Thursday, June 30, 2011

in my silence


in my silence
i salute all of you for standing up and fighting for the majority
i give my utmost appreciation for being brave to fight for justice







kalau boleh
Bersih ini d bawa ke sekolah untuk

hentikan kaki-bodek-pengetua-tapi -malas-mengajar
hentikan kaki-kipas-org-atas-sebab-nak cover-x masuk-kelas
hentikan kaki-rasuah-bagi-hadiah-dekat-kerani-untuk-cover-sebab-selalu-cuti




Tuesday, June 28, 2011

duit kita duit mereka





dari 2008 hingga 2010
official travel expenditure oleh pm dan tpm adalah rm21.45 juta
fuuuuhhhhhhhhhh...................baca sini




RM 21 . 45 juta yang dianggap wajar kerana semua perjalanan ini untuk kebaikan negara





sambil menggeleng kepala
tangan mencapai satu persatu dokumen yg perlu d isi

geran kereta..........
perlu untuk menunjukkan perjalanan yg mahu d tuntut menggunakan kereta sendiri
kalau guna kereta org lain, perlukan surat kebenaran dari tuan punya
tuan punya pula perlu ada pertalian rapat dengan si penuntut

slip gaji
perlu untuk bukti gaji seseorang penuntut
maklumlah, jumlah gaji yg berbeza..berbeza nilainya....
takut ramai menipu kerana nak menuntut nilai tertinggi.........R M 0. 70

salinan buku bank
selepas beberapa minggu d proses, wang tuntutan akan d masukkan ke dalam akaun

surat panggilan mesyuarat / lantikan
untuk membuktikan dan mengesahkan sesungguhnya
perjalanan yg di tuntut adalah perjalanan yg benar2 di arahkan atas nama penuntut

borang tuntutan perjalanan
untuk setiap perjalanan

borang tuntutan ikhtisas
untuk setiap kerja yg d lakukan dan akan d kenakan cukai
ish...nak dapat dah la susah.....nak d ambil pulak setelah d beri


kenapa semua perjalanan ini d perlukan????

untuk melaksanakan peperiksaan awam negara
untuk membawa pelajar ke pertandingan anjuran kementerian
untuk menghadiri aktiviti untuk kebaikan pelajar dan bidang pendidikan amnya



nilai dan kewajaran perjalanan seorang cikgu.....hanya RM0.70 sekilometer






1murid 1 sukan : kejohanan padang dan balapan smktb



tahun nie polisi 1murid 1 sukan menyebabkan sukan tahunan lewat
selalu d adakan pada march, tapi tahun nie pada july
march adalah bulan untuk pertandingan permainan

setelah saringan, latihan petang yg x seberapa
kejohanan padang dan balapan berlangsung hari nie
aku hampir semput dengan tugas
tambahan masa d sekolah terhad kerana perlu ke luar untuk
ujian lisan spm bagi calon persendirian

sebagai cikgu rumah Tun fatimah, tugas aku adalah khemah peserta
sehari sebelum kejohanan...sepetang menghias khemah
menggantung scallop, semuanya hingga ke lewat petang dengan students
dan hasilnya.....




nie pisang kak fadzillah
tema khemah flora dan fauna
kami penuhkan khemah dengan buah2an , tumbuh2an dan haiwan



ais malaysia bewarna hijau
menggunakan tona berbeza
di gantung menjadi hiasan



maskot utama untuk perbarisan
rama-rama



khemah tun fatimah
johan khemah terbaik
terima kasih pada pak am, fitri, ida,wan
and semua geng prau1 dan prau2



nie rumah hang jebat



rumah tun teja



rumah hang jebat


kejayaan sesuatu penganjuran kadang kala lebih bergantung pada penglibatan pelajar
waktu nie lah mereka berpeluang menonjolkan potensi diri
kadang, kagum dengan keupayaan mereka
matang menghadapi situasi besar seperti ini



seperti biasa pengawas pss
ajk siaraya
dari memasang speaker d pokok, menjaga kualiti siaraya
semua mereka yg lakukan




perasmian oleh tuan ppd daerah kubang pasu


acara kemuncak permulaan semestinya perbarisan
unit beruniform dan rumah sukan
walau panas terik, pelajar masih sanggup demi menjayakan acara seperti ini
perkara2 kecil ini yg kadang kala
cikgu terlepas pandang, masih terlalu keras dan rigid dengan mereka
pengorbanan dan peluh pelajar x pernah nak amik kira



