero bukan lah typical hero..
sangat lemah, asyik gagal dalam hidup namun tetap kuat usaha
begitu juga heroin, hidup penuh cabaran tapi tetap optimistik

operasi download untuk bekalan menanda kertas nanti heheheh

Tuesday, November 8, 2011

raya haji 2011


seminggu balik berhari raya aidiladha
raya kali nie
semua sibuk-sibuk belaka
sampai tak terasa hari raya

pakya dan hajah norriah sibuk dengan kenduri
memanggil dan menjemput tetamu
koordinasi barangan hantaran
rumah yang di touch up

cikman pulak sibuk dengan driving test
riuh rendah bila gagal driving test
kesalahan di letak pada brek kereta

cuyah sampai sehari sebelum raya
mcm biasa mencukupkan tidur die
manusia yang kuat tidur
sebelum sibuk meringkaskan 30 journal

buat pertama kali raya
Bulat balik bersama buku tebal dan handout
sejak enrol dalam master program ukm
sudah kembali menjadi budak sekolah
bukan mudah tgk Bulat tidor lewat study

aku mcm biasa
menanda kertas peperiksaan
dateline isnin ini...

yang happening dan sentiasa seronok
adalah kanak-kanak
laptop terbuka 2-3 buah
handphone canggih 2-3...
hairan menengok budak sekarang obses dengan handphone

nama : alya najwa
lahir  : 9 . 3. 2008
main angry birds dari level 10 - 15 tanpa bantuan sesiapa......
banyak juga high score yg die dapat
tahu pulak mcm mana nak guna burung warna biru and kuning



ibu die (seorang guru dan abah seorang PK) mengajukan satu soalan
"bayangkan alya masuk sekolah menengah....mcm mana la cikgu die nak handle?"






Monday, October 31, 2011

sudah hampir habis

hari nie
presentation R&D pelajar prau2
alhamdullillah....
semua lancar walaupun semua mereka agak gementar pada awal
yelah...mereka kurang yakin apa yang mereka buat itu
betul atau salah
pengalaman pertama mereka buat kajian

semasa pembentangan
nampak perlahan-lahan mereka semakin yakin
biarlah..adat belajar
yang salah kena tegur..yang betul pun akan ditegur
untuk penambahbaikan...
riuh selepas selesai...
pelajar lega..cikgu pun lega...
walau kena buat beberapa pembetulan
nasib x banyak...

sedar tak sedar
dah hampir hujung tahun
hari nie mesyuarat ting 6..
wahhh...tgk kalender 2012....
baru sedar dah hampir hujung dah...

walau esok dah sibuk hari koko
next week hari raya haji
harap semua ok sebelum cuti penggal akhir tahun



Thursday, October 27, 2011

goodbye oprah


aku kenal oprah winfrey sejak dari awal sekolah menengah
ingat lagi setiap hari ahad
TV2 akan menyiarkan the oprah winfrey show
ini lah satu-satunya talk show yang kekal aku minat hingga sekarang

semasa di uk
walau banyak talk show seperti jerry springer yang penuh aksi bergaduh dan skandal,
the ricki lake show yang sangat membosankan,
the oprah winfrey show tetap nombor satu di hati
kerana isi kandungan nya

oprah winfrey suka membawa realiti ke alam tv
kisah suka duka hidup yang sangat tragis
beliau membawa cerita ini kerana ingin berkongsi
bagaimana semua mangsa yang terlibat tetap tabah tak pernah mengalah
tetap berjuang untuk meneruskan hidup

beliau juga sangat prihatin
sifat dermawan oprah sangat2 jelas
kadang kala jeles bila tgk oprah menghadiahkan pelbagai barangan mewah 
paling mengejutkan pernah semua penonton show beliau
dikejutkan dengan kunci kereta yang diletakkan di bawah kerusi mereka






yang paling utama
oprah winfrey adalah seorang yang sangat mencintai pendidikan
beliau sentiasa berjuang untuk memberi pendidikan kepada masyarakat
terutama kepada wanita dan kanak2 dari golongan terbiar
"when we educate women, we change a family"
pendidikan menurut oprah mampu memberi keyakinan, self-esteem dan tujuan dalam hidup
sebab itu, beliau telah menubuhkan kolej wanita d afrika

semasa konsert farewell beliau
oprah dikejutkan bila melihat jumlah manusia yang telah menerima bantuan
dari beliau untuk mendapatkan pendidikan
sejumlah  64 688 orang!!!
impact yang beliau berikan kepada penerima bantuan ini sangat besar





and this song "for good" dari musical "the wicked"
truly touched me..masa dinyanyikan sambil ratusan
bekas penerima biasiswa beliau keluar ke pentas....keluar air mata
just imagine...u r able to see hundreds of people who had changed for good
because of your simple deeds....
oprah winfrey is an inspirational figure......a teacher
oprah winfrey adalah seorang guru yang baik
mengajar erti hidup, mengutamakan pendidikan dan sangat generous




goodbye oprah







Saturday, October 22, 2011

coming soon



teet...teett
6.50 pg ..bunyi sms telefon..
awal hari nie..pelik juga..siapa la yg sms awal pagi nie

