Tuesday, January 17, 2012

doa petang



petang tadi
selepas bersiap2...keluar menghantar Debab ke rumah kakaknya
esok die akan join abg ipar, ayah abg iparnye ke laut...fishing
senyum dari semalam lagi..
excited nak ke laut
selalu pergi dalam satu hari je..tapi kali nie lama
4 hari..itu yg excited sangat bila drive tepi kuala perlis
melihat air pasang....

kami selalu ke rumah kakaknya
melepak, makan2 dan tgk tv...
seronok juga sebab rumah kampung d tepi jalan kecil
riuh rendah dengan budak2 berbaik dan jiran yg bertandang
hidup d kampung...semua dah mcm family

ptg tadi meja batu depan rumah penuh dengan makanan
jambu air dan garam belacan, laksa dari makcik rumah sebelah
bihun dari rumah hujung, tauke katering yg selalu terlibat dengan
majlis2 besar d perlis, dan kuih muih
makcik yg menghantar laksa singgah berborak sama..
gelak ketawa ramai2

tiba2 nampak seorang makcik tua mengayuh basikal
terkejut bila dapat tahu..dia baru saja pulang dari Jawi
berbasikal dari Abi ke Jawi....
jaraknya..kalau berkereta mengambil masa 20minit
bayangkan makcik tua tu mengayuh basikal

"keluaq pagi tadi, saja nak p melawat org sakit"
perlahan die duduk, peluh penuh d dahi...
tangan die kering tanpa isi, berkedut2 d mamah usia
kesian melihat die...
"nak p tu tak pa, balik sesat plak. tersilap masuk kampung"
sambil ketawa kecil die bercerita sambil menyudu bihun
terdiam melihat die...
kesian membayangkan die mengayuh dari pagi hingga lewat petang

kadang ada masa kita mengeluh bila panas dan letih
sedih bila x boleh nak beli benda mahal yg d ingini
mengimpikan barangan mewah setiap masa
tapi
ada org masih hidup bahagia serba serdahana dan kekurangan
hanya mementingkan tali silaturahim,
doa sangat , tak mahu jadi seperti sesetengah org
gaji besar, pakaian mewah, berkawan dengan org bernama
tapi sengkek tak berduit


mintak simpang..........




No comments:

Post a Comment