Wednesday, July 27, 2011

permata negara vs sekolah dalam hospital








Buletin Utama semalam menunjukkan kumpulan Permata Seni
membuat persembahan koir d luar negara
menyampaikan lagu2 patriotik negara
terpikir...
apa hasil dan faedahnya kepada negara
dan yg penting apa ilmu yg dapat pada kanak2 yg terlibat?
kecuali menghadiri kelas vokal dan berjalan keluar negara..

hari ini newspaper memaparkan TPM melancarkan Sekolah Dalam Hospital
usaha penubuhan bermula dengan 3 buah hospital iaitu;
Hospital kuala lumpur, ampang dan serdang
pelancaran SDH ini sangat2 berguna walaupun d laksanakan dalam keadaan serba ringkas
ia d laksanakan untuk memastikan pesakit2 ini
tidak terabai pelajarannya...

ini barulah fokus pendidikan yg betul
pada langkah inilah...sepatutnya kerajaan membelanjakan wangnya
kadang kala rakyat jadi frust kerana kerajaan membelanjakan wang
kepada benda yg remeh dan tidak membawa hasil yg baik
wang dan bantuan perlu d salurkan kepada lebih ramai penerima
bukan d khususkan pada satu kumpulan kecil sahaja
apa istimewanya Permata?....
sudah terbuktikah dengan melahirkan genius dan bijak pandai???

pelancaran SDH ini sedikit sebanyakkan melegakan hati parents
at least die tahu anak2 mereka tidak keciciran
ini juga memudahkan perjalanan peperiksaan awam d hospital
kadang kala satu kesusahan untuk pengawas peperiksaan untuk menjalankan tugas
dengan membawa "sekolah" ke dalam hospital
sedikit sebanyak dapat membawa "normaliti" kepada pesakit
ini sekurang-kurangnya dapat menaikkan semangat mereka untuk cepat sembuh


last week ke rumah BUDI yan, sedih tgk ruang bacaan yg sangat humble
buku2 yg amat sedikit dan lusuh...
namun, mampu juga anak2 yatim ini berjaya...
kenapa mereka ini tidak d utamakan??
wang negara adalah untuk rakyat tanpa mengira latarbelakang
bukan untuk sesetengah golongan sahaj






Sunday, July 24, 2011

trip PSS...Rumah BUDI Yan


selepas bermandi manda d titi hayun
kemas2 barang dan bergerak ke destinasi seterusnya
iaitu ke Rumah Anak2 Yatim : Rumah BUDI
tujuan adalah untuk menjalankan gotong royong sempena khidmat masyarakat

selalunya..PSS ke rumah org2 tua d Arau
cuma tahun nie beralih arah kejap

bila sampai, penghuni tiada kerana pulang untuk hujung minggu...
sunyi je kawasan sekitar komplek rumah BUDI....






kami d sambut oleh warden wanita dan lelaki
sedikit taklimat dan mula menjalankan gotong royong
sambil bekerja, peluang d gunakan untuk memahami hidup d komplek kecil ini

penghuni kebanyakkan anak yatim; terutama yg kematian bapa
datang dari keluarga susah, tapi mempunyai kekuatan akademik
penghuni nya pelbagai lapisan umur; paling muda d Tahun 2 sekarang

setelah terpilih
mereka hidup d sini, setiap perbelanjaan sekolah d tanggung oleh Rumah BUDI
bukan setakat wang ringgit, penghuni juga d sediakan pelbagai kemudahan
seperti kelas tambahan, dan kaunseling

paling menyentuh hati
bila seorang penghuni rumah ini menjadi pelajar cemerlang spm d smk yan
dengan keputusan 7A 1B; menerima tawaran ke UiTM
terdiam semua Pengawas PSS...terdiam kerana ada org mampu berjaya
d celah2 kesusahan hidup berdikari tanpa ibu bapa
sangat berbeza realiti hidup antara mereka



sambil menyapu dedaun kering
pelajar aku memanggil dan menunjukkan jadual harian d komplek ini

"teacher, x kan diorang bangun jam 5?"
terdiam kitaorang........kuatnya semangat mereka

bergerak ke taman bunga d tepi asrama puteri
sambil bekerja, ternampak jadual memasak d papan kenyataan
ramai berkerumun melihat..
nampak biasa saja jadual memasak nie
tapi ia menunjukkan sisi kehidupan yg lain
makanan yg tersedia d masak olah ibu d rumah...kini menjadi sebahagian tanggungjawab mereka


berlegar d dewan makan....
aku terjumpa sesuatu yg betul sangat menyentuh hati
d suatu para d belakang dewan makan
terdapat deretan tray penghuninya...ada yg plastik, ada yg besi dan ada yg bernama

tersusun rapi,
sedih memikirkan..ibu2 d rumah sibuk memadankan set pinggan mangkuk mereka
tapi d sini; yg penting d dahulukan
apa la sangat nak d pikir kan tray tu...yg penting perut sentiasa kenyang
memungkin kan mereka untuk belajar dan hidup


dewan bacaan yg sangat simple
tiada meja2 yg terhias cantik...
tiada rak2 yg berlabel
yg penting buku2 yg berguna untuk rujukan






inilah "geng" aku
pengawas PSS tingkatan 1, 2 dan 4
semua dari pelbagai latar belakang
ada anak yatim kematian bapa, tapi mempunyai adik beradik yg sudah berjaya bekerja
ada anak PK KOKO sekolah aku, anak cikgu Maths juga d sekolah aku
ada yg dari keluarga yg berpisah..

namun, hidup mereka masih ceria kerana masih bersama keluarga masing2
tidak sunyi kerana d kelilingi keluarga yg menyayangi dan memahami




sedikit jamuan selepas penat bekerja


lawatan dan khidmat masyarakat ini banyak menyedarkan
menyedarkan bahawa, hidup ini sebenarnya boleh d lalui dengan secara bersederhana
x perlu terlalu over atau bak kata omputeh.....elaborate sangat
cukup dengan kembali pada yg penting
utamakan apa yg penting dan sederhana pada yg memerlukan

hidup tetap akan berjalan
kejayaan tetap mampu d gapai
walau dalam serba kekurangan
dan sesungguhnya, rezeki itu dari Allah yg maha Esa
bukan dari manusia


pikir balik..
hidup penghuni rumah BUDI ni lebih susah dan sunyi dari aku
tapi masih kuat dan mampu berjaya
sedangkan aku masih merungut dengan si hati hitam itu
asyik tekanan......sedangkan ada org lebih susah dari aku.....




trip PSS.....Yan

selepas outing ke kelantan dan terengganu
sekali lagi PSS keluar untuk program khidmat masyarakat

selalu kitaorang ke Rumah Org Tua2 d Arau Perlis
tapi kali ini jauh skit..ke Yan
berehat d Chalet d Titi Hayun , Yan kedah





tempat yg agak sunyi dah penuh dengan hutan sekeliling
memang berehat betul la, sebab tiada talian internet dan wayerless




1000 Tangga Kenari ni mcm denai untuk memanjat ke gunung jerai
aku naik separuh je, sakit kaki dan tegang urat bila balik




memang mencabar memanjat tangga yg kadang kala curam......