Wednesday, August 3, 2011

baju kurung


"ko tau baju kurung ko dah sampai mana?"
"baju kurung dgn tudung...mak dah sedekah pada satu kampung d Kemboja"

------------------------------------

sejak bekerje nie banyak juga lah baju kurung
baju lama2 waktu masih awal bekerje pun masih ada d simpan
lelama, makin padat almari dan penyangkut
so,
aku kumpul semua baju kurung yg x boleh d pakai dan tudung2 lama
masukkan ke dalam satu beg
mak selalu tahu kemana nak d hantar baju2 tersebut

selalu nya, akan d hantar ke Rumah Taman Bakti, rumah anak yatim d kepala batas
atau, kalau ada jurujual yg susah datang, pun hajah norriah akan dermakan
kadang kala, kepada rakan2 mualaf yg sering bersama d dalam perkim

baju kurung tu banyak yg masih elok
cuma pinggang je yg semakin ketat dan lengan juga
maklumlah...asyik melepak kantin je d sekolah nie


------------------------

"kampung tu susah sangat, tapi kampung org islam"
"keadaan dan kedaifan diorang mcm kita zaman2 50an"
"x ada sekolah..dan kitaorang ahli rombongan sesama derma wang untuk dirikan masjid"
"sebelum bertolak, ada taklimat beritahu untuk bawa apa saja yg boleh d dermakan"
"jadi, mak kutip semua baju kurung dan tudung2"

sekarang,
d sebuah kampung terpencil d Kemboja
ada org2 yg sedang memakai baju kurung made in malaysia
sedih pulak dengar cite hajah norriah





ihsan google

tambah sedih bila die cite tentang lawatan ke muzium yg d penuhi tengkorak
tengkorak mangsa kekejaman pol pot

"ada satu pokok tu, wangi je...sentiasa wangi"
"rupanya pokok tu, tempat mereka membunuh kanak2"
"kaki d pegang, dan kepala d hayunkan ke arah pokok tersebut"



gerun kan??






No comments:

Post a Comment