"mamaju buat apa?"
pendek je sms...pendek juga aku jawab.."tidur"
tiada lagi sms selepas itu

dah 2 hari geng sikenit nie bersms dan bertelefon
sikenit???
tiga beradik....anak abg aku
si kakak yang sulung, Ba'atun baru Tahun 3..
opah dan atuk gelar die "kak Nam"...
sebab die la mastermind untuk semua benda...die merancang
tapi cerdik..die arah adik2 die..si kembar aina dan anel untul laksanakan
die akan memerhati dari jauh...bijak...bijak...

the kakak and the twin

3 beradik..ada satu handphone yang d kongsi bersama
mungkin hujung minggu, ibu mereka benarkan bersms
ayat sms pendek saja..
"buat apa?"..."makan dah ke?".... "opah buat apa?"
tapi kalau berbual telefon..
adoi
kadang nak pecah perut ketawa dengan perangai ketiga2 cucu opah norriah nie...

datang dari keluarga yang besar; 8 beradik..hidup sentiasa riuh
walau riuh..tapi bila dengan org luar...
most of my siblings a bit reserved sikit..
kitaorang dah terlalu biasa bergaul sesama kitaorang je
bila ada org luar...diam je

sekarang tambah meriah bila ada geng2 juniors nie
x pernah sunyi...opah dan atuk pun kadang letih dengan keletah dan bijak pandai mereka
ibu-ibu diorang pun boleh relax bila ke rumah opah
ramai pengasuh2 rajin melayan...
x pun, semua melepak main internet dan laptop

lagi sebulan..
there will be a new addition to our big family
my brother is getting married
bertambah meriah la keluarga pakya
yang penting
everybody is happy and accepting
every relationship will be stronger with a blessing from the family
even though jodoh pertemuan d tangan Tuhan
namun, persetujuan, penerimaan keluarga penting untuk memberkati perhubungan itu





kadang kala hairan juga melihat kelaku org
cepat menjatuh hukum menyebar cerita buruk tentang sesuatu perhubungan
siapa die dan apa hak die nak melabel dan menghukum sesuatu perhubungan?
ketentuan d tangan tuhan...
kita x tahu dengan siapa kita akan berakhir
rezeki apa yg menanti kita d depan sana.......


so, lagi sebulan kenduri kendara lah kitaorang
Cik City d harap akan siap dan tiptop untuk jalan2 ke nogori sembilan
baju uniform (walau hjh norriah mengelat x beli dekat die) kak bibah tengah proses
doakan semua lancar dan serba sederhana..
x suka la wedding yg over-over-ala-ditaja-norman hakim....








POKOK



tersesat,
malu bertanya

terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu


sangat bersetuju dangan baris-baris d atas.....






Monday, October 17, 2011

Real Steel


baru balik menonton bersama debab, milah dan adi
movie paling "laris" d wayang2 d jitra dan alor star
skeptikal pada permulaan kerana ia berkisar pada pertarungan robot...
but, after 2 hours....
the movie was more than that...

watak utama; charlie d pegang oleh hugh jackman *griiinnnnn*
always my favourite; samaada dalam "x-men" dan "australia"
aku lebih cenderung pada pelakon luar america..mereka lebih meyakinkan...
ralph fiennes, colin firth, sam neil dan beberapa lagi

charlie seorang peninju robot; bayangkan wrestling tetapi pelakunya adalah robot
latar masa movie ini adalah pada tahun 2020
charlie yg d belengu hutang, sanggup menggunakan anak sendiri untuk mendapatkan duit
yang d gunakan untuk membeli robot baru..namun kalah teruk dalam perlawanan pertama
nasib berubah bila Max, sebelas tahun menemui ATOM..
robot kecil d tempat pembuangan sampah
ATOM adalah robot spesifikasi untuk di jadikan bahan latihan; punching bag
untuk latihan robot lain
x di jangka, ATOM yg d bersih dan d program mampu menewaskan beberapa robot lain d gelanggang...membuatkan Charlie berjaya memenangi wang
kemuncak cerita bila ATOM bertarung dgn "king of all robots>> the ZEUS"
boxing robot ini memaparkan semangat juang ATOM, Charlie dan Max
walau d umum kalah oleh juri...tapi juara d mata penonton





