Sunday, August 15, 2010

ramadan @ twickenham

apa rasa ramadan d negara orang.....negara yang x akan berpuasa dengan kita?
hari nie aku nak flashback ramadan yg aku alami d twickenham, london..



nie college aku.
st mary's college, strawberry hills
twickenham, london.
nie college aku, rumah horace wolpole, perdana menteri pertama britain..
rumah lama yg penuh dengan unsur senibina gothic...paling menyerlah pada tingkap nye...
aku di sini selama 2 tahun...


st mary's college ini terkenal dengan kursus perguruan dan juga melahirkan ramai atlet2 britain..
ini kerana, kursus perguruan yg utama d tawarkan d sini adalah sains sukan...selain bahasa
semasa musim panas, bila ramai pelajar bercuti, atlet2 dari luar negara juga datang ke college untuk latihan seperti dari kenya.


seperti yg korang tengok, twickenham nie hampir dengan richmond....
bandar riverside...tepi sungai thames yg cantik dan di diami ramai celebrity seperti artis dan golongan atasan....
stadium rugby, twickenham
twickenham terkenal sebagai tempat rugby..
di UK jika perlawanan rugby yg utama akan d adakan d sini....selalu juga bard dan malai (the only guys dalam group aku) akan tolong mr shah ( majikan kitaorang masa kerje dekat college richmond upon thames) jaga parking bila ada tournaments...

pandangan pekan twickenham


st mary's hall

ini hostel malaysian students..terletak d pekan twickenham...
10-15 minit berjalan kaki ke college...
kitaorang sume tinggal d sini selama 2 tahun...
setiap tingkat merupakan satu unit flat (yg mempunyai pintu utama) mempunyai 6-7 bilik....
d hujung koridor adalah dapur.....

suasana dalam bilik...
lengkap dengan heater(tepi katil) meja study, sink (dekat dgn pintu)
and telephone...........very comfy

so aku menjalani ramadan sebanyak 2 kali d sini.....
tapi dah rezeki, ramadan selama 2 tahun jatuh semasa musim luruh (autumn)
jadi waktu berbuka lebih awal...matahari terbenam dalam jam 3.45pm atau paling lewat 4pm...
bayangkan kalau berpuasa semasa musim panas.....
matahari terbenam dalam jam 9.30 malam......heheheheh
selalunya jam 3 -5 adalah kelas...
so, kitaorang akan masak dahulu dan membawa bekal ke kelas.....
lecturers sangat paham becoz mereka d pilih khas untuk mengajar kitaorang...
they knew and respected our ramadan.....seronok juga makan dalam kelas...
kadang, kalau x sempat...kitaorang akan lari ke "ref" (kantin) untuk beli hot chocolate dan berbuka dengan a bar of snicker..hehehehh
yelah.....
macam ake dan beberapa org, selepas waktu kelas...jam 6 ptg kitaorang dah perlu report for work....aku buat 2 kerje semasa d twickenham untuk menyara hidup....
mana la cukup duit yg kerajaan bagi.....
bagi 338pound sebulan....sewa hostel 228pound.....
nak pindah d luar ada banyak procedure kerana kem.pelajaran x galakkan...
so, nak makan apa?...duit nak shopping?....duit nak tgk musical?....
pagi aku jadi cleaner d college richmond upon thames...masuk jam 6am balik jam 8am...
ptg aku kerje cleaner juga...d st james independent boys school...masuk 6pm balik 7.30pm
st james nie...a very posh private school.......anak2 org kaya je d sin

st james independent boys school

terletak d tepi river thames.....on the way ke college aku dari pekan twickenham..
aku ingat lagi..aku bertugas cuci dapur, library dan bilik pengetua die.....
so, kalau ramadan....
lepas berbuka d college dengan bekal..atau hanya dengan chocolate...kitaorang terus ke tempat kerje...semua geng aku bekerje....
ade d 7/11, ade d office..majoriti jadi cleaner....hehehehhe
so...x de param for iftar ( berbuka posa)....
x de azan untuk menandakan waktu berbuka puasa....
kalau x kuat, mau tekanan jiwa hidup d rantau org.......
tapi itu lah yg banyar ajar aku....
being the minority...
sebab tu aku minat sangat dengan hj muhammad salleh's si tenggang homecoming
sajak die sangat2 realistik bagi aku....
the feeling of being the minority, alien to people around you......
apa2 pun....ramadan tetap berjalan seperti biasa....aid mubarak (hari raya d sana d kenali sebagai aid ) pun sambut dengan pergi ke malaysian hall je....
happy ramadan everyone...........


3 comments:

  1. Ya... nostalgia kau jupa.. posa kat LOndon... aku teringat2 puasa kat Bognor..

    ReplyDelete
  2. hehehehe...at least u were not working....heheheh

    ReplyDelete
  3. tak kerja apa... aku ni factory worker apa kat Bognor weh...beramai2 naik van agensi pekerja okay...hhahah

    ReplyDelete