Monday, May 3, 2010

masa depan

sekarang musim lepasan spm and stpm 2009 mula mendapat tawaran IPT
yang score, melonjak gembira...pelbagai tawaran datang mencurah...
sampai pening nak buat pilihan...
mcm geng students aku.....

matrikulasi dah ade dalam gengaman...
sabtu yang lepas tawaran IPTA dan ASASI pula sampai...
tepon aku x berenti sms..

"teacher, nak pilih yg mana nie, tolong!"
"teacher, saya dapat matrik penang, pastu dapat ASASI Law Uitm..."
" teacher, antara matrik, diploma akaun uitm dan Pembantu perubatan SPA, saya nak pilih mana"


antara sms-sms yang aku terima...
memerah otak juga la aku menjadi kaunselor..
aku cuba refrain diri dari memberi kata pemutus.....biar mereka buat pilihan..
saat-saat macam nie, aku akan sentiasa teringat tentang kejadian SPM 2003
pertama kali aku mengajar kelas 5sains..
fresh dari university, aku belum banyak pengalaman...
selok belok P&P aku x cekap lagi.....
aku juga masih x nampak lagi kepentingan seorang guru dan kesan pengajaran die kepada masa depan seseorang pelajar....
aku pikir, masuk kelas, ajar, pelajar habiskan kerje..that's it....sempurna kerje aku..

bila SPM diumumkan...aku gembira dgn beberapa pelajar yang dapat B..
A, jauh panggang dari api....
tapi dalam pada tu, aku baru sedar tentang nasib seorang pelajar nie..
die dapat result yang baik dalam Fizik, Kimia, Bio dan Add Maths. sememangnye layak ke Matrik...
tapi peluang beliau ke Matrik hancur kerana Bahasa Inggerisnye D...sekadar lulus.

termenung aku....
terasa aku la penyebab rezeki beliau ke Matrik tersekat...
terasa macam aku dah gelapkan masa depan die...
aku menyesal sangat kerana x mengajar bersungguh-sungguh....
alhamdullilah...die buat rayuan dan ke Uitm...

sejak kejadian tu...
aku sedar, guru lah yang mencorak masa depan pelajar....
tambah guru tingkatan 5....kadang, kerana subjek kita, seseorang itu x dapat kemana..

sebab tu aku cukup geram dan sedih dengan politik sekolah...
kerana sakit hati, guru tidak ditempatkan d kelas sewajarnye...
bila pelajar baik, rapat dengan guru, guru tu d tuduh menghasut pelajar....
guru tu dihukum...diputuskan pertalian dari semua...

bagi aku...pelajar adalah pelanggan seseorang guru..
ini lah soalan wajib PTK..
pelajar sekarang dah cerdik.....cikgu x cukup persediaan, pelajar boleh tau..
guru malas, pelajar boleh tau....
guru cakap pandai, pelajar boleh tau...
kadang, lebih pedih dengar komen dari pelajar dari komen dari pengetua...

tadi soalan muet tanya;
" a person's character is most influence by a teacher"

ade students beritahu aku...
"sometimes, we cannot follow the teachers. there are lazy teachers who never go to class and only sit in the library and read newspapers.......ok x teacher jawapan saya?"
adoi...adaka itu jawapan die bagi dekat pemeriksa......



16th May is approaching........it is time to reflect and think; why i become a teacher?

2 comments: