Tuesday, July 13, 2010

bila cikgu tak masuk kelas.....

guru didefinisikan sebagai seorang pendidik yg menjadi agen untuk memberi ilmu baru untuk membuat perubahan dari segi tingkah laku, ilmu dan perlakuan seseorang pelajar..
proses pembelajaran dan pengajaran atau P&P selalunya berlaku d dalam bilik darjah....
namun...
dalam setahun ade satu waktu d mana cikgu2 sesebuah sekolah itu akan meninggalkan bilik darjah...dan bertukar menjadi tukang kebun, tukang cat, pereka hiasan lanskap, jurulatih tari, guru vokal, pengurus acara dan caterer......
ini semua tiada dalam latihan perguruan....tiada dalam silibus pendidikan perguruan....
tapi realitinya..untuk menjadi seorang guru..
anda perlu mampu menjadi "superman"..
bertukar personaliti dan watak dalam sekelip mata.....
adaptasi diri kepada situasi dan bertindak dengan pantas...pada masa yg sama, ekor mata garang perlu tidal lekang dari geng pelajar taiko yg nak amik peluang.....
yesss....
HARI ANUGERAH CEMERLANG.........
hari di mana cikgu tidak masuk kelas...................


suasana pagi ketika HAC SMKTB...
setiap tahun YM Raja Muda Kedah akan mencemar duli ke sekolah...
walau nama sekolah SMK TUNKU BENDAHARA..namun Tuanku Raja Muda yg akan datang...entah la kenapa...ada kata sebab Kodiang terletak d jajahan dan tanah baginda....
persiapan pagi yg sibuk...
cikgu dan pelajar sibuk amik tempat masing2....tukang kompang, bunga manggar..kadet polis...
semua tahu tugas masing2..x perlu tunggu arahan..


di satu sudut, penerima anugerah sudah bersedia d bilik kuarantin....
kedatangan d ambil, mudah kalau tak ade, nama akan d potong...
d sini juga, cikgu AJK hadiah akan memeriksa penampilan pelajar....dalam beg tersiap kelip kuku dan gunting untuk trim rambut....
ke tandas pun hanya untuk 3 minit....
dan tugas nie dari sejak dulu adalah d bawah cikgu sofiah.....
tahun nie cikgu sofiah dapat pelapis..cikgu salmah....
cikgu sofiah dan cikgu salmah
senior dan junior

cikgu azuani aka jurugambar sekolah

pn pengetua
berbincang sambil menunggu ketibaan tetamu diraja



kumpulan pramusaji dan mentor
ini pengawas PSS SMKTB..
mereka bertugas sebagai pramusaji untuk VIP


pentas utama
idea AJK pentas dan back drop
bayangkan...berapa berat persediaan yg perlu dilakukan oleh cikgu2 nie....
pagi, petang hingga la ke malam...
selagi x sempurna..selagi itu lah kena dipersiapkan

Tunku Bendahara Kedah Darul Aman
Toh Puan Bendahara Kedah Darul Aman

bacaan doa memulakan majlis


cikgu dan pelajar
tugas yang sama...jurugambar dan juruvideo
ini lah masa melatih pelajar berani ke hadapan..
untuk kegunaan Diraja



buku tandatangan


majlis dimulakan dengan ucapan pengetua
laporan sekolah untuk para waris dan tetamu

ADC Diraja
setiap aturcara majlis, susun letak pentas dan penggunaa warna perlu
di tunjukkan kepada mereka. supaya tidak melanggar protokol

diikuti titah ucapan tunku bendahara


cikgu asmarani dan cikgu zambri sebagai juruacara
cikgu BM dan cikgu Add Math bergabung


salah seorang penerima anugerah
Asyraf Khalib, 5 ten
tokoh nilam negeri kedah (anak didik aku nie)


kamarul dan solehah, 4sains
kejutan tahun nie, penglibatan pelajar 4 sains dalam persembahan


cikgu Tengku izham dan pelajar 5K1
guru muzik, guru vokal bergandingan dengan pelajar..
potensi pelajar perlu d gilap d sekolah
pamusaji dari kalangan pengawas PSS
dibah dan syikin..
siapa sangka mereka sangat professional dan tertib..
bangga dengan pujian org ramai


keberangkatan pulang
selesai majlis..hujan gerimis pun turun
tapi semua puas hati..penat lelah tak terasa bila dapat pujian dari org ramai..
walau ada cacat cela....tapi tidak terlalu menonjol......
maklum la..semua professional...
itu la bidang tugas cikgu yg tidak tertulis dalam work description...
sebab tu, kalau nak jadi cikgu kena bersedia dengan benda2 yg tidak dijangka..
perlu sentiasa alert, kreatif dan pantas..
sebab setiap keputusan kita mempengaruhi banyak perkara dan ramai org...
mcm aku tulis dalam entri terdahulu...
kerje cikgu bukan berurusan dgn fail2, angka dan produk yg kaku..
kerje cikgu nie mcm superman....
mcm sesumpah....
so, kalau ade satu hari cikgu tidak masuk kelas...
ingat la...cikgu tu mungkin bertukar mcm superman...menjadi watak lain......
tukang kebun, tukang cat, doktor, kaunselor, referee, tukang buat line d padang...
and the list go on...and on....and on...and on.....
bila kita buat sesuatu yg kita minat....kerje jadi lebih mudah....kalau kerana terpaksa...kerje itu jadi bebanan.......

2 comments:

  1. wah jupa....hebat skolah engko ekkk....royalty dtg...semua utensil utk mkn n minum kena check ke???i can't imagine d protokol...

    i like this line "..sebab Kodiang terletak d jajahan dan tanah baginda" mcm crite dlm buku sejarah plak....hehehehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...

    every year, mcm tu la suasana die janet...kadang tu letih juga...duit pun banyak abis....
    tapi dah diorang nak datang juga..sekolah x boleh tolak.....kena la elaborate mcm nie

    ReplyDelete