unit kadet polis



rumah hang tuah dan maskot mereka hibiscus



rumah hang jebat dengan chicken little
kesian ayam tu, kena berjalan perlahan2 kerana kaki terlalu besar



tun fatimah dan srikandinya



maskot tun fatimah
sempat meminta air semasa perarakan




menaikkan bendera kejohanan



pertunjukan dari persatuan silat



pertunjukan taekwan do
bersemangat sampai melecet tangan dan kaki mereka
cuba memecahkan papan



geng pbsm
yg pengsan, kejang kaki dan otot , yg muntah
semua cuba d bantu sebaik mungkin



dengan das tembakan bermula lah acara



sukan padang dan balapan nie
melihat kerjasama guru dan pelajar
merapatkan perhubungan..


sabtu nie berjumpa lagi untuk

larian serentak 1murid 1sukan 1malaysia.......................





Friday, June 24, 2011

they know me

beberapa tahun kebelakangan nie
diri tidak 100% pada sekolah
kuat ke sekolah pun kerana memikirkan students yg x bersalah
biar lah ada yg sentiasa cuba menjatuhkan airmuka ni
janji, tugas untuk students kita laksana

pelbagai cara org cuba menjatuhkan org lain
yg paling hairan..org2 ini x pernah rasa letih atau jemu
yg paling hairan..wujud org ini d sekolah
pusat ilmu..tempat membentuk golongan muda


tapi
seorang guru sentiasa dapat kekuatan dari pelajar2
tambah kalau dapat pelajar2 yg rajin berusaha
best kan??


perhubungan dengan mereka
yg kini mencecah hampir 7 tahun
bersama dengan mereka sedari tingkatan 1 lagi
memang mencipta satu persahabatan yg baik



sekali sekala melepas geram d facebook
mesti ada komen mereka yg memujuk, memberi semangat
datang dari remaja2 yg sendiri menghadapi saat2 sukar dalam mendewasakan diri
sangat2 menyenangkan
mereka juga paham guru mereka yg seorang ini




am trully blessed
i have my family, my friends and my students

Monday, June 20, 2011

Sunshine

© Ariel Smith




You are my sunshine.
You send color to my gray.
When I’m in tears.
You blow my heartbreak away.
You make me happy when times are down.
You turn my world upside and around.
You catch my tears in your hand.
When I’m in terror you understand.
When I’m falling to the ground.
You catch me and twirl my heart around.
When I’m surrounded by darkness within the night.
You come around and cast your light.
If you weren’t here I don’t know what I'd do.
Sunshine, I really love you.

You are my umbrella when it rains.
You cover me up when I’m in vain.
You hold me in times of need.
You are my bandage when I bleed.
When I’m lonely and times are rough.
You love me more than enough.
You are my sunshine in times of rain.
Please tell me you love me again.


Source: Sunshine, Poems about Friendship http://www.familyfriendpoems.com/friend/poetry.asp?poem=32026#ixzz1Pofp59lN



* you understand me the most!!!
thank you.





Thursday, June 16, 2011

don't be sad

minggu nie down sangat dengan benda d sekolah
biasa la, kalau bukan si hati hitam itu
akhirnya senang memilih untuk diam
pujuk diri, apa yg kita lakukan ikhlas untuk pelajar
biarlah die dgn mulut dan hati hitam die
yg penting pengetua tahu, sekolah tahu dan pelajar tahu
apa yg aku dah buat




---------------------------'------------------------

"jupa, wait jap na, kak na p panggil depa"
kak na keluar dari Exora sambil berjalan ke kawasan sekolah rendah anaknya
hari ni tugas kak na mengambil anaknya dan 3 lagi anak kawan2 yg bersekolah sekali
maklumlah, waktu SK habis lebih awal dari SMK

menung di dalam Exora
bila sunyi sensorang mula pikir balik si hati hitam tu
letih rasanya dengan cabaran dan dugaan nie
"kenapa la susah sangat hidup ni"....itu je yg terkeluar dari mulut

tetiba terpandang seorang pakcik
agak berumur, badan sedikit melengkok, bongkok
kulit hitam terbakar, tubuh nampak rapuh dgn tulang2 tua
di tongkatkan basikal mini d tepi Exora kak na
mata aku x lepas mengekori die

selepas beberapa ketika
die berjalan keluar dari kawasan sekolah sambil menjinjing beg sekolah comot
di ekori seorang budak lelaki kecil
sampai d basikal mini
perlahan2 die mengeluarkan sweater merah, d pakaikan pada anaknya
akhirnya, menyarungkan topi pada anaknya
perlahan2 beg d letakkan ke dalam raga basikal

goyah
die memulakan kayuhan nya...
perlahan2 basikal mini meninggalkan kawasan sekolah
sambil hujan renyai2 mula turun.....

