Saturday, June 9, 2012

one big happy family


esok dah mula sekolah
rasa sekejap je cuti sekolah 2 minggu ini
penuh dgn aktiviti

minggu pertama,
balik kampung ke kepala batas
seronok melihat pakya and hajah norriah sibuk mengemas bagasi
destinasi percutian mereka kali ini,
perth, australia
sure meriah kan pasport diorang..baru je balik dari kemboja
riuh rendah belajar guna kamera digital, bergurau dengan sunglasses
mengusik hajah norriah tentang fish and chips dan nasi lemak
ini yg jadi impian
di kala sudah bersara.. boleh berehat melawat dunia

sure hajah norriah tgh dukung2 koala
dan pakya makan fish n chips



adik beradik yg lain juga
penuh dengan rencana.. maklumlah ramai guru
kak ke langkawi dan kelantan, pak non ke kelantan juga
aku pulang ke kodiang
untuk kursus pengawas PSS

tetiba
erm... debab beritahu ada plan holiday
itu lah .. ada org bila berkahwin akan menambah satu keluarga lagi; keluarga mertua
aku... menerima 3 keluarga bila dengan debab..
kenapa?
pertama, menerima keluarga ibu debab ...
kedua, menerima keluarga abah debab...
semuanya kerana mereka sudah berpisah... jadi 2 keluarga berasingan
ketiga; aku juga menerima keluarga ibu tiri debab... iaitu kakak tiri debab

debab memang sangat rapat dengan Nana, anak sulung ibu tirinya dr perkahwinan terdahulu
rupanya Nana dah merancang untuk membawa keluarga bercuti
debab d ajak bersama... supaya lebih meriah 
apa lagi... 

dari perlis ke melaka kemudian ke kuala lumpur dan berakhir d cameron highlands

river cruise d melaka

hahahah
2 malam d melaka, kemudian semalam d rumah ibu debab d petaling jaya dan berakhir 
d suasana sejuk d cameron highlands.




so
malam nie.. letih juga badan walau seronok
mungkin belum ada rezeki nak holiday oversea mcm pakya and hajah
tapi at least bila holiday dengan loved ones memang seronok

x sabar nak dengar cerita dari perth...
dengar kata plan hajah norriah akan datang adalah ke korea......
kesumat d dada bila dengar kata hajah nak bawa amirah...

"mak!!! org nak ikut juga....nak jumpa seung gi!!!!!!






Tuesday, May 22, 2012

istana negara lama, pameran diraja







baru boleh upload a few pictures masa lawatan PSS
sekali dalam hidup.....
peluang yg sangat bernilai untuk semua pengawas PSS









geng pengurusan Pengawas PSS
semua form 5... dah 5 tahun with them
and this is the last year....







sekali sekala, tgk sekeliling kita


kenkadang hati berangin dan berasap...
sakit hati dengan org2 yg x de perasaan

tapi
kadang untuk mengembalikan mood dan kegembiraan
x perlu melihat jauh
ramai yg sentiasa support and hapi dengan kita
mood ceria mudah kembali

biar bumi meletup.. kiub lebih utama


walau org sibuk sambut hari guru, jualan kangkung hasil tanaman tetap d teruskan

kak nik, pelakon paling hebat.. aksi cikgu x sihat jumpa doktor

lama dan baru, senior dan junior
x kisah sepentas untuk hapi hapi

jawatan tak penting, PK KOKO and guru cemerlang
janji dikir barat lancar

setiausaha paling cemerlang 2012

senior and junior

cikgu, student form 2, 3 and 5
x de halangan, merapu tetap no 1

beberapa gambar kandid ini
berlaku semasa sambutan hari guru dan lawatan ke KL dan melaka
seronok dapat join geng yg ceria
hidup x perlu fokus pada benda yg terlalu rumit...
 kadang-kadang, benda simple sangat menenangkan jiwa




