Monday, June 6, 2011

panjang umur murah rezeki

seorang lelaki yg penuh dengan ironi
seorang yg sangat garang dan tegas
tapi anak2 still manja dan boleh bercerita macam2 dgn die
sentiasa memandang ke hadapan
tiada sikap malu, semua hal boleh d selesaikan
mengalahkan kita yg berjawatan tinggi

seorang pengembara
dari jauh Petaling Jaya datang mencari rezeki d Pulau Pinang
merasakan keluarga lebih terlindung dari sibuk kotaraya
tapi sekarang seolah2 die org asal Kepala Batas

pendidikan formal yg sederhana
lantaran tidak mampu, seorang diri mencari ilmu
tapi sentiasa hebat dalam bidang kerje
sebut je "Pakya pertanian" semua org kenal

manusia paling sibuk sekali d dunia
telefon d rumah berdering seawal jam 7pagi
mencari untuk pelbagai urusan
tandatangan surat untuk nikah, bendahari masjid dan
pelbagai NGO
tumpahnya kuah pada anak2
ikut jejak sentiasa sibuk macam bapaknya

lelaki paling ramah
ramai org suka bersembang dengan pakya
kadang yg datang rumah nak jumpa anaknya
tapi lebih seronok berborak dengan pakya
penuh cerita penuh jenaka

walau dah pencen beberapa tahun
satu sudut d rumah dah jadi opis nya
tempat kegemaran cucu2 yg aktif
tempat timbang kira akaun masjid d buat
tempat surat menyurat d siapkan
sibuk Pakya x pernah habis

tapi sekarang
dengan PA tetap dan berpencennya; Hajah Norriah
Pakya berjalan makan angin melihat dunia
baru je pulang dari Sarawak,yang sudah berkali2 d lawati
bulan tujuh ke Kemboja, Indonesia (ramai saudara d sana) sudah jadi negara sendiri
ke Mekah sudah 2 kali, Tembok Besar China sudah d daki

sempena hari ini....06.06.2011
Selamat Hari Jadi buat Haji Zakaria Mat Amin
semoga panjang umur, murah rezeki, happy selalu dan yang penting
sihat walafiat untuk mempunyai masa berehat

No comments:

Post a Comment