------------------------------'-----------------------------

bersalah rasa hati
sentiasa mengeluh dan x bersyukur
sentiasa mempersoal apa yg berlaku
sering memikir yg kita sentiasa malang
x baik pikir macam tu
memikir pakcik tadi dan rezeki hidup die, mungkin hidup die lebih susah
lebih perit dan sempit dari aku

sabar lah
biarlah apa si hati hitam itu buat
sekurang2nya, sekeliling masih ada keluarga, kawan dan pelajar
yg mengetahui kebenaran..masih kekal menyokong segalanya
terima kasih dengan rezeki Allah...




Wednesday, June 15, 2011

cari pasal

waaaa
xpernah sangat passionate terhadap sesuatu
i am mad...maaddd...maddddd
and benda nie
bebetul menyedarkan kita betapa selective nya mainstream newspaper
dalam melaporkan berita
newspaper pro kerajaan banyak melaporkan berita2 yg
menunjukkan warna cantik untuk pihak kerajaan
tapi
berita yg membawa implikasi negatif d sorok
bayangkan..pengharaman 10 filesharing websites ini
tidak d umumkan secara telus...
hanya The Star yg begitu gigih melaporkan



alasan pengharaman adalah kerana ini
dan
kerajaan mungkin tidak menjangka reaksi yg sangat negatif datang dari rakyat
dan yg amat menarik
suara2 golongan belia, golongan muda mula kedengaran lantang
dulu, ada menuduh, golongan ini x pernah amik pusing dengan hal negara
x amik berat
harga naik, minyak naik....diam
tapi, isu kali ini dekat dgn golongan ini




isu ini juga jelas menunjukkan apa yg kerajaan harapkan
kesatuan dan perpaduan suara membangkang dengan pelaksanaan tersebut
layari laman facebook ini
pelbagai komen dari all walks of life...
seronok melihat golongan muda yg sering d tuduh dengan pelbagai perkara negatif
trying to fight for their right
tanpa mengira kaum dan fahaman
semua berkumpul d sini
geram dan bengang dgn semua ni
tapi
kerajaan kena sedar
mereka kini berhadapan dengan generasi sangat2 celik IT
dgn mudah, block yg d lakukan dapat dipintas
pengharaman yg berbunyi tegas...kini seperti lawak jenaka




and
jgn kata org muda malaysia x patriotik kalau mereka menyokong kumpulan ini
kerana
sesungguhnya...untuk maju ke hadapan
bukan dengan menyekat kebebasan



Sunday, June 12, 2011

Loser Like Me


Yeah, you may think that I'm a zero
But, hey, everyone you wanna be
Probably started off like me
You may say that I'm a freakshow (I don't care)
But, hey, give me just a little time
I bet you're gonna change your mind

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me
A loser like me

(Cory Monteith/Finn)

Push me up against the locker
And hey, all I do is shake it off
I'll get you back when I'm your boss
I'm not thinkin' 'bout you haters
'Cause hey, I could be a superstar
I'll see you when you wash my car

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me
A loser like me
A loser like me

Hey, you, over there
Keep the L up-up in the air
Hey, you, over there
Keep the L up, 'cause I don't care
You can throw your sticks, and you can throw your stones
Like a rocket, just watch me go
Yeah, l-o-s-e-r
I can only be who I are

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me
A loser like me

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me (A loser like me)
A loser like me (A loser like me)
A loser like me





Seth Tan


di minggu akhir drama nora elena
so
terfikir....wujud ke Seth Tan dalam kehidupan seharin?
setelah hampir 20 episod nora elena
setelah Kasih Yang Suci dkhatam semasa cuti


benar
Seth Tan adalah watak yang sangat gentlemen
sangat caring dan sangat possessive
tonggak utama dalam hidup dia adalah nora elena
wanita itu yg d cari sepenuh hati
dan bila d temui
wanita itu d tatang dan d jaga
sabar melayan kerenah wanita yg berkahwin dengannya kerana terpaksa
melayan umpama seorang puteri
cuba melembut dan mencair hati isteri
x pernah melenting, x pernah marah
sanggup buat apa saja, bersusah payah

dan drama ini
mencetus imaginasi d kalangan wanita
mengharapkan memiliki Seth Tan mereka sendiri
yang lelaki
terbeban la d bahu sebab sering d bandingkan dengan watak fictional ini
tambah aaron aziz pulak menjadi Seth Tan....hahahah


tapi jika d teliti
perwatakan Seth Tan adalah d bentuk atas rasa bersalah dan dosa terhadap nora elena
merogol atas niat yg kelakar dan x masuk akal
merogol kerana terlalu sayangkan nora
"macam beli rumah..... booking in advance"
itu jawapan Seth bila tanya sebab perlakuannya
kalau rogol itu x berlaku
adakah watak Seth Tan akan sebegitu rupa??