ini adalah movie pertama yg berpijak pada realiti..dari segi latar tempat
walau latar masa adalah tahun 2020, namun cerita ini lebih realistik
tiada aksi kereta terbang, alien atau pakaian pelik ala2 angkasawan
dunia masih tetap sama, gaya hidup x berubah
cuba beberapa ciri dan tradisi lama d ganti dengan teknologi
ini membuatkan cerita ini lebih dekat dengan penonton
kita tidak terganggu dengan elemen x  masuk akal....

jalan cerita sangat pantas
penonton tidak tertunggu2..aksi penuh 24/7
tidak terasa perjalanan waktu...
membuatkan penonton lebih alert dan terhibur sepanjang 2 jam




apa yg menarik adalah sisi dinamik 2 watak ayah dan anak
lebih moden, walau d tinggal oleh ayah, ibu meninggal..Max bukan jenis yg tipikal
die lebih kuat, garang dan ada pendirian..he can stand up for himself
ada waktu, Max yg 11 tahun nampak lebih dewasa dari Charlie
dari segi perlakuan dan percakapan ...yg menimbulkan humor...





dan hero cerita ini adalah ATOM
kita mudah relate dengan ATOM, seorang underdog...datang dari tempat yg jauh dan hina
sangat kurang dari segi fizikal dan kebolehan
tapi sentiasa pantas dan kuat..tidak menyerah kalah
bila ZEUS d umum pemenang dan ATOM d anggap sebagai "people champion"
terdetik sesuatu...

seseorang itu bukan d nilai pada pangkat dan sanjungan
seseorang itu d nilai kerana peribadi, keyakinan dan kerja keras

biarlah kita kecil tidak seberapa
tapi jika bersungguh dalam setiap perkara
ia mampu memberi impak yang sangat besar untuk semua.








Saturday, October 15, 2011

skema


i hate..
taking photos for the school magazine..
skema sangat 
but sometimes bila tgk gambar lama..
sangat nostalgic


mrsm berseri, perlis
 1992-1993
sangat innocent
penuh dengan warna as all of us coming from different background
now, most sudah berjawatan besar



msm trolak, perak
english course after SPM 1993


around 20 mat and minah salleh were brought to trolak, perak to teach english to us
most of them were from new zealand
this was my class...we had 36 classes



b.ed tesl matriculation program
maktab perguruan ilmu khas
1994 - 1995

matriculation
basic foundation to would-be-teachers
there were fews who actually reluctant to be teachers
this was my class; matrik 1.4



st mary's university college, twickenham
with our lecturer; the late terry tomscha
1997-1999

because all of us were science students 
we were placed in st mary's university college; a college under university of surrey
it is located in twickenham, 20minutes to greater london by train


smk tunku bendahara
2000- ?

am a teacher now
i have to pose for school magazine every year
hehehehe






fitnah

"biarlah apa yang org kata"
"lama-lama kebenaran akan keluar sendiri"
itu je ayat bang din..
tiap kali aku mengadu masalah...
bang din pembantu pss sekolah
aku 24/7 d pss...so sangat rapat dgn die

"duduk kejap, cikgu nak tanya"..kata pengetua
"betul ke cikgu dengar awak buat masalah d sekolah ### masa muet ritu?"
akhir nya soalan itu keluar juga
aku dah lama tahu sebab kak fad dah bagitau
pengetua bertanya pada die tentang benda ini ramadan yang lalu
malangnya kak fad tak tahu langsung cerita nie..x dapat die nak menolong
aku pun x pernah cerita kejadian itu, ...xkan aku nak bercerita
xde yang menarik pun berlaku
janji tugas aku dan ketua aku waktu tu selesai dengan baik
so
malas aku nak terus terjah pengetua menceritakan kebenaran...biarlah,
 i don't have to explain myself to her
aku dah letih dengan semua nie


aku diam kan....
kelakar sangat...kita buat kerje ikut peraturan.....tapi
rupanya ada mulut membuat fitnah bahawa aku melampau
semasa mengendalikan muet d sebuah sekolah
hehehe....ada org dah awal menyebar fitnah untuk menutup kesalahan diri
pantas aku menelefon debby, partner semasa kejadian
berjela debby memaki..geram die dgn fitnah yang aku kena tanggung ini

"let it be jupa, we had done nothing wrong...if they want the truth.. ask them to contact me!"

