Friday, November 18, 2011

rezeki, jodoh dan ajal


semalam
pulang dari sekolah terus buka FB

innalillah..
suami kepada rakan TESL telah meninggal dunia akibat kemalangan
terus ke FB beliau..
wall FBnya dipenuhi dengan ucapan takziah
lebih sedih bila terselit ucapan tahniah atas kejayaan anak beliau dalam UPSR
bagaimana agaknya die menanggung semua ini?
membesarkan anak seorang diri
menjadi kuat untuk diri sendiri dan anak-anak

rezeki, jodoh dan ajal di tangan tuhan

bila berlaku perkara sedih ini
fikiran melayang memikir
ada org sedang diuji dengan ujian yang hebat di sekeliling kita
kadang kita nampak org sekeliling kita senyum saja, gelak ketawa
tapi kita x mampu membaca pemikiran die
kadang ada org mudah menghukum kita, x pikir sebab dan musabab
kadang ada org mudah mengarah dan meminta mcm2 dari kita
x sedar mungkin kita juga kekurangan dan ada kekangan
hidup semakin demanding sekarang
yang kuat saja mampu bertahan

pagi nie
amirah upload gambar hajah norriah dengan pakya
berdiri d hadapan rumah tempat kami membesar
yang mengumpulkan keluarga pakya dari seawal 1980


rumah nie dah melihat semua
kelahiran anak-anak bongsu pakya bermula dari Bulat
3 majlis perkahwinan dan kelahiran cucu-cucu yang semakin nakal
rumah ini juga sudah melihat kematian..apabila opah meninggal pada ramadan 2008
jenazah opah dimandi dan dikapankan d rumah ini

next week
sekali lagi rumah ini akan mengadakan majlis perkahwinan
dan alhamdulillah pakya dan hajah norriah masih sihat dan cergas
rezeki diorang..mungkin diberkati kerana sifat mereka



buat sahabat Haslinda Zaki
salam takziah..memang x mampu nak bayang apa yang anda tanggung sekarang
insyaallah semua akan baik-baik saja.



No comments:

Post a Comment