tapi sebenarnya
berdasarkan pengalaman..
sekali sekala kita akan jumpa Seth Tan dalam kehidupan seharian
masih ada lelaki yg mengamalkan sikap gentleman dalam perlakuan mereka
benda2 remeh seperti membuka pintu untuk wanita,
menarik kerusi untuk kita duduk, mendulukan wanita dalam sesuatu perkara,
mengangkat barang untuk kita....
semua ini masih wujud d kalangan kita...
masih ada lelaki budiman seperti Seth Tan wujud d kalangan kita
namun, untuk Seth Tan wujud d dalam hidup kita
wanita juga perlu gentlemen dan matang
jangan terlalu merenggek2, mengada2 tak kena tempat
terlalu meminta2 dengan perangai keanak-anakan
jangan sampai Seth Tan pun naik meluat nak melayan hahahah


kesian lelaki sejak ada drama ni
sering d bandingkan
masa drama Nur Kasih
semua mak2 d malaysia nie nak Fizz Fairus jadi menantu
Nora Elena plak..semua wanita nak lelaki mcm Aaron Aziz
next week Drama Stanza Cinta pulak...juga dari novel
separuh jalan sedang d baca
mcm Mr Khairul of Malaysianreader...aku suka baca last page setiap novel
a very sad novel


aaron aziz vs fizz fairus





Friday, June 10, 2011

the last day of school holiday




Never Give Up
by Mark Howard

I've set goals in life and those I must meet

I'll never give up fighting till the end
If I fall along the way I'll get up and try again
But never shall I accept the fact of defeat

But never will I let negativity hold me down
Those who think positive I keep them around
Never shall I dwell on things in the past
Bad times come but never do they last
I shall never give in to those who are weaker than I
If I give up now why not lay down and die
Never Give Up






Thursday, June 9, 2011

bubur ayam d Marrybrown

ehsan google


sejak sebulan nie
sangat minat dengan chicken porridge Marrybrown
sangat sedap, murah dan serving yg agak banyak
semua bermula bila selepas habis kelas d changlun, terus ke marrybrown
mula jatuh cinta d situ

sejak itu, selalu juga bertandang ke Marrybrown
d Souq Al Bukhari , Alor Star
sambil shopping d Giant, singgah untuk chicken porridge
tampat makan selesa, dengan buaian; trademark restoran Marrybrown
dan selalu juga aku memerhati seseorang ini

die kecil, comel sangat
kulit putih, sopan je sambil mengemas kawasan makan
tugas die menjaga kawasan makan dan hantar apa2 order pada pelanggan
muka yg comel tambah comel dengan makeup nipis
x pernah lengkang dengan senyum

tapi satu yg aku perhatikan
untuk memanggil die
pekerja kaunter akan menepuk tangan dengan kuat
mulanya anggapan aku hanya stail interaksinya begitu
mata aku mengekor saja kemana die pergi
die x banyak cakap bila berinteraksi hanya penuh dengan aksi tangan
apa yg die mahu...d tunjukkan
apa yg die minta...d terang dengan pergerakan tangan
sepatah perkataan x pernah keluar dari mulut die

die bisu

perlahan2 chicken porridge d habiskan
die seperti biasa; seperti pekerja Marrybrown yg lain
ligat bekerja, senyum menguntum setiap kali bertemu pelanggan
hormat dengan keyakinan dan keberanian die

yakin dengan kebolehan untuk bekerja
berani untuk menampilkan diri seperti org lain

die kecil comel je
tapi keberanian yg die ada x terkira.