_______________*_______________

"cikgu, saya bertindak dan bertugas mengikut peraturan yang di tetapkan"
"lagipun saya bertugas berdua...saya bukan ketua waktu tu..x kan saya nak melampau sendiri?"
"kalau x percaya..ini no telefon debby; ketua saya waktu itu..cikgu tanya lah kejadian sebenar"

"ish..itulah..tapi kenapa org suka nak bubuh tahi pada nama awak?"
"itu hak diorang cikgu...saya malas nak amik tau..kerje saya banyak cikgu"
"nanti x siap kerje..org bubuh prestasi rendah plak"
aku cuba buat kelakar sinis dekat hujung tu


aku ada terbaca majalah solusi
akhir zaman, fitnah memang bermaharajalela
sampaikan fitnah d terima pakai sebagai kebenaran
terus aku berjumpa bang din; mengkhabarkan pertemuan terbaru dgn pengetua

"kan bang din dah cakap.."
"biarlah mulut diorang yg kita x boleh nak control"
"kita solat, doa agar kita d lindungi dan Allah memihak pada yang benar"

tenang



ehsan google








babi








"teacher, tgk la, karya saya terpilih"
pendek je msg yg aku terima d inbox FB
datang dari budak nie..tuan punya blog BUDAK NIE

terus aku ke link yg die bagi...
suka aku karya (atau ayat yg die reka)
sangat tepat, padat, bermakna dan ringkas

"KEPADA BABI YANG SUKA MEMAKI"
"BAIK KAU MENULIS"

hehehehehheh............tapi betul x???
dari memaki x kena tempat dan gaya
lebih baik menulis..mungkin akan lebih bersopan dan lebih bernas

kenapa babi??
itu soalan aku nak tanya dekat budak nie...
kenapa bila kita geram dekat seseorang..kita suka kata babi dekat die?
kenapa bila kita marah dekat seseorang..kita suka kata babi dekat die?
dah jadi budaya kot d malaysia nie...
apa yg jahat dan kotor adalah babi

babi memberi konotasi yg sangat negatif pada masyarakat melayu selalunya...
tapi sekarang budak nie sudah menpersonifikasikan babi....
bayangkan babi menulis...
agak2 apa yg d tulis nya




Sunday, October 9, 2011

fishing trip at Bedong


weekend aritu
ikut debab p fishing
sebab die tekanan x dapat ikan masa trip fishing d laut last week
dah la x dapat ikan...
balik demam pulak


muka org hapi nak pegi fishing


Bedong Fishing Pond
tapi tempat / kolam ini hanya untuk yg dia hard fan fishing
sebab sistem d sini adalah "catch and release"
sebab tu ikan die besar-besar
pernah debab dapat hampir 8kg ikan siakap....

tapi kalau nak bawa pulang
mesti lah atau hanya ikan kecil sahaja
tapi kena timbang dan bayar la






perhatikan dua gambar d atas
bila dapat ikan
kita kena keluarkan mata kail dahulu sebelum d lepaskan



siakap yg d bawa balik








siakap ke 4 yg d bawa balik



sekali sekala
bila ikan sudah menelan mata kail
kena buat yg baru




nak tgk antara ikan besar???
d bawah nie








uncle ini adalah seorang cina dari indonesia
die bekerja d penang
Bedong Fishing pond nie memang terkenal hingga ke singapura

semasa fishing
dua buah SUV baru sampai dari kuala lumpur, dan ada yg dari cameron highlands





3 gambar d atas adalah sesi CPR untuk ikan
untuk menaikkan ikan
kita perlu bertarung dan menjinakkannya
bila ikan sudah letih, baru mudah menaikkannya

bila naik ke darat
selalu ada sesi fotografi
timbang ikan; untuk lihat dan rekod berat ikan

bila sudah lama d darat
kita x boleh terus campak die balik ke dalam air
kita kena bagi CPR
lalukan air pada insang ikan perlahan-lahan
bila nampak ikan dah kuat, baru lepas









Wednesday, October 5, 2011

Leave Out All The Rest






"Leave Out All The Rest"

I dreamed I was missing
You were so scared
But no one would listen
'Cause no one else cared

After my dreaming
I woke with this fear
What am I leaving
When I'm done here?

