Thursday, June 16, 2011

don't be sad

minggu nie down sangat dengan benda d sekolah
biasa la, kalau bukan si hati hitam itu
akhirnya senang memilih untuk diam
pujuk diri, apa yg kita lakukan ikhlas untuk pelajar
biarlah die dgn mulut dan hati hitam die
yg penting pengetua tahu, sekolah tahu dan pelajar tahu
apa yg aku dah buat




---------------------------'------------------------

"jupa, wait jap na, kak na p panggil depa"
kak na keluar dari Exora sambil berjalan ke kawasan sekolah rendah anaknya
hari ni tugas kak na mengambil anaknya dan 3 lagi anak kawan2 yg bersekolah sekali
maklumlah, waktu SK habis lebih awal dari SMK

menung di dalam Exora
bila sunyi sensorang mula pikir balik si hati hitam tu
letih rasanya dengan cabaran dan dugaan nie
"kenapa la susah sangat hidup ni"....itu je yg terkeluar dari mulut

tetiba terpandang seorang pakcik
agak berumur, badan sedikit melengkok, bongkok
kulit hitam terbakar, tubuh nampak rapuh dgn tulang2 tua
di tongkatkan basikal mini d tepi Exora kak na
mata aku x lepas mengekori die

selepas beberapa ketika
die berjalan keluar dari kawasan sekolah sambil menjinjing beg sekolah comot
di ekori seorang budak lelaki kecil
sampai d basikal mini
perlahan2 die mengeluarkan sweater merah, d pakaikan pada anaknya
akhirnya, menyarungkan topi pada anaknya
perlahan2 beg d letakkan ke dalam raga basikal

goyah
die memulakan kayuhan nya...
perlahan2 basikal mini meninggalkan kawasan sekolah
sambil hujan renyai2 mula turun.....

------------------------------'-----------------------------

bersalah rasa hati
sentiasa mengeluh dan x bersyukur
sentiasa mempersoal apa yg berlaku
sering memikir yg kita sentiasa malang
x baik pikir macam tu
memikir pakcik tadi dan rezeki hidup die, mungkin hidup die lebih susah
lebih perit dan sempit dari aku

sabar lah
biarlah apa si hati hitam itu buat
sekurang2nya, sekeliling masih ada keluarga, kawan dan pelajar
yg mengetahui kebenaran..masih kekal menyokong segalanya
terima kasih dengan rezeki Allah...




No comments:

Post a Comment