Friday, November 18, 2011

rm100


hari terakhir persekolahan 2011
tepat jam 10 pagi, sibuk2 aku dgn kak Na ke bilik guru
selepas tandatangan, kira semula dengan teliti
bergerak ke kelas 1A3
kelas terakhir dalam tingkatan 1
depan kitaorang , beberapa cikgu lain juga sudah mula bergerak ke kelas
bersama buku rekod kehadiran dan sampul putih tebal berisi duit
wang bantuan awal persekolahan
rm100

perlahan-perlahan waris mula datang
sekolah semakin penuh dan sesak
waris datang berpusu-pusu
ada datang menuntut wang untuk 3 orang, 2 orang anak mereka
ada yang datang bergaya, ada yang datang dengan baju kerje
mengelek anak kecil dan bayi

sambil mengisi maklumat
mulut kitaorang ramah berbual dengan waris
seronok melihat mereka ceria
bagi sesetengah org, rm100 boleh di habiskan dalam masa sejam
tapi bagi waris-waris ini; rm100 adalah bantuan yang sangat diperlukan
baju sekolah, alatan sekolah, dan mungkin juga bekalan makanan untuk bulan ini
kepayahan hidup mereka terzahir dari pakaian mereka, urat-urat keras yang timbul,
tangan-tangan yang kasar menghulur salam, bau keringat tanpa minyak wangi berjenama,
tersentuh hati

bekerje di kawasan kampung jauh dari pekan
beginilah latar sosio ekonomi waris-waris di sekolah ini
cikgu pula kadang rasa serba salah bila nak meminta wang untuk sesuatu aktiviti
yang mewah memang ada, tapi yang susah lebih ramai

pertemuan di hari terakhir persekolahan
membuatkan aku dan kak Na lebih rendah diri dan humble
lebih sedar tugas berat menyampai ilmu pada anak-anak waris ini
mana tahu; dengan rm100 ini lebih ramai mampu belajar di tahun depan
dan mampu berjaya dan mengubah kehidupan keluarga

"jupa!! anak kak Na dapat 4A 1B...alhamdulillah"
"A bahasa Inggeris....B sains"

the best news ever
kerana aku adalah guru tuisyen anak kak Na...
walau dibayar setiap bulan
tapi kejayaan anak Kak Na sangat-sangat bermakna bagi aku
at least aku tahu aku dah berjaya membantu seorang pelajar










Friday, November 11, 2011

man of honour / glory jane



setelah lama operasi mendownload terhenti
sekarang bersambung kembali dengan drama ini
currently episode 6 di KBS World
di korea sudah episode 12



berpusat pada sifat tamak seorang lelaki yg ingin menguasai
perniagaan kawan baik, lantas anak perempuan tunggal kawan baiknya
di sorok jauh selepas hilang ingatan akibat kemalangan

hanya bekas pemandu bapanya saja yg tahu kisah sebenar




suka kerana watak lebih real
hero bukan lah typical hero..
sangat lemah, asyik gagal dalam hidup namun tetap kuat usaha
begitu juga heroin, hidup penuh cabaran tapi tetap optimistik

operasi download untuk bekalan menanda kertas nanti heheheh

Tuesday, November 8, 2011

raya haji 2011


seminggu balik berhari raya aidiladha
raya kali nie
semua sibuk-sibuk belaka
sampai tak terasa hari raya

pakya dan hajah norriah sibuk dengan kenduri
memanggil dan menjemput tetamu
koordinasi barangan hantaran
rumah yang di touch up

cikman pulak sibuk dengan driving test
riuh rendah bila gagal driving test
kesalahan di letak pada brek kereta

cuyah sampai sehari sebelum raya
mcm biasa mencukupkan tidur die
manusia yang kuat tidur
sebelum sibuk meringkaskan 30 journal

buat pertama kali raya
Bulat balik bersama buku tebal dan handout
sejak enrol dalam master program ukm
sudah kembali menjadi budak sekolah
bukan mudah tgk Bulat tidor lewat study

aku mcm biasa
menanda kertas peperiksaan
dateline isnin ini...

yang happening dan sentiasa seronok
adalah kanak-kanak
laptop terbuka 2-3 buah
handphone canggih 2-3...
hairan menengok budak sekarang obses dengan handphone

nama : alya najwa
lahir  : 9 . 3. 2008
main angry birds dari level 10 - 15 tanpa bantuan sesiapa......
banyak juga high score yg die dapat
tahu pulak mcm mana nak guna burung warna biru and kuning



ibu die (seorang guru dan abah seorang PK) mengajukan satu soalan
"bayangkan alya masuk sekolah menengah....mcm mana la cikgu die nak handle?"