Sunday, March 25, 2012

hunger games


dah menonton Hunger Games?
movie adaptasi dari novel karya suzanne  collins
mengisahkan sebuah negara yg bernama Panem dengan ibukota yg d panggil Capitol
mempunyai 12 daerah.
Capitol adalah sebuah ibukota yg sangat kejam 
setiap tahun, setiap daerah perlu manghantar seorang budak lelaki dan perempuan berumur antara 12 - 18
untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Hunger Games;
pertandingan survival; samada mati atau menang

watak utama Katniss everdeen sanggup menggantikan adik kecilnya 
dia bersama Peeta, anak tuan punya kedai bakery d daerahnya d bawa ke Capitol
suasana dan kehidupan d Capitol sangat contrast....
District 12, kawasan lombong.... kotor, miskin, kelabu, rakyat perlu memburu untuk makan
tapi Capitol... penuh dengan warna-warna ceria, makanan enak dan peralatan canggih



 

menonton Hunger Games.. umpama melihat hidup kita sendiri...
Hunger Games adalah satu pertandingan realiti... yg mementingkan rating dan kehendak penonton
lebih kurang sama dengan percambahan program realiti d kaca tv
subjek dalam program realiti umpama objek tiada perasaan ....
yg penting, kita enjoy ....

Capitol serba sedikit menunjukkan gambaran dan sikap sesetengah kerajaan...
hidup senang lenang dengan memerah keringat rakyat
sesuka hati menukar undang-undang dan peraturan untuk kepentingan mereka
dictatorship sangat jelas.. dan rakyat d kontrol dengan menanamkan sifat ketakutan ....
bayangkan... 
x masuk akal untuk 12 daerah sanggup melepaskan anak mereka ke satu pertandingan realiti
yang mampu dan akan membunuh anak mereka.... namun itu yg berlaku.

the hunger games secara luaran nampak seperti novel remaja ringan
tapi... sekali pandang ada persamaan dengan novel yg aku pernah study masa B.ed....
Lord of the Flies karya william golding
adakan kita perlu jadi tidak bermoral semata-mata untuk meneruskan hidup?
dan apakah  maksud sebenar civilization ?






rumah merdeka



sempena NILAM
melawat ke rumah merdeka..
rumah Tunku Abdul rahman putra d tengah pekan alor star....
rumah terletak di belakang hotel royale
hotel cetusan idea tunku abdulrahman yang merasakan pada waktu itu
tiada hotel d alor star....



kak lela, guru NILAM SK Seri Negeri Langkawi dan Kak G...
posing depan rumah

puan siti dari PKG Kuah, Langkawi
memberi taklimat di dalam rumah merdeka

klasik kan suis lama nie

ruang tamu rumah



bilik tidur tunku abdul rahman


meja study dalam bilik tidur

meja solek

klasik kan?

bilik baca d anjung rumah

trademark tunku kan, cermin mata besar dan curut




anugerah NILAM kedah 2012


sekali lagi tahun ini
SMKTB dan lebih tepat lagi PSS Pendeta Za'ba menghantar wakil
ke Anugerah Tokoh NILAM peringkat negeri Kedah

setelah mengharungi pertandingan peringkat daerah
ketua pengawas pss, mohd syahmi telah berjaya ke pertandingan negeri
cikgu pengiring aka manager, harus dan wajib la tuan punya blog...

dah 3 org tokoh NILAM kitaorang ke pertandingan kebangsaan
rohaya pada tahun 2004, syafiqah pada 2009 dan menjadi johan dan asyraf pada 2010.
semangat la aku melatih syahmi...selepas pertandingan daerah
maklumlah, nak menutup mulut beberapa org yg mempertikai 
kemampuan kitaorang layak ke negeri

serabut juga la selama sebulan
dah akhirnya pada 19 hingga 21, berkampung lah aku d BTPN kedah

mak oi!
terkejut bila taklimat menyatakan 
penilaian telah bertukar ke format baru, berdasarkan format kebangsaan yg bertukar tahun lepas
tergamam aku dengan syahmi
terlopong kejap....
otak ligat pikir strategi baru, pantas sebab esoknya 20hb adalah giliran syahmi

apalagi...
sms x henti dengan syahmi
masa makan malam sebelum ujian penulisan....
sempat cek hasil kerje die sambil makan nasi.....
suap nasi.... tegur isi... suap nasi... tegur tenses...suap nasi...tegur spelling...suap nasi
senak perut

 syahmi semasa aktiviti jejak maklumat
geng kecik tu sekolah rendah... mulut mcm bertih jagung
pok pek pok pek


hari pertandingan 20hb.....tempat makmal komputer kemuning
dengan PC sorang satu..... kitaorang hilang punca
x tau nak buat apa...x nampak gambaran pun 
sekali sekala.. kitaorang study wikipedia dan brainy quotes.....
yg best....
last2... syahmi baca manga conan, aku baca asterix online...
selepas ujian individu.. baru lebih jelas
sekali lagi, sambil lunch kitaorang bincang untuk ujian kumpulan