Friday, May 4, 2012

the day they graduated from school

hari anugerah cemerlang
hari pengiktirafan kepada pelajar dan guru
ramai kadang fikir ia hanya sekadar hari untuk berfoya-foya
x perlu masuk kelas dan boleh pasang badan

personally for me
aku suka melihat kemeriahan
melihat sense of satisfaction di muka students yg terima hadiah
to see them dengan bangga mendengar nama di sebut
dan di jemput untuk menerima penghargaan
dalam alam persekolahan.... jauh dari dunia realiti sebenar
hari anugerah adalah hari yg mengangkat seseorang pelajar
mengakui semua kerja keras dan pencapaian mereka
dan satu medan untuk mereka menunjukkan kejayaan kepada keluarga dan setempat

tahun nie,
walau YM tunku intan syafinaz tidak dapat mencemar duli
kemeriahan sangat terasa bagi diri ini
kerana kebanyakkan penerima anugerah- anugerah tertinggi; iaitu peperiksaan awam
adalah pelajar-pelajar yg rapat dan dekat dengan aku
aku tahu masalah mereka, aku tahu dugaan yg mereka tempoh untuk berjaya
aku tahu mereka pernah mengalir air mata
bangga dapat berkongsi kejayaan mereka



abg din, marwiza, kak ita and kak sharina
dgn
best student f6
 pelajar terbaik tingkatan 6
kebanyakkan adalah anak didik sedari tingkatan 4 lagi...
berusaha bersama memperbaiki subjek english mereka....
rohana yg rajin, A dalam spm, khalilah yg bombastik vocab A+ spm
bersambung dengan muet d tingkatan 6
rohana dan khalilah dengan band 3
si baju merah aziah; masih ingat d awal tahun......
menziarah ke rumah anak tunggal ini bila ibunya meninggal dunia, bercerita tentang ibunya
bersama farhana ketika bersama-sama ke kelantan dan terengganu untuk trip pss
juga memberi semangat bila air mata die keluar akibat hinaan manusia itu
"study elok2... tunjuk dan buktikan...kamu boleh"
ada masa, sebagai cikgu tugas memberi semangat dan melindungi pelajar perlu ada
tapi
ada masa... mereka inilah kekuatan aku..sentiasa menyokong dan mempertahan
cikgu mereka ini.........
terima kasih


nurul hidayah saebon; best student spm
it is not a mere teacher-student relationship; it is a friendship

pernah baca entri tentang phoenix??
inilah pelajar kuat semangat yg aku ceritakan...
6A d pmr...x patah semangat die mendapatkan 9A dan 1B+
berusaha menggerakkan aku mengajar tuition untuk dia dan kawan2
kerana sifat berkehendak beliau dan rajin beliau....
aku gagah juga ke rumah kak sharina mengajar group aktif nie
"teacher, minta maaf, saya x dapat A untuk BI"....
tersedu-sedu dia menangis d telefon semasa mengetahui keputusan dia
yg 9A langsung x d endahkan, risau dan menangiskan BI yg B+
dia memang takutkan BI.. 

me and kak sharina with best students of spm
they came and asked me to give tuition which i gladly did
bcoz they are a bunch of highly motivated and hardworking students

abg din, marwiza, me, cikgu nasir (pengetua smks) kak ita, kak sharina and cikgu halim
we support each other, we work hard together 
yg nakal d belakang; abg din, saiful (guru pengawas) ustaz badrol
yg tgh;  kak sharina (guru koko t6), kak nik (gc sains) kak ita (j/u pbs seni)
yg depan; marwiza (cikgu pjk)

ada org kata jadi cikgu senang sangat
pegi kerje kul 7.30
sembang-sembang... pukul 2 dah balik..........

memang senang kalau kita kerje hanya kerana gaji, buat setakat gaji yg d bayar
sebab tu ramai pusu-pusu nak jadi cikgu
tapi
cikgu yg passionate dan berdedikasi lain
they are willing to go extra miles for their students to shine and fly......

