Sunday, January 1, 2012

2012






selamat datang 2012
sambutan tahun baru bersama debab dan famili kakaknya
makan, santai dan sembang
sambil ambil kesempatan berehat dan bermalas-malas
tenang
bertambah tenang kerana aku sudah pandai mengawal diri
menerima apa yg datang dengan hati tenang dan minda terbuka
cuba berpikiran positif terhadap yg mendatang

betul kata debab
jangan terlalu cerewet dan dan kuat komplen
itu hanya membuka peluang orang mencari kelemahan dan kesilapan
walau kita sedar ada hasad dengki dan kerja kotor
biarkan  lah manusia dengan permainan hidup mereka
biarlah mereka gembira dengan permainan ciptaan mereka
biarlah mereka terhibur dengan rentak lagu mereka
jangan kita pulak membuka langkah menari rentak mereka
jangan kita pula bermain bersama

tahun baru datang lagi
kali ini fasa hidup aku dah berubah
melihat cincin di jari
melihat surat janji bertandatangan 2 saksi
memberi kekuatan yang sangat lain
pertalian yg sudah menjadi rasmi


2011 sudah sejam berlalu
tak tahu lah..apa yg akan ditemui 12 bulan akan datang
azam tahun baru??
dah lama tak ber"azam" nie...
sebab ada banyak azam...x tahu yang mana yang penting
tapi........rasanya...


azam tahun 2012 saya ialah;

~ lebih mendekatkan diri pada Allah ~








No comments:

Post a Comment