21hb.... majlis penutup.. bilik kenanga
"teacher, kata lah saya menang... kita nak buat mcm mana?"
"kita kena buat strategi baru... banyak kena ubah"
"tapi jgn harap sangat la... takut x menang"
gelak2 aku dgn syahmi....
x yakin sangat.. tapi at least kitaorang dah usaha....



sebab tu...
aku paham kenapa syahmi hampir menjerit bila d umum sebagai johan SMK luar bandar
dan hampir menjerit juga bila d anugerahkan tokoh NILAM SMK kedah
yelah, format penilaian berubah...
dan untuk kebangsaan... setiap negeri hanya akan menghantar tokoh sahaja
2 tempat sahaja... tokoh SK dan tokoh SMK

syahmi memang dah nervous bila penyampaian hadiah
aku cuba tenang diri....memang takut.....tapi dah syahmi ketaq gila aku tgk...
terpaksa la manager buat2 cool....

i was so proud bila tgk die naik terima hadiah....
dari form 1 kenal die... kecik tembam je.....
now dah tinggi melangit dari manager......
congratulation!!!


PK SM Sains Muhamad Jiwa, Hj Hasmee dan syahmi

 ini kamal dari SM Sains Muhamad Jiwa
johan kategori SMK Bandar....
serious kitaorang ingat die akan dapat anugerah tokoh....
sebab die memang bertokoh....


 manager dan syahmi
gambar bagi kecik sebab manager rasa mcm tembam je
tgh excited gila tahap cipan sebab menang....


 manager, pn rosnah (ketua BTPN) syahmi, hj hasmee dan harus la cikgu halim
cikgu Halim adalah tokey PSS aku...


syahmi dan puan rosnah dan zuraidah, cikgu PSS SMK Convent Alor star
antara saingan utama syahmi

so,
pertandingan kebangsaan akan diadakan pada 27-29 april
sempena pesta buku antarabangsa... di khabarkan majlis anugerah akan d buat semasa pesta buku
jika ada rezeki, manager akan sekali lagi turut serta... kalau ada rezeki
seronok join aktiviti NILAM...
sebab kita akan berjumpa remaja2 yg sangat tinggi ilmu dan rajin membaca



Friday, March 23, 2012

the king 2 hearts


drama the moon that embraces the sun baru berakhir
walaupun episode akhir terpaksa menunggu selama seminggu
kerana pekerja-pekerja drama MBC
mengadakan protes d korea

drama tersebut d ganti pula oleh yg baru
king 2 hearts..
dibintangi oleh lee seung gi dan ha ji won

peminat seunggi mesti suka
ini kerana selama 5 tahun, sudah terbiasa dengan sikap hodang die dalam 1night 2 days
namun, siri variety paling popular itu baru berakhir pada 26 februari yg lalu
walau 3 ahli kekal, namun tidak bagi seunggi dan choding jiwon 

baru 2 episod d tayangkan d korea
menonton 2 episod baru...
sangat kelakar dan menarik


 

 

mengisahkan korea yg masih mengamalkan sistem beraja
dimana seunggi adalah adik kepada raja korea
kerana suatu konflik, abg nya d bunuh
maka, watak seungi yg playful dan carefree perlu naik menggantikan abngnya

mencatatkan rating yg tinggi
berbanding 2 lagi drama hebat d KBS dan SBS...


pelancaran NILAM 2012 SMKTB


pada 12 Februari
sekalilagi PSS Pendeta Za'ba mengadakan Pelancaran NILAM
pagi yg cerah
walaupun GPM En Halim tiada,
namun kerjasama AJK guru dan pelajar
berjaya menjayakan majlis ini


juruacara puteri tingkatan 3



dimulakan dengan perlantikan AJK pengawas 2012
ketua pengawas; Syahmi

sembah masuk bunga manggar dan buku program

kawad buku oleh briged tani
pelajar yg mengambil subjet sains pertanian

persembahan jemputan dari sm sains kubang pasu
cinderalara...kelakar

ada majlis, mesti ada jamuan










bersuara kembali



entri terakhir adalah pada februari
sejak tu terlalu banyak perkara berlaku
ada yg manis dan ada yg pahit

bertemu ramai manusia
yang pelbagai
seronok mengutip pengalaman dan ilmu baru

entri ini
menandakan blog ini akan bernyawa semula

selamat bertemu kembali