good luck guys.....
i had the opportunity to travel around and see the world
it is your time now to spread your wings





legasi NILAM SMKTB



syafiqah, syahmi and asyraf
syafiqah pelajar jurusan undang-undang merupakan johan NILAM kebangsaan 2009
asyraf johan NILAM negeri kedah 2010, pelajar jurusan seni filem (kalau x silap la)



sesi latihan, brainstorming, basuh otak dengan senior

cikgu halim, sharifah mashitah, syafiqah, syahmi, asyraf and me
cikgu halim, boss PSS Pendeta Za'ba, Johan PSS Cemerlang Kebangsaan 2009

aku panggil mereka semua nie datang ke sekolah bantu syahmi
walaupuns syahmi dah hadiri bengkel latihan d IPDA
aku nak die jumpa senior2 die yg hebat2 belaka
yang mulut mcm bertih jagung.. tapi yg keluar dari bertih jagung adalah ilmu
tambah kalau dengar syafiqah bersuara...terdiam semua org. 


me, pengetua, syahmi and cikgu halim

en radzif (btp kedah) me, syahmi, pengetua, pn rosnah (kpp btp kedah ) and cikgu smk pekula jaya
walau kalah d peringkat kebangsaan
namun, perjalanan untuk sampai ke tahap tu sangat best
imagine, a form 5 boy from a rural school was standing tall representing the whole of kedah
that means a lot to him, to me and the school





Sunday, March 25, 2012

hunger games


dah menonton Hunger Games?
movie adaptasi dari novel karya suzanne  collins
mengisahkan sebuah negara yg bernama Panem dengan ibukota yg d panggil Capitol
mempunyai 12 daerah.
Capitol adalah sebuah ibukota yg sangat kejam 
setiap tahun, setiap daerah perlu manghantar seorang budak lelaki dan perempuan berumur antara 12 - 18
untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Hunger Games;
pertandingan survival; samada mati atau menang

watak utama Katniss everdeen sanggup menggantikan adik kecilnya 
dia bersama Peeta, anak tuan punya kedai bakery d daerahnya d bawa ke Capitol
suasana dan kehidupan d Capitol sangat contrast....
District 12, kawasan lombong.... kotor, miskin, kelabu, rakyat perlu memburu untuk makan
tapi Capitol... penuh dengan warna-warna ceria, makanan enak dan peralatan canggih



 

menonton Hunger Games.. umpama melihat hidup kita sendiri...
Hunger Games adalah satu pertandingan realiti... yg mementingkan rating dan kehendak penonton
lebih kurang sama dengan percambahan program realiti d kaca tv
subjek dalam program realiti umpama objek tiada perasaan ....
yg penting, kita enjoy ....

Capitol serba sedikit menunjukkan gambaran dan sikap sesetengah kerajaan...
hidup senang lenang dengan memerah keringat rakyat
sesuka hati menukar undang-undang dan peraturan untuk kepentingan mereka
dictatorship sangat jelas.. dan rakyat d kontrol dengan menanamkan sifat ketakutan ....
bayangkan... 
x masuk akal untuk 12 daerah sanggup melepaskan anak mereka ke satu pertandingan realiti
yang mampu dan akan membunuh anak mereka.... namun itu yg berlaku.

the hunger games secara luaran nampak seperti novel remaja ringan
tapi... sekali pandang ada persamaan dengan novel yg aku pernah study masa B.ed....
Lord of the Flies karya william golding
adakan kita perlu jadi tidak bermoral semata-mata untuk meneruskan hidup?
dan apakah  maksud sebenar civilization ?






rumah merdeka



sempena NILAM
melawat ke rumah merdeka..
rumah Tunku Abdul rahman putra d tengah pekan alor star....
rumah terletak di belakang hotel royale
hotel cetusan idea tunku abdulrahman yang merasakan pada waktu itu
tiada hotel d alor star....



kak lela, guru NILAM SK Seri Negeri Langkawi dan Kak G...
posing depan rumah

puan siti dari PKG Kuah, Langkawi
memberi taklimat di dalam rumah merdeka

klasik kan suis lama nie

ruang tamu rumah



bilik tidur tunku abdul rahman


meja study dalam bilik tidur

meja solek

klasik kan?

bilik baca d anjung rumah

trademark tunku kan, cermin mata besar dan curut