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Don't be afraid
I've taken my beating
I've shared what I've made
I'm strong on the surface
Not all the way through
I've never been perfect
But neither have you

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are 



kadang kala terpikir juga
andai sudah sampai waktu kita...sudah bersedia kah kita??

kita dan tuhan belum tentu hutang nya...
tapi kita dan makhluknya??
hidup ini sementara sahaja dan ada orang kata hidup umpama roda
sekejap d atas... d julang dan d megah dan d bangga
sekejap d bawah... d pijak, d ludah dan d pandang hina

berbaloi kah hidup ini d fokuskan untuk mengejar wang, harta dan pangkat?
berbaloi kah hari-hari ceria d penuhi dengan cerita dusta membuat fitnah?

sesekali priority hidup perlu d semak semula
buang yg x perlu dan x penting
hidup hanya sementara...untuk d isi dengan keluarga dan yg di kasihi




#2 wordless wednesday blurism











Tuesday, October 4, 2011

Alanis Morissette - Ironic





An old man turned ninety-eight
He won the lottery and died the next day
It's a black fly in your Chardonnay
It's a death row pardon two minutes too late
Isn't it ironic ... don't you think 


It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought ... it figures 


Mr. Play It Safe was afraid to fly
He packed his suitcase and kissed his kids good-bye
He waited his whole damn life to take that flight
And as the plane crashed down he thought
'Well isn't this nice...'
And isn't it ironic ... don't you think



Well life has a funny way of sneaking up on you
When you think everything's okay and everything's going right
And life has a funny way of helping you out when
You think everything's gone wrong and everything blows up
In your face 


It's a traffic jam when you're already late
It's a no-smoking sign on your cigarette break
It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
It's meeting the man of my dreams
And then meeting his beautiful wife
And isn't it ironic... don't you think
A little too ironic... and yeah I really do think...



Life has a funny way of sneaking up on you
Life has a funny, funny way of helping you out
Helping you out 







there is always an irony in every step that you take in life......





Friday, September 30, 2011

PMR dah nak mula


good luck to PMR candidates
good luck to

abdullah syamil
alip
shatir
atirah

p/s :  masa jawab bayangkan muka cikgu tuition anda hahahahahah




hari ini terakhir kelas tambahan tingkatan 3
satu persatu episod kelas tambahan guru-guru d malaysia mula berakhir

lapang la sikit hari minggu guru-guru
org luar je kata cikgu cuti banyak.....tapi kalau sebetulnya......cuti x pernah cukup

macam aku
cuti hujung minggu kelas tambahan
cuti penggal pun kelas tambahan
cuti akhir tahun, memeriksa kertas peperiksaan awam

kerje cikgu 
happeninggggg!!!!!! hahahaha


berdoa dan berharap geng berempat d atas boleh score A untuk paper BI PMR.....




Sunday, September 25, 2011

menangis di panggung

hujung minggu nie, hanya duduk di rumah
menghabis masa dengan megaupload, mediafire dan torrent
salah satu hasil yg dapat adalah sebuah filem keluaran 1995

The Cure
filem ini aku tonton d wayang REX sebelah petaling street
zaman matrik d mpik, cheras
aku menonton seorang diri
dan
filem ini lah buat pertama kali aku menangis teresak-esak dalam wayang
sangat sedih, sangat menyentuh perasaan



erik, seorang budak lelaki yg suka menyendiri, tiada kawan
ibu seorang yg sibuk mencari duit, mengabaikan dia
semua berubah bila seorang budak lelaki, Dexter pindah d sebelah
namun,
Dexter penghidap AIDS, tiada kawan akibat sifat prejudice
dan salah faham komuniti.
maklumlah, 1995 adalah tahun di mana kesedaran AIDS masih d tahap yg rendah

mereka menjadi kawan, AIDS tidak menjadi penghalang
agak melucukan melihat mereka berusaha mencari penawar AIDS
kelucuan datang dari sifat naif mereka sebagai budak2
pelbagai experiment d jalankan;
menggunakan sweets and chocolate, mengumpul dedaun d sekitar rumah
dan akhirnye, melarikan diri ke New Orleans...
kerana terbaca d tabloid seorang lelaki menemui  penawar AIDS d belakang rumahnya

AIDS..tetap mengambil nyawa dexter d akhir cerita
terpisah dua sahabat, terpisah kasih sayang ibu dan anak

sedih bila Erik meminta maaf kepada ibu Dexter kerana gagal mencari penawar AIDS
tanpa dia sedar, dia adalah penawar untuk segala kesakitan Dexter
dengan menjadi kawan baik dan menerimanya seadanya

masih ingat lagi...
kalut mengesat airmata bila cerita berakhir
malu dan segan jika bila lampu d pasang
org nampak aku telah menangis
bila lampu d pasang....bukan aku seorang saja rupanya





sincere friendship...
itu lah penawar kalau rasa sedih 
itu lah support bila kita jatuh