bilik mesyuarat smstsp
"beeepp" bunyi sms
"teacher dah tau ka? ridzwan meninggal pagi tadi pukul 5"
Aku letak pen, d tengah mesyuarat marking paper...
ridzwan, pelajar prau2a sedang exam stpm...
die sakit paru2....
sempat jawab beberapa kertas....
sebab hari ini ahad, hari cuti am d perlis..
mesyuarat tamat awal, jam 2 ptg..
aku drive perlahan pulang....
aku x sanggup nak p mengunjung....ziarah jenazah...
bukan sebab aku takut mati....
mati itu benar, mati itu sahih...
tapi
aku x sanggup nak tgk org yg tinggal...
mental aku akan register sume tu....
aku akan sentiasa teringat....
mengunjung...is such a dreadful experience for me....
pernah sekali..
pelajar aku meninggal kemalangan...
d hospital bila d khabarkan kepada bapanya....
bapanya juga meninggal.....
sangat seksa dan sedih bila mengunjung...
dua jenazah sekali..anak beranak..
pernah..
rakan sekerja, cikgu sekolah aku..
meninggal kemalangan..setelah pulang dari majlis bacaan yasin
sekolah anaknya sempena spm....
jenazah beliau bersih je..terbaring d bilik hospital jitra...
pernah...
kakak kepada pelajar aku kemalangan..
di masukkan ke hospital kangar...
mak nye ulang alik naik bas untuk menjaga...
kerana keletihan, maknya meninggal d atas bas...
sedih bila mengunjung...
jenazah di letakkan atas katil bersebelahan
dengan kakak student aku yg kemalangan tu...
dengan tangan berbalut,
berbaju hospital....die teman jenazah mak die.....
aku ingat sume tu.....
walau dah lama..
aku tetap ingat..vividly...
2.30ptg, masjid kodiang
aku perlahankan kereta...
banyak kereta d masjid....banyak yg aku kenal..
kereta pengetua, cikgu2....
sebab aku pakai casual...aku x singgah....
al-fatihah...
i hv the sm experience as well~
ReplyDelete