selepas bermandi manda d titi hayun
kemas2 barang dan bergerak ke destinasi seterusnya
iaitu ke Rumah Anak2 Yatim : Rumah BUDI
tujuan adalah untuk menjalankan gotong royong sempena khidmat masyarakat
selalunya..PSS ke rumah org2 tua d Arau
cuma tahun nie beralih arah kejap
bila sampai, penghuni tiada kerana pulang untuk hujung minggu...
sunyi je kawasan sekitar komplek rumah BUDI....
kami d sambut oleh warden wanita dan lelaki
sedikit taklimat dan mula menjalankan gotong royong
sambil bekerja, peluang d gunakan untuk memahami hidup d komplek kecil ini
penghuni kebanyakkan anak yatim; terutama yg kematian bapa
datang dari keluarga susah, tapi mempunyai kekuatan akademik
penghuni nya pelbagai lapisan umur; paling muda d Tahun 2 sekarang
setelah terpilih
mereka hidup d sini, setiap perbelanjaan sekolah d tanggung oleh Rumah BUDI
bukan setakat wang ringgit, penghuni juga d sediakan pelbagai kemudahan
seperti kelas tambahan, dan kaunseling
paling menyentuh hati
bila seorang penghuni rumah ini menjadi pelajar cemerlang spm d smk yan
dengan keputusan 7A 1B; menerima tawaran ke UiTM
terdiam semua Pengawas PSS...terdiam kerana ada org mampu berjaya
d celah2 kesusahan hidup berdikari tanpa ibu bapa
sangat berbeza realiti hidup antara mereka
sambil menyapu dedaun kering
pelajar aku memanggil dan menunjukkan jadual harian d komplek ini
"teacher, x kan diorang bangun jam 5?"
terdiam kitaorang........kuatnya semangat mereka
bergerak ke taman bunga d tepi asrama puteri
sambil bekerja, ternampak jadual memasak d papan kenyataan
ramai berkerumun melihat..
nampak biasa saja jadual memasak nie
tapi ia menunjukkan sisi kehidupan yg lain
makanan yg tersedia d masak olah ibu d rumah...kini menjadi sebahagian tanggungjawab mereka
berlegar d dewan makan....
aku terjumpa sesuatu yg betul sangat menyentuh hati
d suatu para d belakang dewan makan
terdapat deretan tray penghuninya...ada yg plastik, ada yg besi dan ada yg bernama
tersusun rapi,
sedih memikirkan..ibu2 d rumah sibuk memadankan set pinggan mangkuk mereka
tapi d sini; yg penting d dahulukan
apa la sangat nak d pikir kan tray tu...yg penting perut sentiasa kenyang
memungkin kan mereka untuk belajar dan hidup
dewan bacaan yg sangat simple
tiada meja2 yg terhias cantik...
tiada rak2 yg berlabel
yg penting buku2 yg berguna untuk rujukan
inilah "geng" aku
pengawas PSS tingkatan 1, 2 dan 4
semua dari pelbagai latar belakang
ada anak yatim kematian bapa, tapi mempunyai adik beradik yg sudah berjaya bekerja
ada anak PK KOKO sekolah aku, anak cikgu Maths juga d sekolah aku
ada yg dari keluarga yg berpisah..
namun, hidup mereka masih ceria kerana masih bersama keluarga masing2
tidak sunyi kerana d kelilingi keluarga yg menyayangi dan memahami
sedikit jamuan selepas penat bekerja
lawatan dan khidmat masyarakat ini banyak menyedarkan
menyedarkan bahawa, hidup ini sebenarnya boleh d lalui dengan secara bersederhana
x perlu terlalu over atau bak kata omputeh.....elaborate sangat
cukup dengan kembali pada yg penting
utamakan apa yg penting dan sederhana pada yg memerlukan
hidup tetap akan berjalan
kejayaan tetap mampu d gapai
walau dalam serba kekurangan
dan sesungguhnya, rezeki itu dari Allah yg maha Esa
bukan dari manusia
pikir balik..
hidup penghuni rumah BUDI ni lebih susah dan sunyi dari aku
tapi masih kuat dan mampu berjaya
sedangkan aku masih merungut dengan si hati hitam itu
asyik tekanan......sedangkan ada org lebih susah dari aku.....