Tuesday, March 8, 2011

cukupkah dengan penampar??

"cikgu mai kejap"
gamit PK HEM pada aku.....

lenggang santai aku ke kantin terbantut...
sabar la kejap perut...ada urusan penting nie....
pantas ke bilik PK HEM...
d hadapan bilik, 2 pelajar lelaki terkulat2 memandang lantai dan syiling..
dari bentuk tubuh...aku agak baru d tingkatan 1

"meh tgk sat...buku nie pinjam ka atau curi dari PSS?"
pantas tangan cikgu Baharin mengeluarkan 2 buku tebal dari beg hijau...
aku jenguk ke dalam beg....

"ya Allah......x kan kot cikgu?"....terpinga aku sambil bertanya..
selain dari buku tebal PSS, ada beberapa kotak rokok dan pemetik api d dalam..
kalau tgk, beg sekolah hijau telah berubah seperti beg penjual rokok ...

jawapan yg tidak berjawab...aku paham..
cikgu Baharin sudah mencecah tahap kronik kesabaran....
takut....cepat aku memeriksa buku2 PSS

"buku curi nie...kad pinjaman masih ada d poket nya"
terang aku sambil menunjuk bukti....
keterangan aku umpama mancis api yg menyalakan bara panas

dalam sekelip mata...
PK keluar dan terus menampar kedua2 pelajar tersebut....
"dah la jual rokok, buku PSS pun hang curi?"
jerkah PK pada dua budak kecil tu...

pantang kalah, laju je mulut menjawab..membela memberitahu..
buku d pinjam dari kawan....die tetap x bersalah.....
aku patah hujah "taiko" hingusan ini.......
diam......

waris terus d panggil....
rupanya mereka datang dari keluarga bermasalah, keluarga berpecah belah...
so, salah siapa???

kadang sekolah bertukar menjadi seperti correctional facility plak..
kena mengubah sikap buruk yg ibu bapa sendiri x tahu n reti nak ubah
bila panggil waris berbincang....melenting kata cikgu yg salah...
cikgu yg x bertanggung jawab....
"cikgu makan gaji buta, x tegur dan tgk2 kan budak nie"
lancang mulut seorang waris ini minggu lepas
bila anak perempuan die d tangkap dating semasa latihan rumah sukan....

salah cikgu juga ke????
Harian Metro harini, ada menceritakan pelajar bom sekolah....
salah cikgu juga kah????




Wednesday, March 2, 2011

aura


manusia biasa, ada cacat celanya...
x pernah lari dari membuat kesilapan...
pengalaman selalu menyedarkan kita...
kita x akan sentiasa d atas...
sesekali kena tunduk ke bumi...
mengikat kembali tali kasut
yg sekali sekala terungkai ikatan...

namun bila kita tunduk..
merendahkan ego dan prinsip diri...
ada saja pemangsa mencari peluang..
menjatuh dan memijak diri dan maruah kita
mempergunakan setiap keringat
mental dan fizikal untuk mencapai cita2 mereka..

ada org hanya mengakui kewujudan kita..
bila perlu, bila ada kehendak untuk meminta pertolongan
bila ada keperluan untuk meneruskan cita2...
selalunya si pemangsa, dengan lirik mata tajam durjana
ligat fikiran mencipta peluang
mampu menipu kita...

kita??
yg sentiasa fikir org lain sebaik kita..
x mampu melihat segala nya....
lemas dalam lirik mata tajam penuh kesumat jahat
akhir..
bila sudah sedar dan buka mata....
kekesalan x sudah menghantui jiwa...
bukan kesal pada s pemangsa...kerana sudah sifat die ..
tapi kesal kerana..
setinggi mana pelajaran...sedalam mana pengalaman...
masih rapuh dan tewas
d tengah jalan kehidupan

*entri ini d tulis kerana sedang mengkaji sajak baru Literature F4





HE HAD SUCH QUIET EYES

he had such quiet eyes
she did not realize
they were two pools of lies
layered with thinnest ice
to her, those quiet eyes
were breathing desolate sighs
imploring her to be nice
and to render him paradise

if only she'd been wise
and had listened to the advice
never to compromise
with pleasure-seeking guys
she'd be free from "the hows and whys"

now here's a bit of advice
be sure that nice really means nice
then you'll never be losing dice
though you may lose your heart once or twice


-bibsy soenharjo-

Tuesday, March 1, 2011

refleksi



sejak 2004,
tempat aku adalah d PSS....


jam 10 pg..
suasana sekolah sunyi..
memandangkan ujian 1 sudah bermula...
sambil seorang diri d satu sudut pusat sumber...
aku perhatikan sekeliling...
membuat refleksi terhadap pekerjaan aku..
...

berbual2 d laman sosial dgn 2 kawan lama...
mendengar kesibukan dan tekanan mereka
menghabiskan review dan menulis kertas kajian...
tekanan deadline yg berpusu datang....
buku2 ilmiah dan jurnal padat isi yg perlu d khatam...
aku jadi syukur dgn diri aku..
bukan x cinta ilmu...
tapi kesibukan sebegitu, bermain dengan kertas dan laptop...
tidak memberi kepuasan dan ketenangan pada aku
sebab itu usul pakya agar aku meneruskan ke taraf Phd..
selepas master, aku buat diam ja....
malas...itu je alasan yg aku beri

d tepi meja...
sekumpulan pelajar lelaki ting3...
sibuk melengkapkan kerja sejarah...
sambil ceria mencerita final antara rumah...
rumah Tun Fatimah membolot hampir kesemua kejuaraan
bola sepak, jaring dan sepak raga bulat....
menceritakan aksi lawak dan ganas dalam merebut kejuaraan..
sesekali nama pelajar perempuan d sebut..sambil dua tiga tersipu malu

d suatu sudut...
penuh dengan pelajar praU...
duduk mentelaah buku ekonomi mikro...
sudah selesai dgn kertas BM2 ujian pagi tadi....
mencari ketenangan menghafal formula d pusat sumber
kekhuatiran ekoran prestasi buruk senior dalam STPM yg baru d umum
d jadikan pemangkin semangat untuk lebih berusaha...
sasaran memasuki IPTA menjadi tonggak usaha mereka
walau beruniform seperti yg muda...
senioriti dan kematangan mereka terserlah

d bilik pengawas pusat sumber..
riuh rendah dgn gelak ketawa...
duduk beramai2 menikmati roti yg aku beli...
hari selasa, giliran aku membeli makanan untuk mereka
ganjaran atas kerja keras menjaga pusat sumber
tanpa ada batasan usia..ting2 melawak bersama ting5
keakraban yg d semai, menjadikan mereka seperti saudara

ya...
hari2 aku tidak pernah bosan...
setiap hari aku jumpa perkara yg baru dan berbeza...
aku sukakan pertalian guru dan pelajar ini
aku hargai kepercayaan mereka..
berkongsi cerita dan masalah...
aku gembira dapat mencetuskan sesuatu d dada mereka

yg penting
aku lebih selesa hanya menjadi seorang guru biasa....
yg sentiasa berperanan membentuk insan
sebelum mereka terbang ke dunia luar...
mengenal sepak terajang manusia...
lebih suka dengan beban sebagai guru biasa...
bersorak d padang memberi sokongan.....
menghabis wang membawa mereka ke pertandingan
menyedia waktu untuk kelas tambahan...
dan
d lupakan bila mereka mencapai kejayaan.......


buku esei yg sedang d semak, novel baru F5 yg sedang d kaji,
buku nota kecil catatan harian dan meeting, laptop mini untuk bergedik,
dan beg ke sekolah...handbag???? sori la.....