Tuesday, March 1, 2011

refleksi



sejak 2004,
tempat aku adalah d PSS....


jam 10 pg..
suasana sekolah sunyi..
memandangkan ujian 1 sudah bermula...
sambil seorang diri d satu sudut pusat sumber...
aku perhatikan sekeliling...
membuat refleksi terhadap pekerjaan aku..
...

berbual2 d laman sosial dgn 2 kawan lama...
mendengar kesibukan dan tekanan mereka
menghabiskan review dan menulis kertas kajian...
tekanan deadline yg berpusu datang....
buku2 ilmiah dan jurnal padat isi yg perlu d khatam...
aku jadi syukur dgn diri aku..
bukan x cinta ilmu...
tapi kesibukan sebegitu, bermain dengan kertas dan laptop...
tidak memberi kepuasan dan ketenangan pada aku
sebab itu usul pakya agar aku meneruskan ke taraf Phd..
selepas master, aku buat diam ja....
malas...itu je alasan yg aku beri

d tepi meja...
sekumpulan pelajar lelaki ting3...
sibuk melengkapkan kerja sejarah...
sambil ceria mencerita final antara rumah...
rumah Tun Fatimah membolot hampir kesemua kejuaraan
bola sepak, jaring dan sepak raga bulat....
menceritakan aksi lawak dan ganas dalam merebut kejuaraan..
sesekali nama pelajar perempuan d sebut..sambil dua tiga tersipu malu

d suatu sudut...
penuh dengan pelajar praU...
duduk mentelaah buku ekonomi mikro...
sudah selesai dgn kertas BM2 ujian pagi tadi....
mencari ketenangan menghafal formula d pusat sumber
kekhuatiran ekoran prestasi buruk senior dalam STPM yg baru d umum
d jadikan pemangkin semangat untuk lebih berusaha...
sasaran memasuki IPTA menjadi tonggak usaha mereka
walau beruniform seperti yg muda...
senioriti dan kematangan mereka terserlah

d bilik pengawas pusat sumber..
riuh rendah dgn gelak ketawa...
duduk beramai2 menikmati roti yg aku beli...
hari selasa, giliran aku membeli makanan untuk mereka
ganjaran atas kerja keras menjaga pusat sumber
tanpa ada batasan usia..ting2 melawak bersama ting5
keakraban yg d semai, menjadikan mereka seperti saudara

ya...
hari2 aku tidak pernah bosan...
setiap hari aku jumpa perkara yg baru dan berbeza...
aku sukakan pertalian guru dan pelajar ini
aku hargai kepercayaan mereka..
berkongsi cerita dan masalah...
aku gembira dapat mencetuskan sesuatu d dada mereka

yg penting
aku lebih selesa hanya menjadi seorang guru biasa....
yg sentiasa berperanan membentuk insan
sebelum mereka terbang ke dunia luar...
mengenal sepak terajang manusia...
lebih suka dengan beban sebagai guru biasa...
bersorak d padang memberi sokongan.....
menghabis wang membawa mereka ke pertandingan
menyedia waktu untuk kelas tambahan...
dan
d lupakan bila mereka mencapai kejayaan.......


buku esei yg sedang d semak, novel baru F5 yg sedang d kaji,
buku nota kecil catatan harian dan meeting, laptop mini untuk bergedik,
dan beg ke sekolah...handbag???? sori la.....




4 comments:

  1. part yang atas tu, mcm kmi knal jer.. mcm penah experience jerr~ ermmmm.. jurnal, kertas kajian?? erm~~ PERLI erk!!!!

    ReplyDelete
  2. *uhuksss*
    *uhukss*
    *uhukss*

    batuk la pulak kaaaaannnnnnnnnn

    ReplyDelete
  3. aku suka ngan the last part : aku pon cume nak jadi cikgu biasa jek.. kenapa orang x bole paham itu??
    today is one of these many bad days i had being a teacher. yg peliknyer, pelajar x pernah buat aku feel this bad tp org lain ....aku pon x paham kenape. susah jadi org tengah nak please everybody... lantak la yg aku tau aku masu kelas n ngajo. thats my core business yg lain.. mampos ah!

    ReplyDelete
  4. kan mazze???

    pelajar, kurang ajar macam mana pun, kita x pernah sakit hati. sebab kita tahu diorang pun dalam proses nak matang, budak2 lagi. tapi org lain nie yg kadang kalau ada peluang, akan pijak2 kita sampai kita lemas and lemah nak bangun balik..

    aku pun mcm ko mazze, masuk kelas n ngajor..sebab tu aku parking d pss, boring2 banyak benda aku boleh baca...hahahahaha

    dan yang penting...rumah Tun Fatimah sedang menuju kejayaan...hahaha gudluck dengan rumah kau ye

    ReplyDelete