Sunday, June 5, 2011

how far they go...they always be your students


5science 2005 + geng PBSM terbaik SMKTB


"jadi cikgu nie elok tau"
"org hormat kita...org sentiasa ingat sumbangan kita"

itu kata2 Pakya
masa mula2 aku dapat tawaran TESL selepas SPM
hasrat asal, keinginan dari kecil adalah ingin menjadi seorang peguam
masih ingat lagi, 8 tempat kosong d borang UPU
2 tempat teratas...jurusan undang2 menjadi pilihan
TESL d tangga ke8
itu pun kerana ada peluang ke UK
kalau x, rasanya x isi langsung

"dik, sekarang nie cikgu kurang"
"kak rasa, sapa bubuh je cikgu..sure dapat"
benar apa yg dipikirkan oleh kakak aku
terdiam aku bila dapat tawaran TESL
aku jadi cikgu???? boleh ke????
x glamour la ......huhuhuhuhhu

"jadi cikgu nie, sampai kita mati pun org ingat siapa kita"
"macam mana pulak???"
"yelah, org selalu panggil cikgu..even dah pencen"
"cikgu man, cikgu faridah...ada org panggil akauntan man, engineer faridah?"

tah la, aku pun confused
pakya nie buat lawak ke atau cuba memberi logik kepada aku
aku gagahkan juga mendaftar diri setelah pakya memujuk
"buat dulu TESL tu, rasa x bole jadi cikgu, buat la ijazah kedua plak"

sekarang,
aku x boleh bayang kalau aku kerje lain
aku sangat selesa dan sangat enjoy jadi cikgu
dan benarlah kata pakya...kita sentiasa d ingati oleh pelajar
walau mereka sudah terbang jauh entah ke mana

aku suka perhubungan itu
macam keluarga kecil...tambah kalau kita pernah menjadi guru kelas mereka
menjadi guru kelas lain perhubungan kita
berbanding dengan hanya sebagai guru subjek

cuti nie..
aku bertandang ke kenduri anak2 murid ku
Facebook penuh dengan undangan dari yang sudah tinggal jauh
kad kawin juga banyak
yg seronok ramai yg dah berjaya

ada yang dulu manja2 semasa PBSM, suka senyum dalam kelas..sudah menjadi jurutera
ada dulu yg suka cakap pandai, malas2 dalam kelas...sudah bekerja d kuala lumpur
yg tinggal beberapa bulan untuk graduate sebagai guru berijazah....x terkira
semua yg nakal2, selalu d tangkap merokok, datang lewat
semua berkumpul sekali

pada waktu ini
nama zulfa zakaria memang lenyap terus...
"teacher!!!......atau kegemaran mereka....."cer!!!"
itu je yg tinggal
and dalam diam, u feel so proud to see them
with their own life...managed to survive school
see them smile with bright future ahead...

akauntan happy tgk nombor yg sudah terurus
arkitek happy tgk bangunan mereka tersergam cantik
tapi cikgu???
hasil kerje mereka are everywhere!!!!!!!

Pakya always right!!!!


cikgu math + cikgu muzik + nurse + bisness + cikgu math (M.I.A)






4 comments:

  1. proud to be with you allllll......hehehe....rsa bhgia sgt dgn kamoooo semua...

    p/s : sbb tu ler sempat wat group kat facebookkkk..hahaha...jgn lupa hapdet slalu ctu yer...keep in touch... :-)

    ReplyDelete
  2. hahahaha

    almaklumlah...cikgu cikgi kan banyak cuti..x macam makcik jelitasss yg sentiasa oncall....

    *main facebook and blog sambil mengunyah*

    ReplyDelete
  3. pa, smbil mengunyah atau meng"gayah". haa~ ala2 cikgu bedahhh~

    ReplyDelete
  4. hahaha

    mengunyah la....depan laptop
    sejak cuti nie laptop nie on 24/7

    ReplyDelete