Friday, November 18, 2011

rm100


hari terakhir persekolahan 2011
tepat jam 10 pagi, sibuk2 aku dgn kak Na ke bilik guru
selepas tandatangan, kira semula dengan teliti
bergerak ke kelas 1A3
kelas terakhir dalam tingkatan 1
depan kitaorang , beberapa cikgu lain juga sudah mula bergerak ke kelas
bersama buku rekod kehadiran dan sampul putih tebal berisi duit
wang bantuan awal persekolahan
rm100

perlahan-perlahan waris mula datang
sekolah semakin penuh dan sesak
waris datang berpusu-pusu
ada datang menuntut wang untuk 3 orang, 2 orang anak mereka
ada yang datang bergaya, ada yang datang dengan baju kerje
mengelek anak kecil dan bayi

sambil mengisi maklumat
mulut kitaorang ramah berbual dengan waris
seronok melihat mereka ceria
bagi sesetengah org, rm100 boleh di habiskan dalam masa sejam
tapi bagi waris-waris ini; rm100 adalah bantuan yang sangat diperlukan
baju sekolah, alatan sekolah, dan mungkin juga bekalan makanan untuk bulan ini
kepayahan hidup mereka terzahir dari pakaian mereka, urat-urat keras yang timbul,
tangan-tangan yang kasar menghulur salam, bau keringat tanpa minyak wangi berjenama,
tersentuh hati

bekerje di kawasan kampung jauh dari pekan
beginilah latar sosio ekonomi waris-waris di sekolah ini
cikgu pula kadang rasa serba salah bila nak meminta wang untuk sesuatu aktiviti
yang mewah memang ada, tapi yang susah lebih ramai

pertemuan di hari terakhir persekolahan
membuatkan aku dan kak Na lebih rendah diri dan humble
lebih sedar tugas berat menyampai ilmu pada anak-anak waris ini
mana tahu; dengan rm100 ini lebih ramai mampu belajar di tahun depan
dan mampu berjaya dan mengubah kehidupan keluarga

"jupa!! anak kak Na dapat 4A 1B...alhamdulillah"
"A bahasa Inggeris....B sains"

the best news ever
kerana aku adalah guru tuisyen anak kak Na...
walau dibayar setiap bulan
tapi kejayaan anak Kak Na sangat-sangat bermakna bagi aku
at least aku tahu aku dah berjaya membantu seorang pelajar










No comments:

Post a Comment