Monday, January 2, 2012

esok sekolah!!




akhirnya
setelah cuti yg x seberapa cuti
sekolah buka semula untuk sesi 2012

looking back
apa yg aku buat masa cuti??
yes...mudah saja jawapanya..terlalu banyak
and 3/4 adalah berkaitan dengan kerja
memeriksa kertas, mesyuarat penyelarasan, mesyuarat grade review
oleh itu, tolong lah paham
bila sekolah cuti, sebenarnya cikgu sekolah x cuti pun

beberapa hari nie
negara riuh rendah dengan kes tunjuk perasaan oleh bebudak upsi
yes, upsi, universiti yang melahirkan bakal cikgu
aku x minat politik...aku x support mana2
tapi aku meluat tgk perangai bebudak universiti yg sanggup
tinggalkan kelas atas nama perjuangan

bodoh, bangang, bebal...
ini ke yg kenkonon dewasa esok nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab??
tanggung jawab sebagai pelajar pun x mampu nak buat...
politik lah bila dah cukup ilmu d dada
dah ada ijazah dan ada pengalaman yang membuatkan kita mampu
berdebat dengan hujah padat ilmu...jangan berdebat bercakap ting tong tin kosong

si adam adli tu...org kampung aku tu
"ala budak penaga"....pendek je hajah norriah mencuih mulut bagitahu
yang bodoh sangat p turunkan bendera muka najib tu buat apa??
logik la dik oi....
bendera tu d pwtc...rumahtangga umeno...biorlah die nak pasang benderea
najib ke, rosmah ke.....dah rumah die
cuba mak ko sidai kain..tetiba hajah norriah p buang...marah x mak ko??
aku x paham la....nak membangkang...tapi x pandai
cuba buat research..cari kepincangan, buat dokumentasi...
and persembahkan dengan berhemah.....
baru la org respek...baru la org nampak ketrampilan kita sebagai pemimpin

asyik berdemo je time study..
bila jadi cikgu..mula la pe'el memacam...sesilap ilmu pun x kuat nak
mengajar anak2 yg sekarang makin hebat
"geram la akak...mcm mana jadi cikgu BI kalau subject-verb agreement pun x tahu"
luahan hati kenkawan semasa meeting grade review
bila tgk dalam bilik..mostly cikgu2 yg veteran..lagi beberapa tahun nak pencen
"cikgu muda2 nie, dah x tahu, malas nak bertanya...apa la yg d belajar masa d universiti"
aku diamkan bila kak yus and kak rozi membebel....
satu lagi..bila bagi kerje mudah je diorang jawab..
"ala kak, saya x tahu buat la....ala kak, x mau la pegi.....ala kak, saya x reti"
rimas aku....
last2..geng senior, yg tua2 nie lah yang membuat

x semua cikgu2 muda mcm tu
tapi ramai...yg rasa jadi cikgu adalah kerje yang mudah dan cuti banyak
die x nampak kerje cikgu nie..kalau x reti nak handle
mau 24/7 x abis


*aku naik pitam tgk senarai tugas guru 2012.......banyaknya jawatan aku*





Sunday, January 1, 2012

welcome Budak Nie




memperkenalkan blog Budak Nie
latest edition dalam senarai blog2 yg aku selalu baca
now
permanently di Blurism

siapa Budak Nie??

Budak Nie adalah bekas pelajar aku
seorang yang banyak mulut
secara peribadi die sangat different semasa di sekolah
dan apabila d ipt

mulut yang sangat becok 
macam 7eleven....24 hour non stop...
cikgu rosli pk koko panggil die ceplos
sentiasa mengeluarkan komen sinis dan tajam
tajam sebab die mengeluarkan kebenaran yang kita malas nak dengar
SEBAB IA BETUL!!

ingat lagi masa die mula2 ada blog
kami mula berblog agak serentak
so, Blurism dan Budak Nie selalu bertukar-tukar pendapat
now after almost 2 years...
Budak Nie sudah semakin hebat...

die seorang yang suka membaca
sangat menyukai karya Amir Muhammad dan pantas
memberi review pada novel2 PIXI 
die bagus menulis review
maklumlah bekas pelajar Kesusasteraan Melayu ditambah dengan akal 
pemerhatian dan penelitian yang tajam..
aku suka berlawan cakap dengan die
pandangan die pada sesuatu isu sangat mantap dan tajam
berbeza dengan rakan seusia yang lain
lebih seronok bermain2 youtube melayan lagu jiwa, dan bermain cinta

ada remaja seusia dia...
cukup lantang cakap ala2 kedai kopi...die yang betul, die tahu semua
tapi Budak Nie lebih kritis... die tahu dan paham apa yang dia cakap
itu yang membezakan Budak Nie dan ting kosong cap ayam

to Budak Nie
am proud to say that i was once your teacher
and now bit by bit i am becoming your student
good luck dengan tawaran untuk menulis review novel
hope
one day... i will review YOUR BOOK...





2012






selamat datang 2012
sambutan tahun baru bersama debab dan famili kakaknya
makan, santai dan sembang
sambil ambil kesempatan berehat dan bermalas-malas
tenang
bertambah tenang kerana aku sudah pandai mengawal diri
menerima apa yg datang dengan hati tenang dan minda terbuka
cuba berpikiran positif terhadap yg mendatang

betul kata debab
jangan terlalu cerewet dan dan kuat komplen
itu hanya membuka peluang orang mencari kelemahan dan kesilapan
walau kita sedar ada hasad dengki dan kerja kotor
biarkan  lah manusia dengan permainan hidup mereka
biarlah mereka gembira dengan permainan ciptaan mereka
biarlah mereka terhibur dengan rentak lagu mereka
jangan kita pulak membuka langkah menari rentak mereka
jangan kita pula bermain bersama

tahun baru datang lagi
kali ini fasa hidup aku dah berubah
melihat cincin di jari
melihat surat janji bertandatangan 2 saksi
memberi kekuatan yang sangat lain
pertalian yg sudah menjadi rasmi


2011 sudah sejam berlalu
tak tahu lah..apa yg akan ditemui 12 bulan akan datang
azam tahun baru??
dah lama tak ber"azam" nie...
sebab ada banyak azam...x tahu yang mana yang penting
tapi........rasanya...


azam tahun 2012 saya ialah;

~ lebih mendekatkan diri pada Allah ~