lambat lagi baru nak sampai giliran....
nasib ade penghawa dingin...
"adik, kosongkan?"..seorang kakak bertanya, sambil pegang helmet ..
"giliran adik lambat lagi? nie kali kedua kakak datang. tadi datang, nombor lambat lagi,
kakak balik dulu"...panjang die bercerita...
"adik tgk lelaki tu"..sambil menunding pada 2 lelaki...
kedua lelaki tu sedang borak panjang sambil bersila atas sofa merah biru..
di tangan mereka ada 2 geran kenderaan...
mesti nak renew roadtax nie....
"kenapa la diorang buang masa datang sini. kalau terus ke JPJ lebih cepat"...
"urusan JPJ lebih mudah buat d JPJ, kaunter pun buka banyak"...tambah kakak tu lagi..
"yg kita nie, tgk nombor lambat, balik dulu..buat kerje lain..."
kakak tu pun terus bercerita...
suaminya bekerje dari pagi hingga lewat petang..
jadi, semua urusan rumah dan anak2 die yg uruskan..
hanya dengan motosikal...kakak nie mampu uruskan semua...
"urusan rumahtangga dan anak2 semua kakak buat sendiri"
"kakak x suka susahkan org. kalau asyik nak harap orang...sampai bila nak berdikari?"
"tiap hujung minggu, kakak naik moto pergi Kem PLKN Tasoh, pegi tgk anak kakak"..
terdiam aku..
dari arau, selatan perlis, kakak nie bermotorsikal ke utara perlis...
Kem Tasoh dekat dengan empangan Timah Tasoh, x jauh dari Padang Besar.
"jauh tu kak. tambah jalan ke sana sunyi. berani kakak?"..tanya aku..amazed.
"kasih sayang pada anak dik. bagi kakak, apa yg akak buat untuk keluarga, akak
x akan rasa letih. Puas dik"....senyum je die.
ting!!!! 1233..kaunter 3.
bangun seorang wanita berbaju kurung..
dari tadi, die duduk menunggu giliran sambil main handset...
mata aku dan kakak mengikut pergerakan die sampai ke kaunter
"saya nak beli sampul pos express"..minta wanita tadi...
"ya allah"..serentak aku dengan kakak bersuara..
untuk membeli setem dan sampul pos express, x perlu ambil nombor..
terus je ke kaunter...
"adik tgk, kenapa la berat mulut nak bertanya?"
"kadang akak perasaan, org kerje elok nie malas nak bertanya. takut sangat malu..
atau org kata x berilmu"...
"kalau x tau tanya, x tanya, sesat jalan dan buang masa"....
ting...1248, kaunter 3..
selepas 5 minit, urusan aku pun selesai..
sebelum melangkah keluar..
aku dekati kakak tadi dan salam dengan die...
"saya balik dulu kak,"..
walau lama d pejabat pos..
seronok pula berborak dengan akak tadi..
aku banding akak tadi dengan org lain...
setinggi mana pun ilmu pendidikan kita...
x menjamin kita pandai mengurus hidup kita....
x menjamin kita menjadi parents yg baik...
x menjamin kita sanggup berkorban dan bersusah payah untuk keluarga.....
No comments:
Post a Comment