with all due respect...entri ini bukan nak mengata dan memperlekehkan Faizal tahir...
semua orang sedar dengan pergolakan dan penderitaan d bumi Palestin..
berita-berita di media massa banyak menyedarkan kita betapa perit nya menjadi warga Gaza...
bagi meringankan beban ini, misi kemanusiaan banyak djalankan..
di antaranya adalah Flotilla Perdamaian Gaza....
terdiri dari 600 aktivis Pro Palestin....
dan antara konvoi kemanusiaan ini adalah konvoi Mavi Marmara....
Mavi Marmara..
seluruh dunia jelas dengan tragedi yg menimpa mereka....
di serang oleh regim israel d perairan antarbangsa..
rakyat Malaysia seramai 12 org turut terlibat....
antara mereka adalah Noorazman Mohd Samsudin ...
dan juga Dr Syed Muhammad Haleem..pegawai perubatan Mavi Marmara....
diserang dan diseksa....
kisah dan pengalaman mereka perlu d angkat untuk membina kesedaran kepada semua...
tapi....kenapa tiba-tiba TV3 mengangkat dan menjadikan Faizal Tahir
sebagai "Duta Bebaskan Palestin"...
mcm aku kata tadi...aku bukan perkecil faizal tahir...
tapi kenapa artis je sentiasa diangkat untuk menjadi duta...
kalau duta produk, jenama...xpe lah...untuk promosi..
tapi bagi aku....
lebih baik kalangan 12 org ahli Mavi Marmara..... di angkat menjadi duta...
dengan keberaniaan mereka, dengan pengalaman mereka...
dengan kesanggupan mereka meninggalkan kesenangan d samping keluarga...
all these yg perlu diketengahkan kepada masyarakat ...terutama kepada golongan muda....
especially remaja lelaki....
kenapa aku memfokuskan kepada remaja lelaki???
isu guru perempuan lebih ramai dari guru lelaki diungkit kembali...
dikatakan masalah disiplin yg berleluasa sekarang adalah kerana terlalu ramai guru wanita tidak mampu menanggani masalah disiplin yg sering dikaitkan dengan pelajar lelaki....
sebab itu lah, remaja perempuan semakin ramai berjaya dalam pelajaran serta memenuhi IPT dan IPTS.....
personally, ramai pelajar perempuan berjaya dalam akademik kerana mereka dikelilingi oleh guru wanita yg boleh dijadikan sebagai role model dalam hidup mereka....
yelah, bila tgk cikgu wanita masuk kelas....
dengan kasut tumit tinggi, kebaya berkerawang dan bermanik...
handbag berjenama, tulisan tangan yg kemas dan cantik....
penampilan dan gaya bawa diri yg berkeyakinan......
mesti la terdorong diri mereka untuk menjadi sebegitu atau jadi lebih baik dari itu....
tapi pelajar lelaki???
terlalu limited pilihan mereka untuk dijadikan role model....
berbalik pada faizal tahir dan palestin...
semalam aku menonton iklan faizal ; memperkatakan tentang palestin...
dengan rambut panjang mengurai...
entah la..tak ade feel pun...
x de rasa urgency untuk kita bertindak....
x de rasa ingin tahu pun untuk lebih mendalami isu palestien...
bagi aku x de impak pun.....
faizal tahir cakap pasai palestin...so what????
aku ingat lagi bila aku tonton siaran langsung kepulangan warga Mavi Marama...
kuar jugak airmata bila dengan Noorazman berkata.....(lebih kurang)
" kami cukup terseksa dengan apa yg regim israel lakukan pada kami"..
"memperlekehkan kami seperti haiwan yg tiada harga diri"
"tapi apa yang kami rasa hanya untuk beberapa hari"...
"hanya secubit...berbanding dengan apa yg warga Palestin terpaksa harungi selama bertahun-tahun"
"pengalaman ini membuatkan kami rasa kerdil dan kecil berbanding keberanian warga palestin"....
inilah role model dan idola yg lebih layak dan sesuai memperkatakan tentang palestin..
tanpa props dan make up tebal....
tanpa pencahayaan dan angle kamera yg mampu membuatkan Noorazman seperti selebriti...
kata-kata beliau begitu mengesankan....
ini yg perlu kita ketengahkan kepada remaja lelaki malaysia....
jgn hanya sibuk nak jadi superman.....
tah la....malaysia nie hanya ada artis dan ahli politik je....yg lain tu mcm xde makna je....
so jgn bising la kalau banyak gejala sosial berlaku d kalangan remaja...
suka sangat dengan "entry" hang ni jupa. Kena hidung sebatang TV3..
ReplyDeletesuka sangat komen jupa ni... kena hidung sebatang TV3.
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletex la...kempen tu molek dah...tapi x kena gaya pelaksanaan nye.....
just because faizal tahir under tv3...so pilih die????