Saturday, February 19, 2011

rumahnya semakin cantik..

ini tahun ke 11 d kodiang...
banyak yg sudah d alami dan d lihat...
melihat perubahan dari segi fizikal landscape...
dan melihat perkembangan students....

setiap kali ke changlun...
melalui jalan kecil dari kodiang....
mata x pernah lepas melalui sebuah rumah papan dua tingkat..
pemilik rumah adalah seorang ibu tunggal yg kuat...

semua anak kandung dan anak tiri d jaga tanpa prejudis...
anak kandung beliau 3 orang, semua perempuan
anak tiri, kebanyakkan lelaki...
ibu tunggal ini antara waris yg aktif dalam PIBG sekolah...
walau hanya bekerje sebagai pekerja am d universiti berhampiran...
tapi die x jemu menyumbang pada PIBG...
bagi die..sekolah banyak bantu anak2 nya...

perkembangan dan kejayaan anak2 nya...
dapat d lihat dan d kesan melalui perubahan fizikal yg d alami
oleh rumah papan dua tingkat itu...
rumah itu menjadi testimoni yg sangat sahih...

kalau dulu rumah itu serba kekurangan..
ada bahagian dinding, hanya d tutup menggunakan plastik sahaja...
dinding bata yg mungkin d susun sendiri oleh tuan rumah...
kerana nampak kasar hasil kerja tangan nya
halaman yg kosong..
hanya bertemankan motosikal usang...
pergi ke sekolah pun, kadang berdiri d jalan..
menahan cikgu yg lalu

walau tuan rumah kekurangan rezeki dari segi wang ringgit...
tapi ibu ini d berkati dengan anak2 yg baik dan pintar...
semua anak2; kandung dan tiri.....
berjaya ke universiti...
kadang terpikir, x rugi kah sang bapa tidak melihat kejayaan anak2 nya???
sang bapa yg kini sudah berkahwin lain..
meninggalkan anak2 kepada ibu ini....

selain pintar..
anak2 nya taat, termasuk lah anak tiri nya
si anak tiri yg sudah berjaya, menjadi pendorong adik yg lain...
mengambil alih tugas sang bapa, membantu ibu
menjadi penjaga...
kerap kali borang kebenaran waris d tandatangani si abang..

kini,
anak kandung yg bertiga sudah berjaya..
si kakak lulusan usm bertugas sebagai guru d kuala nerang
yg tengah, pelajar terbaik pmr dan spm sekolah d indonesia
menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang doktor....
si adik yg pemalu, kini d upm mengejar ilmu untuk menjadi seorang veterinar...

rumah papan dua tingkat pun sudah semakin cantik...
tiada lagi plastik besar biru menjadi dinding rumah....
halaman rumah sudah terpacak khemah,
menjadi porch untuk meletak kereta ..

wang ringgit x menjamin kejayaan seseorang
kalau x ada usaha...
ada anak2 kodiang yg berkemampuan...
lebih suka enjoy menghabiskan duit ibu bapa...
ke sana ke mari menayang motor dan mobile phone baru....
melepak d kedai kopi ala2 gaya YB....
wang ringgit akan habis suatu hari nanti.....
tapi ilmu yg baik...
sentiasa setia menjaga kita



No comments:

Post a Comment