Tuesday, June 7, 2011

Dan Bila Esok




seperti d janji
hari nie hari shopping buku hahahahah
last shopping masa Popular buat sale
banyak buku aritu dah abis d baca

so
dengan semangat bersama driver yg rajin melayan
ke MPH la jawabnya

so apa hasil tangkapan??

the terracotta army by john man
aritu dah beli the great wall juga oleh penulis ini
seronok membaca sejarah great wall yg d conveykan dengan cara yg bersahaja
lagipun dah lama berminat nak tahu misteri terracotta army nie

mini shopaholic!!!!
hahahaah the Becky junior...sure kelakar kan
mana x tumpah kuah kalau x ke nasi

john grisham
dah lama x baca buku die
sibuk dengan dan brown je
aku ada hampir semua buku die ...
so dah ada tawaran 3 for price of 2...amik je

james patterson
mula kenal semasa d UK
watak Alex Cross sangat macho
tambah actor kegemaran Morgan Freeman plak bawa watak ini d skrin
juga dah ada beberapa buah buku tapi sudah d tinggalkan
hingga la my ex student syidi bertanya untuk meminjam....

cinta stanza
ye mengaku...kerana tertarik dengan poster drama tv3
yg akan d siar lewat jun ini
hahahahahahha

kasih yg suci
bahana nora elena d tv3
terkejut beruk org yg rapat dengan aku bila aku kata nak beli buku melayu
maklumlah..dari sekolah menengah...x pernah aku pegang pun buku novel melayu
tapi
yelah...setiap org kadang kala nak juga tukar selera kan.....



saja bubuh lagu nie
sebab mp3 dalam kereta dok ulang lagu nie sepanjang jalan
melalak dengan debab!!





Monday, June 6, 2011

panjang umur murah rezeki

seorang lelaki yg penuh dengan ironi
seorang yg sangat garang dan tegas
tapi anak2 still manja dan boleh bercerita macam2 dgn die
sentiasa memandang ke hadapan
tiada sikap malu, semua hal boleh d selesaikan
mengalahkan kita yg berjawatan tinggi

seorang pengembara
dari jauh Petaling Jaya datang mencari rezeki d Pulau Pinang
merasakan keluarga lebih terlindung dari sibuk kotaraya
tapi sekarang seolah2 die org asal Kepala Batas

pendidikan formal yg sederhana
lantaran tidak mampu, seorang diri mencari ilmu
tapi sentiasa hebat dalam bidang kerje
sebut je "Pakya pertanian" semua org kenal

manusia paling sibuk sekali d dunia
telefon d rumah berdering seawal jam 7pagi
mencari untuk pelbagai urusan
tandatangan surat untuk nikah, bendahari masjid dan
pelbagai NGO
tumpahnya kuah pada anak2
ikut jejak sentiasa sibuk macam bapaknya

lelaki paling ramah
ramai org suka bersembang dengan pakya
kadang yg datang rumah nak jumpa anaknya
tapi lebih seronok berborak dengan pakya
penuh cerita penuh jenaka

walau dah pencen beberapa tahun
satu sudut d rumah dah jadi opis nya
tempat kegemaran cucu2 yg aktif
tempat timbang kira akaun masjid d buat
tempat surat menyurat d siapkan
sibuk Pakya x pernah habis

tapi sekarang
dengan PA tetap dan berpencennya; Hajah Norriah
Pakya berjalan makan angin melihat dunia
baru je pulang dari Sarawak,yang sudah berkali2 d lawati
bulan tujuh ke Kemboja, Indonesia (ramai saudara d sana) sudah jadi negara sendiri
ke Mekah sudah 2 kali, Tembok Besar China sudah d daki

sempena hari ini....06.06.2011
Selamat Hari Jadi buat Haji Zakaria Mat Amin
semoga panjang umur, murah rezeki, happy selalu dan yang penting
sihat walafiat untuk mempunyai masa berehat

Sunday, June 5, 2011

spring cleaning 4......postcard



masa d UK ada banyak benda aku buat collection
leather bookmarks, postcards and tickets and stamps...

most of my favourite postcards and leather bookmarks
aku dah frame kan
sayang takut rosak kalau d biarkan




tapi masa mengemas
aku jumpa beberapa set postcards
d UK, cinema die sentiasa meletakkan pelbagai postcard free
selalunya bertemakan movie atau just untuk social awareness
aku suka kumpul all the postcards
biasa la org malaysia...pantang jumpa benda free



4 postcards nie kegemaran aku
berdasarkan movie "the man in the iron mask"
cuma aku x de postcard watak Malcovich je




ini postcard yg aku dapat dari kawan2 seluruh UK...
ada Bognor, ada Plymouth and Canterbury



atas tu aku beli masa jenjalan d Oxford
yg bawah adalah taman d Hampton Court, istana Henry 8th



postcards free yg aku suka
sebelah tu sempena Halloween..




sebab Man U tengah top menang treble tahun tu 1999
banyak postcards free diorang