Wednesday, January 11, 2012

bila bercakap benar itu janggal, menjalankan amanah itu salah




sebelum ini
aku seorang yg malas nak berdebat dan melawan
aku ikut flow je..
org kata kanan, kanan la aku pergi
org kata kiri, kiri la aku pegi
walau kadang rasa mcm rimas and tertekan, mulut d kunci
sebab malas nak berkonfrantasi...

tapi Debab banyak ubah aku
dia ajar aku supaya lebih yakin dengan kemampuan diri
lebih berani menghadapi apa yang datang
bercakap benar...walau ramai yang akan marah
kerana...jangan kita susah d kemudian hari
kerana kita merelakan apa yg diperlakukan terhadap kita

namun,
benar lah ....bercakap benar, berterus terang menghasilkan kejanggalan
kita berniat positif...tapi orang yang menerima belum tentu
memang la, adat org melayu
meminta maaf selepas berterus terang, takut terentak hati
tapi hati org...kita x boleh jangka
di mulut menerima, gembira kita berterus terang
tapi hati...sekali dah terusik...susah nak balik ke asal
semua di zahirkan dengan ayat perli dan sindiran
sedih bila dengar....
tak sangka, susah rupanya bila kita bercakap benar dan berterus terang

amanah
aritu dalam rancangan alkuliah, ustaz ada menyebut
"menjalankan amanah dengan ihklas ada pintu rezeki"
tapi, bila kita melaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh
selalu ada yg x puas hati
seperti kita melakukan satu kesalahan.......kenapa ye??
kenapa org yg berkerja bersungguh2 selalu d pinggirkan?
kenapa yg mengelat, membodek, hipokrit sentiasa d utamakan?

berurusan dengan manusia memang banyak dugaan
bila semua ini di ajukan pada Debab....mudah saja jawapan dia
"jangan pikir semua tu, kerja dengan ikhlas..berkata benar jika perlu"
"jangan bila sudah dipijak dan diperguna, baru nak menangis"
"hanya diri kita yg mampu mempertahankan kita sendiri"


No comments:

Post a Comment