Monday, February 14, 2011

die tanpa status


menonton slot cerekarama tv3 pada hujung minggu yg lalu
melihat watak fauziah nawi yg jelek dengan sheila rusly.....
kotor bermenantukan anak luar nikah
membawa aku pada sebuah rumah kecil d pinggir bandar..
rumah kecil serba kekurangan..tapi sentiasa ceria dengan gelak ketawa
seorang anak kecil lelaki bermain2 tanpa menghiraukan tetamu yg datang..
die pantas, petah dan cergas...tiada cacat fizikal..comel penampilan...

namun, hanya dua tiga yg akur kebenaran kelahirannya....
die lahir tanpa ikatan yg sah,
kelahiranya yg x d minta menyebabkan ibu kandung menolak anak kecil ini
die kini menumpang membesar bersama ibu saudara kandungnya,
ibu kawan aku

die x pernah lokek kasih sayang d rumah kecil ini..
iyelah, setelah d kurniakan 4 anak perempuan, kehadiran bayi lelaki ini d sambut gembira
tambah2 ayah kawan aku nie....d bawa merata,
d tatang macam minyak penuh
namun, dalam diam,
rahsia kelahiran, rahsia usul keturunan anak kecil lelaki ini
d simpan kemas dari pengetahuan sang suami...

si isteri takut, kebenaran akan menukar perasaan dan penerimaan suami pada anak ini
gentar, memikirkan mungkin,
si suami takut nak menyayangi anak saudara sendiri persis anak sendiri,
takut suatu hari .. datang waris menuntut hak.....

"kak jupa, saya dah ke Jabatan Pendaftaran....ingat nak tukar nama dan buh bin
tapi x boleh dah"....ucap si kakak..
"saya ingat nak tukar nama die, bagi sama dengan kami dan tukar letakkan
mak dan ayah sebagai penjaga"...
"tapi, kena berterus terang la dengan ayah, sebab kena bawa ayah sama"...

kesian mendengar dilema si kakak yg sayangkan die sepenuh hati...
melihat gelagat die bermain dengan debab.....
kesian memikir nasib die bila besar nanti......

yelah,
sijil kelahiran mereka memberikan maklumat yg sangat minimal
anak yg d lahirkan tanpa ikatan yg sah.....
tidak mempunyai bin dan binti...sijil kelahirannya hanya mempunyai..
nama bayi dan nama ibu sahaja....
bapa kandung d anggap tidak dapat d kesan atau tidak d ketahui siapa
anak ini d anggap tiada status
bayangkan ..urusan pendaftaran sekolah nanti..
sijil kelahiran itulah yg akan d bawa ke sana ke mari....
kesian die..
mengenangkan prejudis masyarakat pada anak berstatus sepertinya

aku x mahu menyentuh isu hukum hakam agama....
aku x mau menyentuh isu perundangan negara....
tapi berat mata melihat die melompat gembira bermain dengan debab....
memikir cabaran masa depan dan gelora dalam jiwa bila die membesar nanti...
mampukah die berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan org lain??
mampukah die memujuk, menyakinkan diri sendiri
untuk memjadi insan yg kuat
menghadapi hidup???


die x bersalah, die x wajar menanggung semuanya seorang diri...
geram memikir si ibu kandung sekarang hidup umpama anak dara sunti...
bekerje d ibu kota, bergaya dan aktif memaparkan foto ceria d FB...
umpama hidupnya ceria, indah dan sempurna
melupakan darah daging yg menumpang kasih sayang....







2 comments:

  1. Yang nyatanya dia x bersalah Jupa....ibu bapanya tersilap langkah hingga anakanda terpaksa menerima padah di kemudian hari...masyarakat kita x boleh terima hakikat yg kanak2 ini x bersalah..mereka memanggilnya dgn nama yg x baik...seharusnya kita jgn beri tekanan kpd kanak2 ini...berikan dia ilmu dan rangsangan agar dia akan menjadi insan yg baik kelak....waduh...waduh....mak cik Fad bukan main lagi berceramah nih....

    ReplyDelete
  2. ustazah fad,
    tu la, kesian tgk die..dan kesian tgk kawan saya. nak buat urusan bermaksud kena beritahu ayah die hal sebenar..takut ayah die sedih....
    tapi katanya, untuk menjadi penjaga kena baut cepat sebelum berumur 3-4 tahun. tu yg die dok berusaha..memikir budak nie masa nak masuk sekolah nanti.....

    ReplyDelete